Kematian Sultan Ariffin yang di rahsiakan
Syed Ismail Syed Ibnu Jabbar di gelar Sultan Ariffin kerana datang dari Salasilah Fatimah Binti Muhammad Rasulullah Sallallahu Alaihi Wasallam. Walaupun tidak berkerajaan di Melaka tapi tugas sebenar beliau adalah Duta Agama atau Mufti pada Zaman Kesultanan Melayu Melaka. Dia adalah Penasihat Sultan tapi tidak di sukai oleh kebanyakan Pembesar Melaka kerana cuba mendahulukan Agama yang adil lagi saksama. Ini menyukarkan Pembesar Melaka mengaut keuntungan dari Rakyat Jelata. Lalu mereka berkompromi menghasut Sultan agar Jawatan Mufti dilucutkan. Bimbang mendapat kecaman dari Rakyat Jelata yang tahu kebaikan dan ketaqwaan Sultan Ariffin maka mereka menggunakan pembunuhan secara halus melalui sihir. Kematian Sultan Ariffin tidak pernah di bongkar sehingga kini namun kontroversi Makamnya jadi tempat bernazar dan Mohon Keberkatan oleh Penyembah Kesyirikan mencemar sejarah. Semua hasil dari pakatan jahat Pembesar Melaka ketika itu dengan Persetujuan Sultan agar ditamatkan riwayat Sultan Ariffin secara halus. Kemudian mereka memuliakan Makam Sultan Ariffin untuk menutupi kejahatan mereka dengan mengatakan Makam Sultan Ariffin ada keberkatan untuk meminta hajat. Sebelum kematian Sultan Ariffin, Beliau telah diramalkan oleh seseorang Nujum dengan mengatakan dirinya akan mati terbunuh atau di bunuh. Tapi Sultan Ariffin tidak mengendahkannya kerana Islam sangat benci kepada perkara khurafat. Lagipun urusan hidup atau mati hak Allah yang telah di tetapkan. Sultan Ariffin tahu muslihat Pembesar Melaka tapi buat-buat tak faham kerana yakin dengan Perlindungan Allah. Setelah berjaya menipu Rakyat Jelata untuk menutupi kejahatan mereka, terjadilah penyembahan Makam sehingga kini secara terang atau gelap. Padahal yang bermastautin di situ adalah Jin-jin Kafir dan Jin Islam Munafik yang apabila diri mereka di puja segala hajat akan di tunaikan. India Muslim antara Bangsa yang kuat Menyembah Makam kerana adat tersebut dibawa dari budaya mereka di India. Malangnya Orang Melayu sendiri percaya dan bernazar memohon hajat. Mujur kini Makam Sultan Ariffin telah di pasang pagar. Jika tidak! dahulu Orang-orang India beragama Hindu berkapal-kapal datang memohon hajat sambil memasang Setanggi di kelilingi Makam. Masa tu meriah kerana sentiasa ada korban kambing untuk di masak dan di sedekahkan kepada Penduduk Pulau Besar dan pengunjung yang datang bagi tujuan bernazar. Bahkan Cina beragama Buddha juga datang memohon hajat di Makam Sultan Ariffin sehingga terciptalah patung Datuk Melayu di seluruh Semenanjung Malaysia untuk disembah. Tapi patung Datuk Melayu ni bukan semua Tokong ada sebab mereka banyak Dewa-dewa selain Quan Yi Ma. Apa yang dapat aku katakan, Golongan ini percaya Makam Sultan Ariffin mampu menunaikan hajat mereka sebab makbul. Padahal pertolongan itu datang dari bantuan Jin-jin yang mereka sembah. Pernah di suarakan untuk merobohkan Makam Sultan Ariffin tapi malangnya Makam Puteri Tujuh yang jadi mangsa keadaan. Terlalu banyak Makam di Pulau Besar Melaka jadi tempat pemujaan. Kawan seperguruanku juga pernah aku lihat taksub sampai mohon hajat di Makam Sultan Ariffin tahun 2003 tak silap aku. Aku akui di sana macam-macam perkara ghaib aku jumpa tapi sedikit pun hati aku tidak tertarik dengan unsur-unsur syirik yang paling Allah benci. Masih berlaku Menyembah Makam atas alasan bertawassul kononnya. Nak tahu seseorang Ustaz itu sesat atau tidak! mula-mula dia ajar Ilmu Tauhid atau Tasawwuf, lama kelamaan membesarkan Para Wali dan akhirnya berzikir depan Makam sambil menangis teresak-esak bersama pengikutnya yang bodoh tongong. Semoga kita semua jauh dari kesesatan yang nyata dari tipu helah syaitan yang terdiri dari Bangsa Manusia dan Jin. Makhluk tiada kuasa! Allah Maha Berkuasa.



















































