Tajuk Mini Novel: Detik Kita (Part 2)

Tajuk : Detik Kita (PART 2) BAB 49 - 73

# Bab 49 – Jalan yang Baru

Sejak hari itu, Amanda lebih fokus pada dirinya sendiri. Dia melibatkan diri dalam aktiviti yang membantunya sembuh secara fizikal dan emosi, menjaga dirinya dengan lebih baik.

Setiap kali dia merasakan kesedihan datang, dia mengingatkan dirinya bahawa dia masih punya peluang untuk hidup dengan penuh makna, tanpa perlu bergantung pada orang lain untuk kebahagiaan.

Walaupun perasaannya terhadap Dr. Adrian masih ada, dia tahu bahawa dia tidak boleh kembali ke masa lalu. Dr. Adrian sudah punya hidupnya sendiri, dan dia tidak mahu mengganggu.

Amanda menyedari bahawa, meskipun semua yang dia lalui penuh dengan luka, dia masih punya masa untuk memperbaiki dirinya, mencari kebahagiaan yang tidak perlu bergantung pada orang lain.

# Bab 50 - Pertemuan Tanpa Diduga

Bertahun-tahun Amanda sudah membawa diri jauh dari kota lamanya. Hidupnya kini stabil—kerja di sebuah syarikat besar, tinggal di apartmen sederhana, dan cuba hidup tenang tanpa membiarkan bayangan lama menghantui dirinya.

Namun takdir selalu punya cara sendiri.

Pejabat barunya berada betul-betul di hadapan sebuah hospital daerah.

Hari-hari Amanda keluar masuk kerja, dia akan nampak kesibukan doktor dan jururawat di sana. Tidak pernah terlintas di hatinya bahawa satu wajah lama akan muncul kembali.

Suatu pagi, sewaktu menyeberang jalan menuju kafe, matanya seolah menangkap bayangan yang begitu dikenali. Tubuh tinggi, langkah yakin, wajah yang pernah jadi peneman di saat-saat getir rawatannya dulu. Dr. Adrian.

Amanda terhenti sejenak, nafasnya tersekat.

“Tidak… mustahil.”

Dia segera menunduk, berpura-pura menatal telefon dan melangkah laju. Sejak hari itu, setiap kali bayangan lelaki itu muncul, Amanda mencari seribu alasan untuk bersembunyi — menyusur lorong lain, masuk ke kedai tanpa niat membeli, atau menukar jadual makan tengah harinya.

Tapi Dr. Adrian bukannya buta. Beberapa kali matanya menangkap kelibat seorang wanita yang kelihatan terlalu familiar… dan setiap kali itu juga wanita tersebut berpaling cepat-cepat, seolah-olah menghalang laluan atau sengaja menghindar.

Hinggalah pada satu petang, Amanda sedang terburu-buru keluar dari kedai buku, dia hampir bertembung tepat di depan hospital. Dr. Adrian berdiri di sana, baru melangkah keluar. Pandangan mereka bertaut.

Amanda panik, langkahnya kaku. Dr. Adrian sedikit mengerut dahi, matanya tajam memandang penuh tanda tanya.

“Amanda…?”

suaranya perlahan, tapi cukup untuk membuat dada Amanda berdegup kencang, terkejut beruk.

# Bab 51 - Detik Yang Menggetarkan

Amanda kaku berdiri, buku di tangan hampir terjatuh. Dia tak sangka saatnya akan tiba secepat itu. Selama ini dia fikir cukup pandai bersembunyi, tapi kini segalanya terbongkar dengan sekali pandang mata lelaki itu.

“Am… Amanda?” suara Dr. Adrian sekali lagi terbit, kali ini lebih jelas, bercampur nada terkejut.

Amanda cepat tunduk, berpura-pura sibuk mengutip resit yang jatuh. “Oh… maaf, saya kena pergi dulu,” katanya tergagap, cuba melangkah laju.

Namun Dr. Adrian sempat menahan lengannya ringan, sopan. “Tunggu, betul awak Amanda, kan? Saya tak salah orang?”

Amanda menelan liur. Wajahnya pucat, jantungnya seperti mahu pecah. “Ya… tapi saya kena bergegas. Ada urusan.”

Dia segera menarik tangannya dan melangkah pantas tanpa menoleh lagi.

Dr. Adrian berdiri terpaku. Pandangannya penuh tanda tanya. Dia tidak pernah melihat Amanda bersikap sebegitu… dingin, tergesa-gesa, seolah-olah mahu melarikan diri daripadanya.

Hari-hari berikutnya, mereka beberapa kali hampir terserempak lagi. Setiap kali juga Amanda berusaha berpaling arah atau menundukkan wajah, pura-pura tidak nampak. Dr. Adrian mula menyedari ada sesuatu yang Amanda sembunyikan.

Dalam hatinya timbul satu tekad:

“Aku perlu tahu… kenapa dia elak aku. Apa yang berlaku selama bertahun ni?”

# Bab 52 : Luka Lama, Pertemuan Baru

Malam itu Amanda termenung di balkoni rumah sewanya. Angin malam menyapa wajah, tapi fikirannya bercelaru. Sejak bertemu semula dengan Dr. Adrian, tidurnya tak pernah lena.

Kenapa aku masih rasa berdebar bila nampak dia?

Kenapa mesti muncul semula sekarang, selepas aku sudah belajar menerima takdir hidup sendiri?

Dia memejam mata. Ingatan kembali pada saat dia dengan terburu-buru meluahkan perasaan dahulu, saat Dr. Adrian menolak dengan tenang. Rasa malu dan bodoh itu masih segar. Itulah sebab dia mengelak kini. Dia tidak mahu kelihatan lemah lagi di hadapan lelaki itu.

Namun takdir tidak pernah memberi pilihan mudah.

Suatu petang, sewaktu Amanda keluar dari pejabat, hujan tiba-tiba turun dengan lebat. Dia berlari berteduh di depan kedai kopi berhampiran. Nafasnya tercungap, rambut sedikit basah.

“Amanda.”

Suara itu muncul tepat di sisinya.

Dia berpaling — dan di situ, berdiri Dr. Adrian, basah kuyup juga, payung kecil di tangan. Pandangannya tepat menusuk wajah Amanda, tidak lagi sekadar terkejut, tapi penuh dengan tekad.

“Kali ini jangan lari lagi,” katanya tenang, namun tegas.

Amanda terdiam. Degup jantungnya bergema lebih kuat daripada bunyi hujan. Dia cuba membuka mulut, mencari alasan, tapi kata-katanya tersekat.

Dr. Adrian sedikit mendekat, masih menjaga ruang, namun jelas tidak mahu dia pergi lagi.

“Saya nak tahu… kenapa awak elakkan saya? Apa salah saya pada awak, Amanda?”

Amanda kaku dan berpaling, memandang hujan deras di jalan.

“Bukan salah doktor… cuma salah saya. Saya yang terlalu bodoh dulu…” suaranya perlahan, bergetar.

# Bab 53 : Rahsia Dalam Diam

Amanda menggenggam tali begnya erat, seolah-olah kekuatan itu mampu menahan hatinya daripada runtuh. Dia tersenyum hambar, senyuman yang penuh pura-pura.

“Doktor tak salah apa-apa… cuma saya memang banyak urusan, kadang-kadang tak sempat nak berbual. Itu saja.”

Dr. Adrian memandangnya lama. Dia tahu ada sesuatu yang Amanda sembunyikan, namun tidak mahu memaksa. Perlahan-lahan dia mengangguk.

“Baiklah. Kalau itu jawapan awak, saya terima. Tapi…” dia berhenti sejenak, matanya masih tidak lepas daripada wajah Amanda, “…saya harap kita tak perlu jadi orang asing. Saya anggap awak kawan, seperti dulu. Itu tak salah, kan?”

Amanda tersentak. Hatinya seperti disentuh perlahan. Dia ingin berkata ya dengan yakin, tetapi lidahnya terasa berat. Akhirnya dia hanya mengangguk kecil.

“Terima kasih, Amanda.” Senyum Dr. Adrian terukir ikhlas, sebelum dia menghulurkan payung. “Awak guna ni. Saya dah biasa kena hujan.”

Amanda mahu menolak, tapi lelaki itu sudah melangkah pergi, meninggalkannya terpinga-pinga dengan payung di tangan.

