Inilah Port Syaitan Berteduh Masa Kita Tidur😨😱
heyyo good pepols 🍒
Ramai orang tak tahu…Syaitan bukan hanya berada di sudut bilik atau tempat gelap. Dalam beberapa hadis, Rasulullah ﷺ menjelaskan bahawa syaitan juga suka tinggal dan menumpang pada tubuh manusia, terutama bila manusia lalai, tidak berwuduk & tidak berzikir.
Di bawah adalah tempat yang paling disukai syaitan:
1. Dalam Rongga Mulut 😶🌫️
Nabi ﷺ bersabda bahawa syaitan makan & minum bersama manusia yang tidak membaca Bismillah.
Sebab itu:
Jika kita makan tanpa baca Bismillah → syaitan “ikut makan”
-Jika kita menguap → syaitan masuk ikut mulut
(Hadis: “Apabila seseorang menguap, maka syaitan masuk.”)
Kenapa syaitan suka mulut?
➡️ Mulut adalah pintu utama manusia bercakap.
➡️ Bila kita marah, maki, mengumpat — syaitan mudah “berada” di situ untuk menghasut.
2. Dalam Telinga 😖
Dalam hadis sahih, Nabi ﷺ bersabda:
“Syaitan telah kencing di telinganya.”
(HR Bukhari)
Ini merujuk kepada orang yang:
-berat bangun Subuh
-dengar azan tapi tetap tak bangun
Ulama kata “kencing” = tanda syaitan menetap, menguasai & menutup pendengaran.
Sebab itu ada orang:
-tidur macam mati😅
-tak dengar alarm😱
susah nak bangun walaupun telefon berbunyi kuat
👉Itu tanda syaitan sedang “menguasai” telinga seseorang.😱
3. Pada Bahagian “Hiding” / Lipatan Badan 🤐
Syaitan suka tempat yang:
✔ gelap
✔ lembap
✔ tersembunyi
✔ berlipat
Contoh tempat lipatan badan:
🍒bawah ketiak
🍒celah paha
🍒belakang lutut
🍒lipatan perut bagi orang yang berisi
🍒celah jari
Sebab itu Rasulullah ﷺ menyuruh kita bersuci dengan sempurna, mandi dengan betul, basuh celah-celah jari dan menghilangkan bau busuk — kerana bau busuk menarik syaitan.
4. Lipatan Baju yang Tidak Digoncang Sebelum Dipakai
Dalam hadis:
“Goncang baju kamu sebelum dipakai, kerana mungkin ada binatang atau syaitan yang bersembunyi.”
Sebab itu syaitan suka:
✨lipatan kain
✨tudung yang tak digoncang
✨selimut yang tak dibuka lama
✨pakaian di kerusi
✨bawah bantal
Tempat sebegitu adalah ruang berteduh.
5. Dalam Darah Manusia 🩸
Nabi ﷺ bersabda:
“Syaitan berjalan dalam diri anak Adam seperti mengalirnya darah.”
(HR Bukhari & Muslim)
Ini bukan secara fizikal, tetapi maksudnya:
➡️ syaitan berlegar dalam emosi, fikiran & nafsu
➡️ syaitan mempercepat rasa marah
➡️ syaitan bawa bisikan dalam hati
➡️ syaitan mempengaruhi reaksi spontan
Sebab itu bila marah, Nabi ajar:
-ambil wuduk
-duduk atau baring
_baca A’uzubillah
Untuk “memberhentikan” aliran hasutan ini.
6. Di Hidung Manusia
Dalam hadis, Nabi ﷺ menyuruh istinsya
(menghirup air ke hidung) ketika wuduk, kerana:
“Syaitan tidur di dalam hidung.”
Kenapa hidung?
➡️ ia rongga gelap
➡️ ia laluan nafas
➡️ ia tempat syaitan “masuk” untuk melemahkan tubuh
Ini juga sebab Nabi ajar kita:
👉cuci hidung 3 kali sebelum tidur
👉dan ketika bangun tidur
kerana hidung adalah kawasan sensitif.
👉Kerana tubuh kita “terbuka” tanpa perlindungan.
Syaitan Suka Tubuh Yang “Lalai” 😟
Dah tahu kan port mana most fav jin dan syaitan? ha Ha semua ini boleh dielakkan dengan:
✔ wuduk sebelum tidur
✔ baca Ayat Kursi
✔ baca 3 Qul & tiup ke seluruh badan
✔ bersih sebelum tidur
✔ goncang baju sebelum dipakai
✔ zikir sebelum lelap
selamat mengamalkan orang baik✨
09/12/2025 | 07:32 pm
#AkuPunPernah #NakTanya #ViralKini #religious #GrowYourLemon




































🥰🥰🥰 alhamdulillah terima kasih