#perhimpunansekolah
Masa sekolah dulu, setiap kali ada guru berpindah atau guru baru masuk, bahagian paling kalut mestilah bab ucapan. Ramai blur nak mula macam mana, nak cakap apa, berapa panjang, dan takut tersasul depan satu sekolah. Jadi saya tulis sikit panduan dan contoh ucapan ringkas yang korang boleh ubah suai ikut situasi. 1. Contoh ucapan ringkas untuk guru berpindah (dari pihak murid) "Assalamualaikum dan salam sejahtera. Yang dihormati Tuan Pengetua, guru-guru serta rakan-rakan yang saya kasihi. Hari ini saya mewakili semua murid ingin menyampaikan ucapan ringkas sempena perpindahan cikgu kesayangan kita. Terima kasih cikgu kerana selama ini sabar mengajar kami, tak jemu membimbing dan menegur walaupun kami kadang-kadang nakal. Banyak kenangan manis yang cikgu tinggalkan di sekolah ini. Kami doakan cikgu terus success di sekolah baharu, sihat selalu dan dipermudahkan segala urusan. Walaupun cikgu berpindah, jasa dan nasihat cikgu akan sentiasa kami ingat. Sekian, terima kasih." Ucapan macam ni lebih kurang 1–2 minit saja, sesuai untuk perhimpunan sekolah. 2. Contoh ucapan ringkas guru berpindah (dari pihak guru) "Assalamualaikum dan salam sejahtera. Terima kasih kepada pihak sekolah kerana memberi peluang saya berucap buat kali terakhir di perhimpunan ini. Hari ini sangat istimewa dan pada masa yang sama agak sayu kerana saya akan berpindah ke sekolah lain. Saya ingin ucapkan jutaan terima kasih kepada rakan-rakan guru yang banyak membantu dan menyokong saya selama ini. Buat semua murid, terima kasih kerana sudi menerima saya sebagai guru kalian. Kalau ada kekasaran kata atau tersilap tegur, saya minta maaf dari hujung rambut sampai hujung kaki. Doakan saya terus dapat mendidik anak-anak di sekolah baharu, dan saya juga mendoakan semua di sini berjaya dunia akhirat. Sekian, terima kasih." 3. Contoh ucapan guru baru memperkenalkan diri di perhimpunan "Assalamualaikum dan salam sejahtera. Nama saya Cikgu ____________. Saya baru sahaja ditempatkan di sekolah ini dan akan mengajar mata pelajaran ____________. Saya harap semua murid dapat bekerjasama dengan saya, hormati saya sebagai guru dan sama-sama kita wujudkan suasana belajar yang seronok. Kalau jumpa saya di luar kelas, jangan segan untuk senyum dan tegur ya. Doakan saya cepat serasi dengan warga sekolah ini. Sekian, terima kasih." 4. Idea ringkas teks MC perhimpunan sekolah Masa jadi MC perhimpunan, paling penting suara jelas dan skrip tersusun. Lebih kurang macam ni: "Assalamualaikum dan salam sejahtera. Saya ____________ selaku pengacara majlis perhimpunan pada pagi ini. Majlis kita akan dimulakan dengan nyanyian lagu Negaraku, diikuti lagu negeri dan lagu sekolah. Dipersilakan semua berdiri tegak." Lepas habis nyanyi dan bacaan doa, sambung: "Terima kasih, dipersilakan duduk. Seterusnya, majlis menjemput ____________ untuk menyampaikan ucapan." Biasanya, saya akan siap-siap tulis semua nama guru dan aturcara dalam buku kecil, jadi tak panik di hadapan orang ramai. Kalau korang ada IG atau akaun sendiri macam @farah_mrosly, boleh juga simpan skrip dalam nota telefon supaya senang rujuk. Harap contoh dan pengalaman ringkas ni boleh membantu sesiapa yang tengah pening cari ucapan ringkas untuk guru berpindah atau skrip MC perhimpunan sekolah. Ubah suai ikut gaya dan suasana sekolah masing-masing ya!









