Sepanjang malam Amanda termenung, payung biru itu tersandar di sudut bilik. Kata-kata Dr. Adrian terngiang-ngiang.

“Saya anggap awak kawan, seperti dulu.”

Namun di dasar hatinya, Amanda tahu — dia belum mampu benar-benar melupakan luka lama. Dan untuk berdepan dengan Dr. Adrian tanpa mengungkit perasaan, itu bukan sesuatu yang mudah.

# Bab 54 : Riak-Riak Konflik

Sejak kejadian payung tempoh hari, hubungan Amanda dan Dr. Adrian kembali bersilang lebih kerap. Kadang-kadang hanya sekadar sapa mesra di lobi hospital atau bertemu di kedai kopi berhampiran. Tidak ada yang istimewa, sekadar perbualan ringan, namun cukup untuk membuatkan Amanda perlahan-lahan rasa lebih selesa.

Namun dunia luar jarang sekali melihat dengan pandangan yang neutral.

Beberapa kali rakan sekerja Amanda mengusik, “Eh, kau ni makin rajin ke hospital… jumpa siapa tu?”

Amanda ketawa hambar, cuba menafikan. “Alah, biasalah… hospital depan pejabat. Singgah beli kopi je.”

Tetapi usikan itu makin lama makin menjadi-jadi.

Lebih parah, ada gosip mula berlegar di pejabat — kononnya Amanda sedang ‘berkenalan rapat’ dengan seorang doktor kacak dari hospital bersebelahan. Walhal Amanda sendiri masih bergelut dengan hatinya yang penuh luka lama.

Suatu petang, Amanda melintasi kafeteria hospital selepas habis kerja. Dia tersentak bila terdengar sekumpulan jururawat berbisik sesama sendiri.

“Itu kan Amanda? Yang selalu dengan Dr. Adrian tu…”

“Ha’ah, aku pun perasan. Mungkin ada apa-apa kot. Doktor tu kan masih bujang.”

Amanda berlari keluar dengan wajah membara. Dia tidak pernah suka jadi bahan bualan. Dan yang lebih menyakitkan — gosip itu sampai juga ke telinga Dr. Adrian.

Keesokan harinya, sewaktu Amanda melangkah keluar pejabat, Dr. Adrian menahannya. Wajahnya tenang, tetapi ada sinar prihatin.

“Amanda… saya minta maaf. Saya tahu awak tak selesa dengan gosip orang. Tapi percayalah, saya tak pernah bercerita apa-apa tentang kita. Saya pun tak tahu macam mana mereka boleh anggap begitu.”

Amanda menunduk, dadanya bergelora. “Sebab saya yang bodoh, selalu muncul dekat awak. Orang mula salah faham. Saya dah lalui cukup banyak dulu… saya tak sanggup lagi.”

Suasana hening seketika. Dr. Adrian memandangnya lama, seolah-olah mahu memahami luka yang Amanda sembunyikan.

# Bab 55 : Rindu Dalam Diam

Beberapa minggu berlalu, Dr. Adrian beberapa kali cuba mengajak Amanda keluar sekadar minum kopi di kafe bersebelahan hospital. Ajakan itu dilakukannya dengan nada bersahaja, seolah-olah hanya teman lama yang ingin berbual.

Namun Amanda menolak setiap kali dengan alasan kerja menimbun, mesyuarat panjang, atau terlalu penat. Hakikatnya, dia sengaja menjarakkan diri — bukan kerana benci, tetapi kerana enggan menambah bahan bakar pada gosip yang sudah bertebaran.

“Amanda ni memang sibuk betul,” Dr. Adrian tersenyum hambar setiap kali ajakannya ditolak, cuba menyembunyikan kekecewaan yang kian meresap.

Sampai satu hari, Amanda diminta syarikatnya outstation ke negeri lain selama seminggu. Hilanglah kelibatnya dari pejabat, juga dari kawasan hospital.

Hari-hari itu terasa aneh bagi Dr. Adrian.

Dia perasan dirinya sering menoleh ke arah bangunan pejabat seberang jalan, seolah-olah menunggu bayangan Amanda muncul di pintu keluar. Di kafeteria, dia termenung lama dengan kopi yang sudah sejuk.

Kenapa aku rasa kosong bila dia tiada?

Bukankah aku selalu menafikan… Amanda hanya kawan, tak lebih dari itu?

Malam demi malam, hatinya bergelora. Dia cuba menolak rasa itu sebagai sekadar rindu pada seorang pesakit lama, atau keakraban kerana pengalaman lalu. Tetapi semakin dia menafikan, semakin jelas bayangan Amanda hadir dalam fikirannya.

Ini bukan lagi sekadar kawan… bisik hatinya, meski bibirnya tetap keras menolak.

Sementara itu, Amanda di lokasi outstation sibuk dengan kerja sehingga langsung tidak menyedari keresahan Dr. Adrian. Pada fikirannya, doktor itu hanya teman lama yang kebetulan muncul kembali dalam hidupnya, tidak lebih daripada itu.

# Bab 56 : Rahsia Hati Seorang Doktor

Kepulangan Amanda dari outstation disambut biasa saja. Dia kembali dengan senyuman letih, tangan penuh fail kerja, seolah-olah tiada apa yang berubah.

Dr. Adrian yang kebetulan melihatnya dari jauh, hanya mengangguk kecil, menahan dirinya daripada menegur terlalu mesra.

“Selamat kembali, Amanda,” katanya sekadar formal ketika mereka berselisih di kafe.

Amanda tersenyum ringan. “Terima kasih, doktor. Macam biasa, sibuk.”

Dia segera melangkah pergi, tidak menyedari mata Dr. Adrian yang terus memandangnya lama.

Hari demi hari berlalu, Dr. Adrian mengekalkan wajah profesional dan ceria di hadapan semua orang. Namun di dalam hatinya, dia dihantui rasa yang semakin menekan. Setiap kali melihat Amanda tersenyum, hatinya terasa hangat. Setiap kali Amanda mengelak untuk berbual lama, ada sekelumit perih menusuk.

Malam, di bilik pejabatnya yang sunyi, dia termenung di hadapan laporan pesakit yang belum siap. Penanya terhenti di tengah ayat.

Amanda… kenapa aku tak boleh buang nama itu dari fikiran aku?

Dia tahu batas seorang doktor. Dia tahu Amanda pernah terluka kerana dirinya dahulu. Justeru, dia memilih untuk menyimpan rasa itu rapat-rapat. Lebih mudah berpura-pura, lebih selamat untuk semua orang.

Namun dalam diam, hatinya menjerit — antara cinta, rindu, dan penafian.

Amanda pula terus menjalani hari-hari seperti biasa, fokus pada kerjayanya. Dia menganggap Dr. Adrian hanyalah bayangan lama yang kebetulan muncul semula, tanpa menyedari bahawa lelaki itu kini berperang dengan perasaan sendiri..

# Bab 57 : Tersingkap Tanpa Sengaja

Hari itu Amanda pulang lewat malam selepas menyiapkan laporan syarikat. Langkahnya lesu, kepala pening akibat seharian menatap skrin komputer. Sewaktu menyeberang jalan menuju parkir, tiba-tiba pandangannya berpinar. Segalanya gelap seketika sebelum tubuhnya terhuyung-hayang.

Nasib baik ada seseorang menyambutnya — kuat dan penuh cemas.

“Amanda!” suara itu jelas, penuh panik.

Samar-samar Amanda melihat wajah Dr. Adrian, kerisauan tergambar jelas di mata lelaki itu.

Dia segera membawanya ke hospital.

Sepanjang perjalanan di koridor, Dr. Adrian menggenggam tangan Amanda erat, langsung tidak peduli pada mata-mata yang memandang.

“Bertahan, Amanda… saya ada di sini,” katanya, nada suaranya bergetar.

Amanda hanya mampu memejam mata, tubuhnya lemah. Namun genggaman itu terasa hangat, berbeza daripada sikap tenang dan formal yang selalu Dr. Adrian tunjukkan.

Beberapa jam kemudian, selepas pemeriksaan, doktor bertugas memaklumkan bahawa Amanda hanya keletihan teruk. Tiada apa-apa yang serius, hanya perlu berehat.

