TEH KOMBUCHA
Setelah 7hari diperam, maka terhasillah teh kombucha!! Sangat sesuai diminum waktu pagi & waktu malam.
Setelah diambil airnya, kena gantikan semula dengan air teh+gula yang baru untuk proses teh kombucha seterusnya.
Dengan kata lain kena bagi scoby tu makan. Ia makan gula yg ada dalam air teh. untuk dapatkan teh kombucha yg berkualiti, serbuk teh jugak memainkan peranan yang penting.
• 500ml air
• 300gm gula pasir
• 3 uncang teh hijau
• 2 uncang teh hitam brand boh
🔥 Masak hingga gula larut. Biarkan sejuk.
🔥 Campurkan air teh yg telah sejuk bersama
• 300ml air teh kombucha
• 2200ml air tanpa klorin
🔥 Jgn lupa cuci scoby & bekas balang.
🔥 Masukkan campuran air & scoby ke dalam balang bersih.
🔥 Peram lagi selama 7 hari untuk hasilkan teh kombucha.
❤️ Teh kombucha ni boleh diperasakn dengan pelbagai jenis buah, rempah ratus dan pelbagainya.
#MyJourney #kombucha #GrowWithLemon8 #Lemon8Resepi #MakanDiary


































