Biar seronok bukan paksa!
Ramai mak ayah ingat kena paksa baru jadi tapi sebenarnya TAK. Yang penting kena tahu cara dan sabar🤍
Bukan senang nak latih anak berpuasa. Ada beberapa tips yang sesuai untuk mak ayah yang baru nak ajar anak berpuasa :
1️⃣ Mula Dengan “Puasa Setengah Hari"
Mulakan sampai pukul 10 atau 12 tengah hari dulu.
Bila anak berjaya → puji & peluk 🤍
Fakta: Kanak-kanak bawah 7 tahun belum wajib puasa, jadi fokus pada latihan, bukan paksaan.
2️⃣ Cerita Ganjaran Dengan Cara Seronok
Bukan sekadar “nanti dapat pahala”
Tapi cerita tentang:
Dapat berbuka sama-sama
Dapat duit raya lebih (kalau nak lagi semangat 😆)
3️⃣ Sediakan Makanan Kegemaran Mereka Waktu Sahur 🍳
Anak kecil cepat lapar sebab tenaga tinggi.
Pastikan ada:
✔️ Karbohidrat (nasi/roti)
✔️ Protein (telur/ayam)
✔️ Air cukup
Elakkan makanan manis waktu sahur sebab cepat lapar.
4️⃣ Kurangkan Aktiviti Berat Siang Hari ☀️
Bagi aktiviti santai:
Mewarna
Tengok cerita islamik
Melukis
Bila sibuk → kurang fikir lapar 😉
5️⃣ Jangan Marah Kalau Tak Larat
Kalau anak menangis & betul-betul tak tahan,
Bagi anak berbuka dan cuba lagi esok.
Latihan puasa = proses.
Bukan pertandingan.
6️⃣ Buat Carta Puasa 🎉
Lukis jadual 30 hari.
Setiap kali berjaya puasa → tampal sticker.
Cukup 5 hari → bagi reward kecil.
Anak suka visual & penghargaan ❤️
Didik dengan lembut, bukan paksa supaya anak lebih seronok berpuasa. Bukan sekadar tahan lapar tapi faham makna ramadhan.
Save dulu untuk rujukan nanti 🌙✨
Kalau bermanfaat, share pada ibu-ibu lain 🤍
#RamadanBermakna #Lemon8MomsClub #tipsanakberpuasa #GrowYourLemon










