Amanda membuka mata perlahan, mendapati Dr. Adrian masih duduk di sisinya, wajahnya penuh lega tetapi juga keletihan.

“Awak… masih di sini?” suaranya serak.

Dr. Adrian menunduk, cuba menyembunyikan riak wajahnya. Namun kata-kata yang keluar tidak lagi mampu dikawal.

“Tentulah. Mana mungkin saya tinggalkan awak. Saya… saya terlalu risaukan awak.”

Amanda terpaku. Jantungnya berdegup kencang.

Untuk pertama kali, dia melihat Dr. Adrian tanpa topeng profesional, tanpa jarak. Wajah itu jelas menyimpan sesuatu — sesuatu yang selama ini lelaki itu cuba sembunyikan.

Amanda tidak tahu harus menjawab apa. Sebahagian dirinya mahu percaya, sebahagian lagi takut luka lama terbuka kembali.

# Bab 58 : Persoalan Dalam Hati

Sejak malam itu, kata-kata Dr. Adrian tidak pernah berhenti bergema di telinga Amanda. “Mana mungkin saya tinggalkan awak. Saya… saya terlalu risaukan awak.”

Walaupun selepas keadaannya kembali pulih, setiap kali mereka terserempak di lobi atau kafe, Amanda mula melihat Dr. Adrian dengan mata yang berbeza. Senyumannya, caranya menyoal tentang kesihatan Amanda, bahkan nada suaranya — semua itu membuatkan Amanda tertanya-tanya.

Apa sebenarnya yang dia rasa?

Adakah… mungkin… dia simpan sesuatu dalam hati selama ini?

Namun setiap kali Amanda cuba mencari kepastian, Dr. Adrian seakan kembali mengenakan ‘topeng’nya — tenang, ceria, profesional. Seolah-olah malam itu tidak pernah berlaku.

Amanda duduk termenung di balkoni rumahnya, memandang langit malam.

“Hati aku ni kenapa… masih goyah bila fikir pasal dia?” bisiknya perlahan.

Dia cuba yakinkan diri bahawa perasaan itu hanya mainan fikiran. Bahawa kerisauan

Dr. Adrian hanyalah sifat seorang doktor terhadap bekas pesakitnya. Tapi semakin dia menafikan, semakin kuat rasa ingin tahu itu menjerat dirinya.

Dalam diam, Amanda sedar:

dia mula ingin tahu lebih tentang Dr. Adrian.

Dan untuk pertama kali setelah sekian lama, hatinya kembali bergetar dengan persoalan — bukan kerana kecewa pada Bob, tetapi kerana sesuatu yang lebih tulus, lebih berbahaya.

# Bab 59 : Tanda-Tanda Yang Terbuka

Hari-hari Amanda kembali normal, tetapi hatinya tidak. Setiap kali bertemu Dr. Adrian, dia cuba anggap itu sekadar kebetulan, namun sikap lelaki itu perlahan-lahan berubah — walaupun Dr. Adrian sendiri mungkin tidak sedar.

Di kafeteria hospital, Dr. Adrian sering ‘kebetulan’ muncul tepat ketika Amanda sedang beratur membeli kopi.

“Eh, awak lagi? Kita ni macam ada jadual sama ya,” katanya sambil tersenyum.

Amanda hanya ketawa kecil, tetapi jauh di dalam hati, dia tertanya-tanya. Benarkah kebetulan… atau dia sengaja cari alasan?

Ada satu petang, hujan lebat turun. Amanda berdiri di pintu pejabat, resah kerana tidak bawa payung. Tiba-tiba, sebuah payung hitam terbuka di hadapannya.

“Kalau awak tunggu, boleh basah kuyup. Mari saya hantar sampai ke kereta.”

Itu suara Dr. Adrian lagi — tenang, tapi matanya penuh ketulusan.

Amanda terpaku, namun akhirnya mengangguk. Sepanjang berjalan, dia terasa aneh — bukan kerana hujan, tetapi kerana debar yang makin sukar disembunyikan.

Lebih jelas lagi, suatu hari Amanda jatuh sakit ringan di pejabat, mungkin kerana kurang tidur. Seorang rakan sekerja membawa ubat, tapi Dr. Adrian yang kebetulan sedang melawat pesakit syarikat itu datang menegur.

“Awak tak sihat? Biar saya tengok.”

Nada suaranya begitu bimbang, jauh lebih daripada seorang doktor yang hanya memeriksa pesakit biasa.

Semua itu membuatkan Amanda mula menyedari — walaupun Dr. Adrian masih cuba berpura-pura profesional, tindakannya sendiri sudah membocorkan sesuatu.

Malam itu, Amanda memandang cermin.

“Hati aku… janganlah cepat salah faham. Tapi kalau betul… aku kena bersedia. Aku tak nak ulang kesilapan lama.”

# Bab 60 : Ujian Halus

Hari itu, selepas mesyuarat panjang, Amanda singgah di kafeteria hospital. Dia duduk sendirian di sudut meja sambil menatal telefon. Tidak lama kemudian, seperti sudah dijangka, Dr. Adrian muncul dengan dulang kopi di tangan.

“Boleh saya duduk?” tanyanya, senyum bersahaja.

Amanda mengangguk, walaupun hatinya berdebar. Hari ini dia nekad — cukup dengan teka-teki. Dia mahu lihat sendiri reaksi lelaki itu.

“Doktor ni pelik ya,” Amanda memulakan dengan nada gurauan. “Asyik ‘kebetulan’ jumpa saya. Kalau orang tengok, boleh salah faham tau.”

Dr. Adrian sedikit tersentak, tapi cepat mengawal wajahnya. Dia ketawa kecil, cuba berlagak tenang.

“Kebetulan je… lagipun hospital ni depan pejabat awak. Mustahillah kalau tak terserempak.”

Amanda mengangkat kening, tersenyum nakal. “Betul ke? Sebab… kadang-kadang nampak macam doktor sengaja cari saya.”

Kali ini Dr. Adrian terdiam beberapa saat. Tangannya menggenggam cawan, matanya menunduk sebelum kembali memandang Amanda. Senyumannya tetap ada, tapi jelas kaku.

“Amanda… awak ni pandai mengusik. Janganlah buat saya nampak macam orang pelik pula.”

Amanda ketawa kecil, cuba menutup degup jantungnya yang kencang. Dalam hati, dia puas — kerana walaupun Dr. Adrian cuba menafikan, wajah dan reaksinya menceritakan lebih banyak daripada kata-kata.

Sepulangnya ke rumah, Amanda termenung lama.

Ya Tuhan… betulkah dia simpan sesuatu? Atau aku cuma berangan lagi sekali?

Hatinya masih ragu, tetapi ada secubit keyakinan yang mula tumbuh — keyakinan bahawa perasaan itu mungkin tidak lagi bertepuk sebelah tangan.

# Bab 61 : Retak Tembok

Hari-hari berlalu, Amanda semakin berani. Dia tidak lagi hanya menunggu kebetulan. Setiap kali ada ruang, dia sengaja melontar gurauan, soalan, atau pandangan yang membuat

Dr. Adrian serba salah.

Satu petang, selepas ward round, Amanda sengaja tunggu di lobi. Bila nampak Dr. Adrian melintas, dia tersenyum manis.

“Doktor…” panggil Amanda.

“Ya?”

“Kalau awak bukan doktor, agaknya awak kerja apa? Jangan jawab saintifik sangat.”

Dr. Adrian tergelak kecil. “Soalan apa ni?”

“Jawab jelah. Saya nak tengok imaginasi awak.”

Dia terdiam seketika, kemudian menjawab perlahan, “Mungkin… penulis. Sebab dalam diam, saya suka perhatikan orang, cuba faham hati mereka.”

Amanda merenung tajam, sambil mengusik, “Ohh… jadi maksudnya awak tengah cuba faham hati saya lah ni?”

Dr. Adrian terkedu. Wajahnya jelas merah, tapi dia cuba sembunyikan dengan meneguk air. “Amanda… awak ni betul-betul tahu cara buat orang tak selesa.”

Amanda tersenyum puas. Dia tahu — lelaki itu sedang goyah.

Beberapa hari kemudian, Amanda sengaja hantar mesej ringkas lewat malam:

Doktor, awak pernah rasa… hati awak lawan logik awak sendiri?

