ARMAGEDDON

SPOILER ALERT

.

.

.

Sebuah asteroid gergasi sebesar Texas dikesan sedang menuju ke bumi dan dijangka menghapuskan seluruh kehidupan. NASA merekrut sekumpulan pelombong minyak diketuai Harry Stamper (Bruce Willis) kerana mereka pakar dalam menggerudi. Mereka dilatih menjadi angkasawan hanya dalam tempoh yang singkat dan dihantar ke angkasa untuk menanam bom nuklear di dalam asteroid itu.

1. Tipikal filem Michael Bay. Penuh letupan, ada part slow motion dan selit tentang patriotik. Shot cantik, penuh drama tapi ada masa terasa juga meleret.

2. Soundtrack filem ni menjadi ikonik. Lagu I Don’t Want to Miss a Thing oleh Aerosmith jadi fenomena dan masih sinonim dengan filem ni. Which is setiap kali kita dengar lagu ni, kita akan terus ingat filem ni.

3. Bruce Willis bawa watak sebagai ketua pelombong dalam masa yang sama seorang ayah yang tegas tapi sayang betul dekat anak. Ben Affleck dan Liv Tyler pula bawa character pendamping dengan elemen cinta.

4. Tapi filem ni tak lari dari beri audiens plot jenis over the top gittew. Ada ramai juga yang kritik tentang logik. Macam mana pelombong minyak lebih senang dilatih jadi angkasawan daripada angkasawan dilatih jadi pelombong? Haha! Memang menjadi persoalan. Tapi dah nama pun cerita.

5. Dan seperti biasalah. Elemen klise hero Amerika selamatkan dunia. Memang dia orang jelah yang akan selalu selamatkan dunia di tengah bencana.

6. Sekadar info tambahan, mengikut carian saya di Google, NASA pernah gunakan filem Armageddon dalam kelas latihan mereka untuk mengenal pasti kesilapan saintifik. Dan katanya ada lebih 160 kesalahan dalam filem ini dari sudut itu. Tapi siapa kisah kan? 😆

7. Bruce Willis sebenarnya dikatakan sanggup berlakon dalam filem ni sebab dia terikat kontrak dengan studio. Ironinya, watak dia jadi salah satu watak lakonannya yang paling diingati.

8. Kesimpulannya, Armageddon bukanlah filem tentang angkasa dengan sudut saintifik yang tepat, tapi filem ni tetap jadi lagenda dalam sejarah perfileman Hollywood. Gabungan aksi gila, soundtrack ikonik dan ada momen sedih yang menyentuh hati penonton.

Tontonlah kalau nak feel good, menangis sikit dan rindu zaman 90an. Ia memang masih berbaloi ditonton berulang kali. Nostalgia.

Trivia: Bruce Willis sekarang memang sah didiagnosis dengan frontotemporal dementia, sebab tu dia dah bersara dari dunia lakonan.

#moviereview

2025/8/21 Diedit kepada

... Baca lagiBila sebut "Armageddon", ramai ingat terus filem Bruce Willis selamatkan dunia dari asteroid gergasi. Tapi sebenarnya, perkataan Armageddon sendiri ada maksud yang agak berat. Secara ringkas, Armageddon merujuk kepada peperangan besar atau pertempuran terakhir di akhir zaman, sering dikaitkan dengan kiamat atau hari kehancuran. Sebab tu tajuk filem ni memang kena sangat dengan plot asteroid sebesar Texas nak hentam Bumi. Masa aku mula-mula tengok filem ni dulu, aku cuma nampak ia sebagai filem aksi letup-letup. Tapi bila dah dewasa, baru rasa interesting macam mana mereka guna tema kiamat, pengorbanan dan hubungan keluarga dalam satu cerita yang sebenarnya sangat over the top. Poster filem Armageddon sendiri dah bagi vibe epik – Bruce Willis kat tengah, Ben Affleck dan Liv Tyler di sisi, kapal angkasa meluncur dari Bumi dengan latar merah menyala dan tajuk "ARMAGEDDON" terpapar besar. Memang nampak macam nak beritahu: ini bukan sekadar misi angkasa biasa, ini misi last chance untuk manusia. Kalau kau tertanya-tanya, "armageddon maksud apa?" – dalam konteks pop culture, orang biasanya guna untuk merujuk apa-apa bencana besar yang boleh menghapuskan dunia. Dalam filem ni, asteroid tu jadi simbol Armageddon moden. Walaupun dari sudut sains, macam yang NASA sendiri pernah jadikan filem ni sebagai bahan latihan untuk cari kesilapan saintifik (katanya ada lebih 160 kesalahan!), sebagai penonton biasa kita lebih fokus pada emosi dan pengorbanan watak-watak dia. Yang buat aku masih suka Armageddon sampai sekarang adalah gabungan aksi gila dan emosi yang kuat. Watak Harry Stamper sebagai ayah yang tegas tapi sebenarnya sangat sayang anak, ditambah pula dengan hubungan cinta antara Ben Affleck dan Liv Tyler, buat kita rasa invested. Lagi-lagi bila dihentam pula dengan lagu "I Don’t Want to Miss a Thing" oleh Aerosmith dalam babak-babak penting – terus auto bergenang. Lagu tu sendiri dah jadi satu bentuk "maksud Armageddon" bagi generasi 90an: bila dengar je, kita teringat sacrifice, air mata dan adegan terakhir yang buat ramai sebak. Bagi aku, kalau kau nak faham "armageddon" bukan sekadar sebagai istilah kiamat tapi sebagai satu pengalaman emosi – filem ni antara contoh paling senang. Ia tunjuk bagaimana manusia bereaksi bila tahu dunia mungkin berakhir: ada yang panik, ada yang patriotik, ada yang ambil peluang untuk buktikan cinta dan ada yang sanggup mengorbankan diri demi orang lain. Walaupun logik sainsnya carca-marba, makna di sebalik kisah ni yang buat ia kekal relevan. Jadi kalau kau tengah Google tentang Armageddon, sama ada nak tahu maksud atau sekadar cari movie nostalgia untuk ditonton malam minggu, aku rasa filem ni tetap berbaloi. Masuk mindset yang betul: jangan harap dokumentari NASA, tapi layan ia sebagai roller coaster emosi dengan letupan, slow motion, hero Amerika dan soundtrack yang masih melekat di kepala sampai hari ini.

