BELAJAR ALAT MUZIK

Rata-rata orang yang saya kenal semua suka kan muzik. Saya pun begitu juga. Pernah sekali, muzik melebihi segala-galanya ketika perasaan membakar jiwa.  Saya menganggarkan umur saya dibawah 12 tahun, saya sudah mula belajar bermain alat muzik. Alat muzik itu adalah Gong, iaitu salah satu alat muzik tradisi etnik kadazandusun di Sabah. Saya mempelajarinya daripada saudara terdekat saya yang mengajar tentang bagaimana setiap gong itu dibunyikan memandangkan dia sendiri terlibat secara langsung dengan acara kebudayaan di sekolah.  

Hampir setiap hari mendengar bapa dan abang bermain gitar akustik dan pada ketika itu masih belum terdetik dalam diri untuk mempelajari mereka. Alunan Cromok-another you sentiasa kedengaran, namun masih belum cukup rasa. Akhirnya semua itu berubah. Permulaan kepada bermain gitar akustik menuju kepada pelatihan yang serius apabila saya bersekolah di sekolah menengah. Umur saya pada ketika itu sekitar 13tahun. Pada hujung tahun, pihak sekolah waktu itu, selepas peperiksaan hujung tahun, membenarkan pelajar membawa benda-benda berkaitan hobi dibawa ke sekolah kecuali barangan yang dilarang. Ada diantara rakan sekelas membawa gitar ke sekolah dan saya benar-benar rasa kagum dengan mereka yang dapat bermain alat muzik itu dengan lancar. Akhirnya, saya luahkan kekaguman itu kepada kakak saya dan dia berjanji akan membelikan saya sebuah buku chord gitar beserta dengan lagu jika saya membantunya untuk mengemas rumah dan memasak di rumah untuk santapan keluarga pada waktu petang. Gitar akustik untuk saya belajar sentiasa ada di rumah memandangkan gitar bapa sentiasa tersandar di ruang tamu rumah.

Setelah berjaya menguasai sedikit sebanyak chord gitar, saya akhirnya diberikan sebuah buku chord keyboard oleh bapa saya. Suatu hari dia memanggil saya masuk dalam bilik dan memberikan saya satu buku yang mana saya mengambil masa selama 3 bulan lebih untuk menjadi lancar sedikit untuk bermain keyboard. Kebanyakan lagu yang dipelajari adalah lagu-lagu pujian dan juga lagu-lagu yang sering kedengaran di gereja.

Dahulu, saya langsung tidak mempunyai sebarang idea bagaimana bunyi sebuah gitar bass. Jadi, salah seorang rakan lama memberi tunjuk ajar bagaimana cara ianya dimainkan dan hal itu memberikan saya sedikit pencerahan yang mana cara itu juga saya pernah buat sepanjang belajar  dan bermain gitar akustik. Maka, setelah saya berjaya bermain gitar bass sambil menyanyi, maka saya menjadi sebahagian daripada band jamming rakan saya. Antara genre yang sering kami mainkan adalah lagu-lagu metal, punk rock and juga rock muzik. Kebanyakkan lagu adalah daripada Blink 182, Bowling For Soup, Avenged Sevenfold dan sebagainya. 

Alat muzik yang lain seperti drum saya pelajari secara asas sahaja di gereja. Setelah lama bermain alat muzik dan sebagainya, akhirnya saya mengambil keputusan untuk menjadi sebahagian daripada pemuzik di gereja dan sempat melayani selama 2-3 tahun. Mengapa sampai situ sahaja, nantikan di entri yang lain. Tapi saya bersyukur kerana semua yang saya buat selama ini terutama sekali bermain alat musik ini adalah untuk Dia, Sang Pencipta Dunia. 

Bukanlah untuk masuk bakul angkat sendiri. Semua pun biasa-biasa sahaja, belajar sendiri juga namanya. Jika ada adik-adik, anak-anak, orang di sekeliling kita yang mempunyai hobi dan minat kepada sesuatu, bantulah mereka, berikan galakan dan semangat. Benda bagus, apa salahnya. Siapa tahu, kebaikan itu berbalik juga kepada kita dan masyarakat. Sekian.