Balasannya lambat, tapi cukup untuk buat Amanda terdiam lama:

Ya. Dan kadang-kadang… logik tu kalah.

Sejak hari itu, Dr. Adrian mula berubah. Dia lebih kerap mencari alasan untuk berada dekat Amanda. Matanya kadang terhenti lama, seolah-olah tidak mampu berpaling. Senyumnya bukan lagi sekadar formal, tetapi penuh makna yang Amanda sendiri terasa sampai ke dada.

Dalam hati Amanda berbisik, Tembok tu akhirnya mula retak. Dia cuba lawan, tapi perasaan tu semakin jelas…

# Bab 62 : Bayangan yang Tertahan

Hubungan mereka kian pelik. Amanda masih dengan perangainya yang suka menguji, kadang sengaja melemparkan soalan nakal, kadang berpura-pura tidak sedar Dr. Adrian memberi perhatian lebih.

Dr. Adrian pula, walaupun cuba menyimpan, semakin sukar menafikan debaran yang datang setiap kali Amanda muncul.

Suatu petang di kafeteria hospital, Amanda terserempak dengan rakan sekerjanya yang gemar bergosip.

“Eh, kau rapat betul ya dengan Dr. Adrian tu. Orang asyik nampak korang sama-sama,” sindirnya.

Amanda hanya tersenyum kelat, pura-pura tidak ambil pusing. Tapi jauh di sudut hati, dia teringat bagaimana doktor itu selalu muncul di saat dia perlukan bantuan kecil — menolong mengangkat fail, menghantar payung ketika hujan, atau sekadar menegur dengan nada lembut bila Amanda kelihatan penat.

Malam itu, Amanda termenung di balkoni hotel ketika outstation. Dia cuba meyakinkan diri, Aku cuma main-main uji dia. Bukan serius pun. Tapi hatinya sendiri bergetar bila teringat mata Dr. Adrian yang selalu redup menatapnya diam-diam.

Sementara itu, di rumah sewa Dr. Adrian, dia duduk lama di meja kerjanya. Telefon di tangannya sudah beberapa kali dibuka. Namanya hampir ditaip di ruang mesej, tapi dipadam kembali.

“Kenapa aku macam ni…” bisiknya sendiri.

Dia cuba menenangkan hati dengan alasan, Itu cuma persahabatan. Aku tak boleh terjebak.

Namun hakikatnya, bayangan Amanda semakin mengusik tidurnya.

Keesokan harinya, Amanda kembali ke pejabat selepas outstation. Tanpa dia sedar, Dr. Adrian menunggunya dari jauh di lobi, sekadar memastikan dia pulang dengan selamat. Saat Amanda tersenyum kepadanya, walau sekejap, dada Dr. Adrian seakan diramas perasaan yang tak tertanggung.

Tapi dia masih memilih diam.

Dan Amanda, meski kadang terasa ada sesuatu yang aneh, tetap berpura-pura tidak tahu.

Ketegangan itu makin menjerat, bagai tali yang semakin ketat, menunggu saat sama ada putus… atau terikat lebih dalam.

# Bab 63 : Tali Yang Hampir Terputus

Hari itu gosip di pejabat memuncak. Entah siapa yang memulakan, tapi cerita tersebar cepat — kononnya Amanda ada hubungan istimewa dengan Dr. Adrian.

“Aku dengar dia selalu tunggu Amanda balik kerja…” bisik seorang kerani kepada rakannya.

“Alah, dah nampak terang lagi bersuluh. Amanda tu kan manis, doktor tu pula bujang. Tak pelik pun,” balas yang lain sambil ketawa kecil.

Berita itu akhirnya sampai ke telinga Amanda. Wajahnya merah padam, bukan kerana marah, tapi kerana rasa malu dan takut nama baiknya tercalar. Dia segera mencari Dr. Adrian di bilik rehat doktor.

“Doktor…” suaranya sedikit tegas.

Dr. Adrian mendongak, terkejut melihat Amanda yang jarang bersuara begitu.

“Kita kena hati-hati. Orang dah mula cakap macam-macam pasal kita. Saya tak nak ada gosip, apatah lagi melibatkan reputasi doktor,” katanya.

Sejenak bilik itu sunyi. Dr. Adrian hanya menatapnya lama, seakan mencari kata yang sesuai.

“Amanda… awak rasa semua ini sekadar gosip semata?” suaranya perlahan, tetapi bergetar.

Amanda tergamam. Dia cuba mengelak pandangan itu, lalu menjawab dengan nada dingin, “Ya. Sebab itu saya selalu tolak bila doktor ajak keluar. Saya tak mahu orang salah faham.”

Ketegangan antara mereka semakin terasa. Dr. Adrian akhirnya melangkah setapak menghampirinya.

“Mungkin bagi awak ia sekadar salah faham… tapi bagi saya, ia sesuatu yang lebih dari itu.”

Amanda terdiam. Jantungnya berdegup kencang, tapi mindanya menolak keras. Dia cuba berlagak tenang.

“Doktor… jangan cakap begitu. Kita berdua dah cukup banyak melalui konflik hidup. Saya tak nak ulang kesilapan lama.”

Namun dalam diam, kata-kata itu menghantam Dr. Adrian lebih kuat dari yang dia sangka.

Amanda segera keluar dari bilik itu, meninggalkan Dr. Adrian dengan dada yang sarat oleh perasaan yang selama ini cuba dia sembunyikan.

# Bab 64 : Pengakuan yang Terpendam

Sejak insiden di bilik rehat itu, Amanda dan

Dr. Adrian semakin menjaga jarak. Namun, semakin mereka menjauh, semakin kuat perasaan yang cuba mereka nafikan.

Suatu malam, selepas mesyuarat panjang, Amanda pulang lewat. Tanpa diduga, dia terserempak dengan Dr. Adrian di parkir. Lelaki itu berdiri di sisi keretanya, seolah-olah sudah lama menunggu.

“Amanda,” panggilnya, nada suaranya berat.

Amanda menghentikan langkah, cuba mengawal riak wajah.

“Doktor… sudah malam. Kita tak perlu bual panjang.”

“Tunggu.” Dr. Adrian mendekat, matanya penuh dengan gelora yang Amanda jarang lihat.

“Saya cuba elak. Saya cuba berdiam. Tapi makin saya menafikan, makin kuat rasa ini. Saya… saya sukakan awak, Amanda.”

Amanda terpaku. Kata-kata itu terasa bagai hentakan yang merobohkan semua benteng pertahanannya.

“Doktor… jangan,” balasnya perlahan, hampir berbisik.

“Saya tahu awak cakap begitu sebab simpati, atau sebab awak keliru. Saya tak mahu…”

“TIDAK!” suara Dr. Adrian meninggi, lalu menurun semula, parau menahan emosi.

“Apa yang saya rasa ini bukan simpati. Bukan kerana awak pesakit dulu. Ini saya, seorang lelaki… yang tak dapat berhenti fikirkan awak.”

Mata Amanda mula berkaca, hatinya berkecamuk antara bahagia dan takut.

“Tapi… kalau semua ini hanya mengulang luka lama, doktor… sanggupkah?”

Suasana jadi tegang. Hanya bunyi cengkerik malam menemani. Dr. Adrian menatapnya, seolah menyerahkan seluruh hatinya tanpa topeng lagi.

“Amanda, kali ini… biar saya yang tanggung risikonya.”

# Bab 65 : Luka Yang Belum Pulih

Amanda berdiri kaku, dadanya berombak menahan sebak. Kata-kata Dr. Adrian seolah menusuk ke ruang yang paling dalam dalam hatinya.

“Doktor… saya tak boleh. Saya dah pernah salah dulu. Saya pernah terburu-buru, dan akhirnya saya yang menanggung luka. Saya tak sanggup ulang kesilapan itu lagi,” katanya perlahan, namun tegas.

Dr. Adrian menunduk, cuba menenangkan gejolak hatinya. “Saya faham. Tapi awak kena tahu… saya bukan Bob. Dan saya bukan lelaki yang akan biarkan awak tanggung sendiri.”

Amanda menelan liur, matanya berair. Dalam hati kecilnya, dia ingin sekali percaya. Namun kenangan tentang kehilangan, tentang penolakan keluarga Bob, tentang sakit yang hampir meragut nyawanya… semua itu masih menghantui.