Siaran berkaitan

God willing, I will win this battle.
#ViralKini
Hasan Al Basri

Hasan Al Basri

1 suka

Military style ⚠️🚨 upgrading looks ?! Why not? #dirtywork #armageddon #aespa #koreanoutfit #outfitideas
ceritaanakrantau

ceritaanakrantau

1 suka

Sampul buku "Versi Ringkas 33 Strategies of War" karya Robert Greene, dengan rating 4/5 dan tulisan "My Honest BOOK REVIEW". Buku ini diterbitkan oleh renebook.
Kutipan dari Robert Greene yang menyatakan, "Pikiran Anda adalah titik awal dari setiap perang dan semua strategi," dihiasi bunga daisy dan instruksi "SWIPE".
Tampilan halaman buku di layar televisi retro, membahas pentingnya menyerap semangat zaman dan beradaptasi dengan tren serta mengubah gaya secara berkala.
Review Buku WAR Versi Ringkas
Buku The 33 Strategies of War (33 Strategi Perang) karya Robert Greene, terutama dalam versi ringkas (The Concise 33 Strategies of War), sangat direkomendasikan bagi mereka yang ingin memahami psikologi konflik dan menerapkan strategi kemenangan dalam kehidupan sehari-hari. Diterbitkan oleh reneb
Spoiler story

Spoiler story

3 suka

RESEP MASAKAN BUAT AYANG!🫰🏼
Hai lemoners🫰🏼 Kabar baik ? Semoga semua yang aku share disini bermanfaat ya buat kalian semua, mau para ibu muda atau yang lainnya. Karna selain suka, buat edit dan share seperti ini. Sisi lain yang bisa aku manfaatkan itu seperti misalnya aku lagi bingung mau masak apa, suamiku tinggal lih
raspermata23-

raspermata23-

14.5K suka

Tampilan layar Netflix menampilkan film horor thriller Swedia "THE CONFERENCE (2023)" dengan poster boneka menyeramkan di hutan. Terdapat tulisan "WAJIB NONTON! BUAT YANG SUKA HOROR THRILLER" dan sinopsis singkat tentang pegawai yang melawan pembunuh.
WAJIB NONTON 🎃
THE CONFERENCE (2023) on Netflix🎞️ ⋆˚꩜。 bercerita tentang konferensi pembentukan tim pegawai yang berujung malapetaka saat tuduhan korupsi mulai beredar luas. Sosok misterius muncul untuk membunuh mereka satu persatu dan pandai menghilangkan bukti. kira-kira siapa aja ya yang selamat? 🤔🧐 at
✨🍡🎀

✨🍡🎀

4 suka

Poster filem 'What Happened to Monday' menunjukkan tujuh figura berlari dan melompat merentasi jurang di bandar futuristik yang hujan. Bangunan memaparkan slogan 'ONE FAMILY ONE CHILD', menggambarkan polisi satu anak. Noomi Rapace, Willem Dafoe, dan Glenn Close tertera sebagai pelakon utama.
WHAT HAPPENED TO MONDAY SPOILER ALERT . . . Filem ini berlatarkan masa depan di mana kerajaan menguatkuasakan polisi satu anak sahaja dalam satu keluarga untuk kawal populasi manusia. Namun ada seorang datuk menyembunyikan tujuh orang cucu kembar seiras. Dan setiap seorang dinamakan men
Leya Alias

Leya Alias

7 suka

Rahasia Nabi Adam as yang Jarang Dibahas” Eps 1
Ketika #Nabi #Adam as Melihat Burung di Surga… Momen yang Mengubah Segalanya”💫
Edy gureroo

Edy gureroo

106 suka

Lihat lagi