Kota Kinabalu
3/27 Diedit kepada

... Baca lagiMempelajari alat muzik bukan sahaja tentang teknik dan nota, tetapi juga tentang penghayatan budaya dan jiwa seni yang mendalam. Saya sendiri pernah melalui fasa di mana alat muzik tradisional seperti gong membuka pintu kepada dunia muzik yang lebih luas. Gong bukan sahaja sekadar alat muzik, malah ia merupakan warisan budaya yang sangat bermakna bagi etnik Kadazandusun di Sabah. Apabila diajar sendiri oleh ahli keluarga yang berpengalaman, saya belajar membezakan bunyi dan irama gong yang unik, yang menjadi asas kepada pemahaman muzik saya. Selepas itu, ekspresi minat dalam muzik moden membawa saya kepada gitar akustik yang biasa mendengar di rumah. Bermula dengan keinginan melihat rakan membawa gitar ke sekolah, saya belajar sendiri dengan bantuan buku chord dan tunjuk ajar dari keluarga. Ini menunjukkan betapa pentingnya sokongan keluarga dan persekitaran dalam membentuk minat seseorang dalam muzik. Kemudian, pengenalan kepada keyboard pula membuka dimensi baru dalam melodi, terutama lagu-lagu pujian yang sering dimainkan di gereja. Pengalaman ini mengajarkan saya bagaimana muzik boleh berfungsi sebagai media untuk menyampaikan perasaan dan keimanan. Saya juga belajar gitar bass dengan sokongan rakan yang memberi pencerahan bagaimana bermain bass yang baik, sekaligus mencabar diri untuk bermain dalam kumpulan jamming. Berada dalam kumpulan muzik mengajar saya disiplin, kerjasama, dan pemahaman genre seperti metal dan punk rock. Selain itu, belajar drum secara asas di gereja memberikan saya pemahaman ritma yang lebih mendalam. Semua pengalaman ini bukan sekadar teknik, tetapi memperkaya jiwa dan menyambung saya dengan komuniti. Kesimpulannya, belajar alat muzik secara berperingkat dan melalui berbagai jenis instrumen memberikan bukan sahaja kemahiran bermain tapi juga nilai-nilai budaya, disiplin dan kepuasan peribadi yang mendalam. Bagi sesiapa yang berminat atau mempunyai ahli keluarga yang bercita-cita dalam muzik, berikan dorongan dan sokongan untuk terus berkembang. Muzik adalah bahasa universal yang menghubungkan kita semua dan memberi kegembiraan serta kepuasan dalam hidup.

Siaran berkaitan

Zaman belajar main gitar
Dah dpt main lagu ni hidung mesti tinggi ma😜 #gitar #music
Shahir Roslan

Shahir Roslan

1 suka

Gambar menunjukkan tajuk '10 Kerja WFH Dijangka Meletup Tahun 2026 (Ramai Syarikat Tengah Cari!)' di atas latar belakang meja kerja dengan laptop, cawan kopi, buku nota, pen, dan bekas pensel. Ini adalah senarai pekerjaan kerja dari rumah yang dijangka popular pada tahun 2026.
Gambar menyenaraikan '1. Virtual Assistant (VA)' sebagai pekerjaan WFH yang popular. Penerangan menyatakan VA membantu pemilik bisnes kecil mengurus email, booking, invoicing, jadual content, dan data, dengan kemahiran bonus seperti Google Workspace, Notion, Asana, dan komunikasi yang baik.
Gambar menyenaraikan '2. Social Media Manager / Content Planner'. Penerangan menyatakan brand memerlukan mereka untuk merancang content, menyusun kalendar posting, membalas komen, serta membuat strategi dan analisis media sosial. Kemahiran TikTok/Canva mempercepatkan peluang pekerjaan.
10 WFH untuk 2026
Tahun 2026 dijangka jadi tahun paling “boom” untuk kerja dari rumah. Banyak syarikat dah mula beralih ke sistem digital, automasi & remote team sebab nak kurangkan kos pejabat dan tingkatkan produktiviti. Kalau anda tengah cari peluang yang fleksibel, ini senarai kerja yang semakin naik permin
FranL8

FranL8

1285 suka

Gambar ini menunjukkan panduan aplikasi eyeshadow untuk pemula, membandingkan teknik yang betul (cahaya, sederhana, gelap) dengan yang salah (cahaya, gelap, sederhana) untuk hasil yang berbeza, diikuti dengan eyeliner.
Ilustrasi ini membandingkan cara memakai eyeshadow yang betul (cahaya, sederhana, gelap) dan salah (sederhana, gelap, cahaya) untuk pemula, diakhiri dengan eyeliner, menunjukkan susunan warna yang tepat.
Gambar ini menyajikan urutan aplikasi solekan mata langkah demi langkah: primer, concealer, eyeshadow, blend, eyeliner, dan highlighter, sebagai panduan lengkap untuk pemula.
Baru Nak Belajar Pakai Eyeshadow? Ni Teknik Dia
Eyeshadow bukan sekadar sapu je, ada teknik dia. Untuk hasil yang smooth & natural ikut rule basic, slide gambar. ❌ elakkan terbalik susunan warna. Nanti mata nampak pelik & berat ke bawah. Simple je tapi efek dia besar ✨ Kredit gambar: pinterest #HacksHebat #BeautyTips
Mrs.Fajrinaa

Mrs.Fajrinaa

1115 suka

Gambar ini menampilkan daftar 40 kalimat dasar bahasa Inggris beserta terjemahan Indonesianya, seperti 'What's up?' dan 'Call me later.', untuk membantu belajar bahasa Inggris.
Kalimat Basic bahasa Inggris
ayo pelajari kalimat basic bahasa Inggris!! #Lemon8Club #belajarbahasainggris #bahasainggrismudah
Dewii🎀

Dewii🎀

2918 suka

Lihat lagi