“Saya hargai perasaan doktor. Tapi untuk sekarang, biarlah kita kekal macam ni saja. Saya… saya belum bersedia.”

Dr. Adrian menghela nafas panjang, wajahnya jelas kecewa. Namun dia tidak memaksa.

“Baiklah, Amanda. Kalau itu yang awak mahu. Tapi saya tetap di sini. Walau awak tolak sekalipun, hati saya tetap tak berubah.”

Amanda berpaling, cuba melangkah pergi. Tapi di setiap langkahnya, hatinya semakin bergetar.

Kenapa aku rasa seolah-olah aku sedang menolak sesuatu yang sebenarnya aku mahukan?

# Bab 66 : Sentuhan Keyakinan

Amanda masih cuba berundur, namun langkahnya terhenti apabila Dr. Adrian tiba-tiba menyentuh bahunya. Sentuhan itu bukan paksaan, tetapi lembut dan penuh pengharapan.

“Amanda…” suaranya serak menahan rasa,

“Awak dah cukup lama biar diri awak dikawal ketakutan. Luka lama, trauma, semua itu hanya menambah beban. Tapi awak masih hidup. Awak dah buktikan pada dunia — pada penyakit, pada kesakitan — yang awak boleh bangun semula.”

Amanda terpaku, bahunya terasa hangat seolah tenaga itu mengalir terus ke jantungnya.

“Tolonglah… buang jauh perasaan negatif yang awak simpan. Awak tak perlu hadap semua ini seorang diri lagi. Biarkan saya jadi orang yang bersama awak, bukan sekadar doktor atau kawan … tapi lelaki yang betul-betul nak jaga awak.”

Air mata Amanda jatuh tanpa dapat ditahan. Dia cuba menepis tangan itu, tapi akhirnya terhenti di udara. Jiwanya bergelora — separuh ingin percaya, separuh lagi masih dibelenggu takut.

“Doktor… saya takut. Kalau saya buka hati lagi, dan akhirnya saya kehilangan sekali lagi… saya tak pasti saya kuat untuk bangun.”

Dr. Adrian menggenggam lembut bahunya, matanya menatap penuh tekad.

“Kalau awak jatuh, biar saya yang angkat. Kalau awak rapuh, biar saya yang jadi sandaran. Jangan biarkan ketakutan curi peluang awak untuk bahagia.”

Suasana sunyi. Hanya degupan jantung Amanda yang bergema dalam dirinya sendiri. Perlahan-lahan, dia menghela nafas panjang, menahan sebak.

Untuk pertama kali selepas sekian lama… adakah aku boleh percaya lagi?

# Bab 67 : Ruang Yang Tersingkap

Amanda menunduk, air mata masih membasahi pipinya. Kata-kata Dr. Adrian bergema dalam kepalanya, membuatkan tembok yang dibina bertahun-tahun mula retak sedikit demi sedikit.

Perlahan, dia mengangkat wajah.

“Doktor… saya tak janji apa-apa. Saya tak pasti saya mampu buang semua ketakutan ni sekelip mata.”

Dr. Adrian mengangguk, senyumannya lembut, tidak menekan. “Saya tak minta awak janji. Saya cuma minta awak beri ruang kecil… ruang untuk saya buktikan yang perasaan ini bukan main-main.”

Amanda terdiam lama. Hatinya masih bergelora, tapi di celah rasa takut, ada secercah kelegaan. Seakan beban yang dipikulnya selama ini sedikit ringan kerana ada seseorang yang mahu menolong memikul bersama.

“Baiklah…” akhirnya Amanda bersuara perlahan.

“Saya… akan cuba. Tapi jangan paksa saya.”

Dr. Adrian melepaskan bahunya perlahan, lalu tersenyum penuh syukur.

“Saya janji, Amanda. Perlahan-lahan saja. Saya akan ikut rentak awak.”

Malam itu, ketika Amanda pulang, dia termenung lama di bilik tidurnya. Dalam hati, masih ada ragu yang menjerut, tapi ada juga sesuatu yang baru — secercah harapan yang tak pernah dia bayangkan akan datang lagi dalam hidupnya.

Adakah aku betul untuk beri ruang ini? Atau aku hanya menjemput luka sekali lagi? Namun entah kenapa, bayangan wajah Dr. Adrian tidak juga hilang dari fikirannya..

# Bab 68 : Hela Nafas Baharu

Hari-hari berikutnya berjalan lebih tenang. Amanda dan Dr. Adrian masih menjaga batas, tetapi ada momen-momen kecil yang mulai memberi makna.

Suatu pagi, Amanda datang ke pejabat dengan wajah sedikit pucat. Belum sempat dia duduk, Dr. Adrian muncul tetiba sambil membawa secawan teh herba.

“Saya nampak awak kurang sihat. Cuba minum ni. Baik untuk tenangkan badan,” katanya.

Amanda terkedu, lalu menyambut dengan perlahan. “Macam mana doktor tahu saya suka bau serai ni?”

Dr. Adrian hanya tersenyum kecil. “Saya perasan masa dulu awak selalu bawa bekal air rebusan serai masa rawatan.”

Amanda terdiam, hatinya hangat. Dia tak sangka ada seseorang yang masih mengingat detail kecil tentang dirinya.

Beberapa hari kemudian, mereka bertemu di kantin hospital. Amanda hampir hilang imbangan kerana lantai licin, dan sebelum sempat jatuh, Dr. Adrian sempat menyambutnya. Mereka terpaku seketika, wajah dekat antara satu sama lain.

“Awak kena hati-hati,” bisik Dr. Adrian, nadanya lembut tapi menusuk.

Amanda cepat-cepat menjauh, mukanya merah padam. Tapi sepanjang hari, bayangan kejadian itu terus bermain dalam fikirannya.

Momen-momen kecil itu mula mencairkan ketakutan yang membeku sekian lama. Walaupun belum berani mengaku, Amanda tahu — ada bahagian hatinya yang perlahan-lahan membuka pintu untuk

Dr. Adrian.

# Bab 69 : Riak Yang Membesar

Hari itu suasana pejabat jadi heboh. Ada staf baru ternampak Amanda dan Dr. Adrian keluar dari lobi hospital bersama — padahal mereka cuma kebetulan berjalan seiring selepas mesyuarat. Namun cerita yang kecil itu membesar bagai api terkena minyak.

“Eh, betul ke Amanda dengan Dr. Adrian ada hubungan?” bisik seorang kerani.

“Ala, orang dah nampak sendiri. Jangan nak sembunyi lagi. Mereka tu memang rapat.”

Berita itu tersebar cepat hingga sampai ke telinga pihak atasan. Amanda dipanggil ke bilik pengurus.

“Amanda, saya harap awak jaga imej syarikat. Jangan sampai ada gosip yang jejaskan reputasi kita dengan pihak hospital.”

Wajah Amanda merah, antara marah dan malu. Malamnya, dia termenung lama di bilik, teringat kembali kata-kata Dr. Adrian.

Biar saya yang tanggung risikonya…

Tapi Amanda tahu, risiko itu bukan kecil. Gosip sudah mula menjejaskan kerjayanya, malah boleh menimbulkan fitnah pada Dr. Adrian yang selama ini sangat profesional.

Keesokan harinya, dia menatap Dr. Adrian di koridor. Lelaki itu kelihatan tenang, seolah tidak terkesan. Namun bila mata mereka bertemu, Amanda dapat rasakan ada keresahan di balik renungannya.

“Doktor,” Amanda bersuara perlahan.

“Kita tak boleh biarkan gosip ni berterusan. Saya… saya rasa lebih baik kita jarakkan diri.”

Kata-kata itu terkeluar dengan berat, seolah-olah merobek hatinya sendiri.

Dr. Adrian menggenggam pen di tangannya erat, cuba menyembunyikan kekecewaan.

“Amanda… awak sanggup patahkan semua yang kita cuba bina, hanya kerana cakap-cakap orang?”

Amanda memalingkan muka, menahan sebak.

“Bukan sebab saya tak mahu, doktor. Tapi saya tak kuat hadapi semua ni…”

Suasana jadi tegang, bagaikan ada dinding baru yang memisahkan mereka.

