WELLNESS SHOT KOMBUCHA
Ramai dah try wellness shot ni ye. Supaya tak #fomo kita pun try buat. Harap boleh amalkan selalu😉
Tapi kita add on air kombucha biar lagi berganda-ganda manfaatnya.
Bahan-bahan
- 100ml air kombucha
- 2biji buah oren
- 2biji buah lemon
- 20gm kunyit hidup
- 50gm halia tua
- 1/2 sdt biji lada hitam (membantu penyerapan kurkumin dari kunyit)
🔥buang kulit oren & lemon
🔥 potong kecik2 masukkan dalam blender. (Better guna slow juicer)
🔥 Tambah air kombucha
🔥 Blend sehingga halus & tapiskan
🔥 Masukkan 60ml kedalam balang kaca yang comel-comel.
🔥 Simpan dalam peti untuk diminum setiap pagi.
Nota kaki:-
📌sebaiknya sekali buat hanya untuk 5 hari je. Lebih dari itu kurang digalakkan kerana rasa dan kandungan nutrien setiap bahan mula menurun.






























Lihat lebih banyak komen