# Bab 70 : Pertahanan Seorang Lelaki

Hari itu, gosip semakin melarat. Ada staf yang tanpa segan membuat sindiran terus terang di kantin.

“Tak peliklah Amanda selalu dapat perhatian lebih. Kan dia ada backup doktor tampan tu,” ujar seorang juruteknik sambil ketawa kecil.

Amanda yang kebetulan lalu di situ, tersentak. Wajahnya panas, namun dia memilih diam. Dia menunduk dan terus melangkah, menahan hati yang perit.

Namun sebelum suasana jadi lebih buruk, suara garau Dr. Adrian kedengaran jelas.

“Cukup!”

Seluruh kantin terdiam. Semua mata tertumpu kepada doktor itu yang berdiri tegap, wajahnya serius.

“Kalau ada yang tak puas hati dengan saya, cakap depan saya. Jangan heret nama Amanda dalam gosip murahan. Dia bekerja dengan penuh dedikasi. Dia tak layak diperlakukan begini.”

Tiada siapa berani menyampuk. Hanya kedengaran bisik-bisik kecil, lalu suasana kembali senyap.

Amanda berdiri kaku. Jantungnya berdegup kencang, matanya berkaca. Dia tak sangka Dr. Adrian berani bersuara tegas begitu, di depan semua orang.

Selepas itu, mereka berdua bertemu di koridor. Amanda menunduk, suaranya perlahan, “Doktor… kenapa buat macam tu? Nanti orang tambah salah faham.”

Dr. Adrian menatapnya dengan tenang. “Biar. Saya sanggup dituduh macam-macam, asalkan orang tahu awak tak bersalah. Saya tak akan biarkan sesiapa hina awak.”

Amanda terdiam, dadanya penuh dengan rasa yang bercampur baur — syukur, kagum, takut, dan sedikit demi sedikit, harapan.

Untuk pertama kali, dia mula percaya bahawa mungkin… lelaki ini benar-benar maksudkan apa yang dia kata..

# Bab 71 : Jarak Yang Kian Rapat

Malam itu, Amanda masih termenung di balkoni rumah sewanya. Kata-kata Dr. Adrian di kantin siang tadi terngiang-ngiang dalam fikirannya. “Saya tak akan biarkan sesiapa hina awak.”

Hatinya terasa hangat, tetapi di sisi lain dia masih diliputi resah. Kenapa dia sanggup sejauh itu demi aku?

Tiba-tiba telefon bimbitnya berbunyi. Pesanan ringkas daripada Dr. Adrian:

“Saya tahu awak mungkin tak selesa dengan kejadian tadi. Boleh saya jumpa sebentar? Saya cuma nak awak tahu sebab sebenar.”

Amanda serba salah, namun akhirnya bersetuju. Mereka bertemu di sebuah kafe kecil yang tenang, jauh dari pandangan mata orang pejabat.

Dr. Adrian duduk berhadapan dengannya, wajahnya kelihatan penat tetapi matanya jujur.

“Amanda, saya minta maaf kalau tindakan saya siang tadi buat awak susah hati. Tapi saya tak tahan tengok orang perlekehkan awak. Saya tahu awak kuat, tapi awak tak patut tanggung semua tu seorang diri.”

Amanda menunduk, jemarinya menggenggam cawan panas yang dipegang erat. “Doktor… saya sebenarnya takut. Takut kalau semua ni hanya sementara. Takut kalau akhirnya saya kecewa lagi.”

Dr. Adrian menarik nafas dalam, lalu menyandarkan tubuhnya ke kerusi. “Saya faham. Awak berhak rasa begitu. Tapi percayalah, saya bukan lelaki yang akan datang hanya untuk sekejap. Saya… nak ada untuk jangka panjang, walau awak tolak saya berkali-kali sekalipun.”

Amanda mengangkat wajah perlahan. Matanya bertembung dengan renungan Dr. Adrian — hangat, dalam, dan penuh ketulusan. Jantungnya berdegup kencang, ada perasaan yang cuba dia sembunyikan tetapi semakin sukar ditahan.

Mereka duduk dalam diam seketika, hanya ditemani bunyi lembut muzik kafe. Buat pertama kali sejak lama, Amanda merasakan sesuatu yang asing tapi menenangkan: rasa selamat.

# Bab 72 : Pengakuan Dalam Diam

Beberapa hari selepas pertemuan di kafe, Amanda duduk sendirian di biliknya. Buku catatan kecil yang selalu menemaninya sejak zaman rawatan dahulu kembali dibuka. Dia menulis perlahan, jujur pada diri sendiri.

“Aku pernah fikir hatiku dah mati selepas semua luka lalu. Aku pernah janji tak akan jatuh cinta lagi, sebab terlalu sakit untuk bangun. Tapi kenapa setiap kali aku teringat senyumannya… aku rasa ada sinar yang baru?”

Air matanya menitik tanpa disedari. Bukan lagi kerana sedih, tetapi kerana ketakutan yang bercampur dengan rasa bahagia.

Keesokan harinya, Amanda terserempak dengan Dr. Adrian. Dia hanya mengucap salam ringkas, tetapi senyumannya kali ini tidak lagi kaku. Ada kehangatan yang jelas.

Dr. Adrian sedikit terkejut, lalu membalas dengan senyuman lembut. Hati Amanda bergetar, tapi untuk pertama kali, dia tidak menolak perasaan itu.

Sepanjang hari, fikirannya dipenuhi dengan satu kenyataan yang sukar dia nafikan lagi:

“Aku sedang jatuh hati semula. Dan kali ini… pada Dr. Adrian.”

Namun, jauh di sudut hati, suara halus berbisik — beranikah aku membiarkan diri bahagia, atau sekali lagi aku akan kecundang?

# Bab 73 : Ujian Pertama

Hari itu Amanda menerima panggilan telefon daripada seorang kenalan lama — kebetulan teman kepada Bob. Berita yang didengarnya membuat dada Amanda seakan diremas.

“Bob akan bertunang minggu depan. Keluarga dia dah pilihkan calon.”

Sejurus talian dimatikan, Amanda terdiam. Tangannya menggigil, wajahnya pucat. Kenangan lama menyerbu tanpa henti — janji yang tak tertunai, impian yang musnah. Walaupun dia cuba melupakan, luka itu terasa segar semula.

Malam itu, Amanda tidak mampu tidur. Di kepalanya hanya satu persoalan: “Adakah aku betul-betul sudah sedia lepaskan masa lalu? Atau aku hanya menipu diri sendiri dengan membuka hati pada Dr. Adrian?”

Keesokan harinya di klinik, Dr. Adrian perasan wajah Amanda suram. Dia menghampiri dengan nada prihatin.

“Awak nampak lain hari ni. Ada yang mengganggu fikiran?”

Amanda cuba menafikan, tetapi matanya merah jelas menampakkan segalanya. Tanpa sedar, dia menghela nafas berat.

“Ada perkara lama yang muncul semula… dan saya takut perasaan saya cuma permainan sementara.”

Dr. Adrian memandangnya dengan tenang, tapi dalam pandangan itu ada ketegasan.

“Kalau awak biar masa lalu terus mengikat awak, awak takkan pernah tahu erti bahagia yang sebenarnya. Awak berhak diberi peluang baru, Amanda.”

Kata-kata itu menikam lembut ke hatinya. Amanda tahu inilah ujian pertamanya — sama ada dia memilih untuk terus terikat dengan kenangan lama, atau berani membuka pintu kepada kebahagiaan baru yang sedang berdiri di hadapannya.

Continue Part 3..

2025/9/11 Diedit kepada

... Baca lagiSelain konflik dalaman Amanda yang bergelora antara kepercayaan dan rasa takut untuk membuka hati semula, pembaca juga harus sedar bahawa pencarian kebahagiaan bukan semudah yang disangka terutama selepas menghadapi trauma cinta. Amanda dan Dr. Adrian bukan hanya bergelumang dengan perasaan suka dan rindu, tetapi juga bergelut dengan tekanan sosial seperti gosip dan stigma di tempat kerja yang mampu memburukkan keadaan. Bagi yang sudah melalui pengalaman pahit cinta lama, kisah ini mengingatkan bahawa memberi peluang kedua kepada cinta memerlukan kekuatan dalaman yang besar. Amanda sendiri walau hati masih berbelah bagi, cuba mencari jawapan kepada persoalan: "Adakah aku benar-benar sudah bersedia untuk menerima cinta baru?" Dalam dunia nyata, ada kalanya orang kita sayang muncul kembali bukan sekadar kebetulan, malah menjadi pembuka pintu untuk menata semula hati yang usang. Namun, proses ini harus melalui kesabaran dan komunikasi yang jujur — seperti ditunjukkan Dr. Adrian yang cuba memberi ruangan dan sokongan tanpa memaksa. Melalui interaksi mereka, kita pelajari bahawa hubungan terbaik dibina atas asas pemahaman, bukan hanya perasaan semata. Di samping itu, tekanan dari persekitaran sekitar seperti gossip di tempat kerja boleh menjadi cabaran berat buat mereka yang sedang dalam fasa penyembuhan emosi. Pengalaman Amanda menyentuh isu masyarakat kita yang begitu cepat menghakimi dan menggosip, memberi mesej penting bahawa kita perlu berhati-hati dan bersikap empati kepada kisah hidup orang lain, terutama dalam hal kasih sayang dan perasaan. Akhirnya, tajuk lagu yang terekod dari imej OCR memberikan sentuhan menyentuh perasaan, mencerminkan kisah penuh jeritan hati dan harapan: Tatapan hangat, senyuman menenangkan, dan setiap pertemuan yang membawa mereka lebih dekat menyatukan cinta yang lama terluka. Cerita ini sangat sesuai bagi pembaca yang mencari cerpen romantik berunsur emosi mendalam dan realisme mengenai cinta, luka, dan bagaimana manusia cuba berani membuka lembaran baharu walaupun dilanda ketakutan lama.

5 komen

Imej Sri Suryani
Sri Suryani

Trimakasih video klip nya mbak cantik selamat sore sahabat LEMON8

Imej ZAFFIRA AZURA
ZAFFIRA AZURA

ijin share kak

Lihat lagi(1)

Lihat lebih banyak komen

Siaran berkaitan

Mini Novel: Detik Kita (Akhir)
Tajuk: Detik Kita (PART 3) BAB 74-86 # Bab 74 : Saat yang Tak Disangka Hujan turun renyai malam itu. Amanda masih termenung di beranda rumah sewanya, ditemani bunyi rintik yang jatuh ke atap. Fikirannya bercampur—antara luka lama dan kata-kata Dr. Adrian yang menusuk hati. Tiba-tiba telefo
maritezprojectbored

maritezprojectbored

21 suka

Gambar ini menampilkan enam bentuk pantat yang berbeda: Bentuk A, Rata/Flat, Bentuk O/Peach, Bentuk H/Kotak, Bentuk V, dan Kupu-Kupu, untuk membantu mengidentifikasi bentuk tubuh.
KETAHUI BENTUK PANTAT DALAM 10 DETIK!
Diumur berapa kamu tau pantant ada bentuk-bentuknya? Nah ini diaa bentuk bentuknya Buat apa sih kita tau bentuk pantat? Ini untuk tau gerakan olahraga yang sesuai untuk kita, karena semua orang beda-beda Jadi kalo bentuk pantat kamu beda sama orang lain, jangan malu yaa…. Emang beda beda guys
its Nayla ✨

its Nayla ✨

1820 suka

Mini Novel: Jejak Gelap dan Persahabatan (Part 1)
Tajuk cerita : Jejak Gelap dan Persahabatan (PART 1) BAB 1-23 Bab 1 – Tembakan di Gelanggang Pinball “Kau nak menyerah atau ku tembak?” suara garau Lence bergema sambil senapang pinball diacukan tepat ke arah dada Fikri. Fikri yang tampan itu hanya sempat senyum sinis, belum sempat menja
maritezprojectbored

maritezprojectbored

5 suka

Muka depan novel 'Hilang 2' oleh Mia Azwari. Menampilkan jam poket besar dengan gear rumit, dikelilingi bunga sakura, lebah, dan rama-rama di latar biru muda. Tajuk 'HILANG II' dan slogan 'KERANA KINI BAHAGIAKU BERSAMA DIA...' jelas kelihatan. Logo 'LOVE NOVEL' turut dipaparkan.
🌹NOVEL HILANG 2 By MIA AZWARI🌹
Tajuk : Hilang 2 Kapsyen : Kerana kini bahagiaku bersama dia… Penulis : Mia Azwari Kehidupan Aira terlalu bahagia saat dimanjakan oleh Eijaz selepas hubungan mereka pulih. Lebih-lebih lagi kehadiran permata hati mereka, menjadikan rumah tangga pasangan itu bertambah bahag
F.H

F.H

1 suka

Buku novel 'Bukan Semesta Kita' oleh Sofia Roses dengan muka depan fantasi gelap, diletakkan di atas kain cerah. Di sampingnya terdapat hiasan bunga kering, lilin menyala di atas alas kayu, dan kertas lama dengan pen, menunjukkan suasana membaca yang tenang.
Review Novel | Bukan Semesta Kita by Sofia Roses
Tajuk : Bukan Semesta Kita Penulis : Sofia Roses Dah beli masa preorder sebab nak sign author tapi baru sekarang habis baca. Cerita tentang sepasang suami isteri, Teja Purnama dan Cahaya Indah yang saling mencintai satu sama lain. Di semesta ini, Teja Purnama adalah keturunan DiRaja dan dia
Erly Khalip

Erly Khalip

3 suka

MINI NOVEL : PEARL
Bab 1 – Pagi yang Berat Jam baru menunjukkan pukul 7.30 pagi, tapi Pearl masih bersandar di sofa, menatap kaca televisyen tanpa fokus. Rambutnya masih kusut, tangan menggenggam cawan kopi yang dah suam. “Pearl, kau tak kerja ke hari ni?” suara ibunya lantang dari dapur, sibuk menyuap anak bongs
maritezprojectbored

maritezprojectbored

21 suka

Detik Kita (Part 1)
Tajuk : Detik Kita # Bab 1 – Hidup Bujang yang Penuh Warna Amanda, gadis berusia 27 tahun, hidupnya sentiasa penuh gelak tawa. Dia seorang pekerja rajin, tetapi di balik kesibukan, dia pandai mencari ruang untuk bahagia. Setiap hujung bulan, Amanda dan Shila — sahabat baik sekampung merang
maritezprojectbored

maritezprojectbored

10 suka

Mini Novel: Kerana Aku Memilih Mu (Permulaan kisah
Bab 1: Berita Hangat Mila menepuk bahu Sasha sambil ketawa kecil. Mila: “Ehh, Sash! Cuba tengok berita hangat ni weh!” Sasha mendengus, matanya masih terpaku pada telefon. Sasha: “Apa lagi? Viral pasal artis buat hal lagi ke?” Mila: “Bukan artislah. Ni haa—depan page! Ada perempuan langg
maritezprojectbored

maritezprojectbored

54 suka

MINI NOVEL: JANJI SEHIDUP SEMATI 🌹
🌹Bab 1 – Gadis di Kaunter Depan Bunyi pintu kaca syarikat besar itu berdering perlahan setiap kali ada pekerja masuk. Di hujung ruang lobi yang mewah, di balik kaunter penerimaan tetamu, seorang gadis muda duduk tegak dengan senyuman manis yang tidak pernah lekang dari bibir. Dialah Fenny.
maritezprojectbored

maritezprojectbored

243 suka

Mini Novel: Jejak Gelap dan Persahabatan (Part 2)
Tajuk: Jejak Gelap dan Persahabatan (PART 2) BAB 24- 32 Bab 24: Ragu dan Percaya Keesokan paginya, Fikri masuk pejabat dengan wajah pucat. Blanco yang sedang menyemak dokumen keselamatan terus menegurnya. Blanco: “Kau ni kenapa? Muka macam nampak hantu.” Fikri: menarik nafas panjang “Aku
maritezprojectbored

maritezprojectbored

2 suka

Lentera yang redupBab 1 part 3Retaknya Sang Pelind
Bagaimana kelanjutan cerita cici? apa dia akan bahagia atau malah oasrah dan tersiksa menerima oerilaku oacarnya yang buruk #ReviewJujur #novel #ancacika
Ancia Cika

Ancia Cika

0 suka

Sampul novel "Seporsi Mie Ayam Sebelum Mati" oleh Brian Khrisna, dengan harga Rp 75.000 dan keterangan 216 halaman, fiksi, serta label "MEGA BESTSELLER". Terdapat teks ulasan yang menyatakan novel ini sukses membuat mental breakdown.
Halaman novel yang terbuka menampilkan kutipan tentang karakter Ale, pria 37 tahun yang depresi dan ingin bunuh diri namun teringat mie ayam. Terdapat juga kutipan tentang hidup yang seperti layangan.
Halaman novel yang menampilkan enam pelajaran hidup penting yang diambil dari cerita, seperti jangan cepat menghakimi, hidup seperti layangan, jalani hidup sekuatnya, dan jangan menahan perasaan.
Sebuah novel yang sukses bikin aku mental breakdow
Gara-gara mie ayam, aku nangis bengek. Bukan karena pedes, tapi karena novel ini sukses ngacak-ngacak mental. Cerita tentang Ale yang depresi, pengen bunuh diri, tapi batal karena… mie ayam. Sounds absurd? Tapi justru dari situ, aku belajar banyak hal tentang hidup, rasa sakit, dan cara berta
Siti Tapi Bukan Kota

Siti Tapi Bukan Kota

106 suka

Gambar menunjukkan tangan memegang tasbih di atas mukena putih berbordir, dengan latar sajadah. Terdapat teks judul dzikir 30 detik dan foto wanita berhijab.
Gambar menampilkan tangan memegang tasbih di atas mukena putih berbordir dengan latar sajadah, disertai teks tentang dzikir 30 detik yang pahalanya setara berjam-jam.
Gambar menunjukkan tasbih dan mukena putih berbordir di atas sajadah, dengan teks menjelaskan kisah Nabi Muhammad SAW dan dzikir singkat yang pahalanya besar.
Dzikir 30DETIK Yg Mengubah Pagi Jadi Lebih Tenang🌅
Haii Lemonades 🍋✨ Dzikir 30 Detik yang Mengubah Pagi Jadi Lebih Tenang 🌅 Dzikir ini adalah "jalan pintas" keberkahan langsung dari Nabi Muhammad SAW. Cocok untuk kamu yang cari amalan ringan, tapi timbangan akhiratnya luar biasa berat! KANTONG PAHALA LUAR BIASA (HR. MUSLIM) 🌟 Rasu
fellena indah

fellena indah

1 suka

Empat novel ringan KADOKAWA oleh Makoto Shinkai dipaparkan, termasuk 'Gadis Cuaca', 'Suzume', dan 'Ke Destinasi Yang Kita Janji Dahulu'. Dua novel pertama diserlahkan dengan kotak kuning.
Muka depan novel ringan KADOKAWA 'Gadis Cuaca' (Weathering With You) oleh Makoto Shinkai, menunjukkan seorang lelaki dan wanita di bawah langit mendung yang cerah.
Muka depan novel ringan KADOKAWA 'Suzume' oleh Makoto Shinkai, menampilkan seorang gadis melihat pintu misteri di landskap yang musnah dan banjir, dengan beberapa pelekat gadis itu di sekelilingnya.
Anime novel
Antara cerita paling win kat hati.. Baca 2 3 kali pun tak bosan.. Tinggal 1 novel lagi x tak baca... Sayang pula nak buka plastik baru.. 🤔🤔🤔😍😍😍 Kalau ada berminat.. Tapi tak suka baca novel Boleh search tajuk buku tu.. Setiap cerita tu ada movie dia.. My last anime book 2025.. #GoodBye2025
Fazeilah endut🙄🗣️

Fazeilah endut🙄🗣️

7 suka

Mini Novel: Kerana Aku Memilih Mu (Akhir)
Bab 21 – Arif Merasa Ragu Sejak beberapa hari, Arif lebih banyak diam. Walaupun mereka masih keluar bersama, ada ruang hampa yang mula terasa. Sasha sedar, tetapi dia berpura-pura tidak menyedari dingin yang perlahan-lahan menyelinap. Di kafe kecil tempat biasa mereka bertemu, Arif hanya dudu
maritezprojectbored

maritezprojectbored

8 suka

Teks novel Bab 1 Denyut Jantung Khatulistiwa. Bayu Wicaksono di kapal survei di Laut Selatan, melarikan diri dari ekspektasi. Kapten Ruslan melaporkan anomali sonar di dasar laut.
Bayu melihat layar sonar yang menunjukkan struktur besar di dasar palung bergerak seperti bernapas. Ia merasakan sakit kepala dan getaran 'Pulang...' yang kuat.
Bayu memerintahkan mesin dimatikan. Laut di sekitar kapal mulai bercahaya merah, hijau, dan biru, membentuk pusaran yang membuka jalan. Bayu melompat ke dalam laut.
Novel Project Archipelago Awakening BAB 1 (Part 1)
Gimana rasanya kalau lo kabur dari rumah, tapi malah nemu entitas purba di dasar Palung Jawa? 😱🌊 ​Bayu Wicaksono pikir hidupnya cuma soal tekanan dari ayahnya yang kaku. Tapi malam itu, laut selatan mendidih. Di dalam gua kristal tersembunyi, Nusa—manifestasi jiwa Nusantara berwujud gunung api—mem
Inuris_dev

Inuris_dev

0 suka

Mini Novel: Jejak Gelap dan Persahabatan (Akhir)
Tajuk : Jejak Gelap dan Persahabatan (PART 3) AKHIR ******************************** samb. ******* Sambungan Kisah......... Kematian Rahman menjadi bukti jelas bahawa ada sesuatu yang lebih besar tersembunyi di sebalik kilang itu. Polis bersama Lence dan Blanco mula menyusun strategi. Nama
maritezprojectbored

maritezprojectbored

3 suka

Buku novel 'Rona Bosphorus' edisi 2025 oleh Zaid Akhtar, dengan reka bentuk muka depan Istanbul dan dua watak utama, serta penanda buku yang sepadan.
Petikan novel yang memaparkan perbualan antara Amal Hayati dan Emine tentang kecantikan Istanbul, wanita Muslimah, dan kepentingan menjaga akhlak serta aurat.
Petikan novel yang menggambarkan perdebatan di dalam kelas mengenai kepentingan bahasa Arab, di mana pelajar mempersoalkan relevansinya dan guru menunjukkan kemarahan.
NOVEL : RONA BOSPHORUS
Sebuah novel berjaya dikhatamkan. Penulis sangat kreatif menyelitkan bingkisan sejarah dalam novel ini. Novel yang berlatarkan negara Turki ini mengisahkan cabaran dua remaja, Afham dan Amal Hayati menghadapi liku-liku kehidupan dan krisis terhadap Islam semasa berada di Turki. Wajib dibaca terutam
Haziq Buku

Haziq Buku

0 suka

3 Detik Jadi Lebih KARISMATIK!!✨️✨️
Pernah nggak sih ngerasa "tenggelam" di keramaian atau malah kelihatan gelisah banget pas lagi nunggu orang? Jujur, aku sering banget di posisi itu. 🙋‍♀️ ​Dulu, tiap kali ngerasa awkward, tanganku nggak bisa diam—entah mainin ujung baju, benerin rambut tiap menit, atau bolak-balik cek HP p
ShybiSunshine💭

ShybiSunshine💭

13 suka

Rekomendasi Baca Buku Novel Luka Yang Berbunga
Aku butuh kau melakukan pekerjaanmu. Urus Lintang. Itu saja." Tapi Lestari tak pernah menyerah. Dan boneka dari kain sisa itu akan membuktikan: cinta tak perlu kata-kata. #lemonindonesia #promosinovel #novelah #bacabuku #lukayangberbunga ✨✨✨ Bab 6b Dengan tangan gemetar, Le
Pakyang

Pakyang

1 suka

Part 10 - Jadi Cerai Gak? (KKN DENGAN SUAMI)
"Tidak boleh ada yang tahu kalau kita suami istri. Meski kita satu kelompok KKN. Gak usah deket-deket aku juga. Ingat setalah KKN kita akan bercerai." Katanya aku gak boleh deket-deket dia saat KKN bersama. Karena kita mau cerai. Tapi baru beberapa hari kita bersama. Diam-diam dia membaw
Novel Romance

Novel Romance

1 suka

Lihat lagi