Kemaafan Dendam yang terindah

Abang!... saya nak berpisah.

Aku diam saja sebab entah berapa puluhan kali dah dia mintak perpisahan. Rasanya tak adil buat dia kalau terus pujuk dia untuk bertahan bersama aku. Alasannya dah hilang kasih sayang padaku, mulanya aku ingat angkara sihir pembenci yang orang hantar untuk pisahkan kami berdua, rupa-rupanya Pakwe lama dia dah balik dari luar Negara dan pujuk dia untuk berkahwin setelah pernah berpisah sebab tak sehaluan. Aku ni bagai pelabuhan tempat persinggahan sementara rasanya, tapi tak apalah! bukan jodoh aku kan walau cinta macam mana sekalipun. Mungkin aku dah penat pujuk dia agaknya, entahlah. Akhirnya aku lepaskan dia dan kami berjanji tidak akan bermusuhan dan jadi kawan biasa.

Selepas perpisahan terjadi, aku dah tak tahu nak buat apa. Jiwa aku kosong tanpa tangisan. Sejak itu aku malas nak berhubungan dengan sesiapa lagi, cukuplah terkena sekali. Perempuan tak boleh di percayai, semua pandai berjanji tapi akhirnya memungkiri. Mungkin aku berdendam dengan Kaum Hawa agaknya di bawah kesedaran, sebab dah tak percaya pada sesiapa. Ada juga perempuan nak berkawan dengan aku tapi aku tolak dengan baik. Aku kena sayang diri sendiri dan jaga baik-baik jiwa ni. Daripada sibuk fikir pasal cinta! lebih baik dekatkan diri dengan Allah. Dan aku sibukkan diri dengan campur Kumpulan Tabligh. Alhamdulillah, selama hampir dua tahun aku ikut bertablig sehinggalah aku keluar sebab nak jaga nama baik kumpulan ni. Sepanjang bersama mereka, bukan mudah nak berdakwah pada masyarakat. Di maki, di hina, kena halau dan paling aku tak tahan nak pukul Ketua Tabligh Ustaz Zainal. Apa lagi! aku naik hantu lah bela Ustaz dari kena pukul dan sebaliknya orang tu aku belasah setengah mati sampai terpaksa ke Balai Polis. Mujur tak kena tahan! hanya di perintahkan bayar ubat atas orang yang aku belasah dan di lepaskan dengan jaminan Polis. Tapi perkara tersebut tak buat aku serik! aku macam samseng tatkala rakan-rakan Jemaah Tabligh kena buli. Tapi yang menghairankan aku, orang buat aku boleh pulak bersabar! orang kurang ajar dengan kawan-kawan aku...naik hantu. Sebab itu aku keluar dari Jemaah Tabligh dengan hati yang berat.

Setelah bersendirian jauh dari toksik di kalangan manusia yang biadap lagi jahil. Aku banyak merenung diri dan melihat Alam. Akhirnya aku dapati dalam diri aku terluka yang amat dalam tanpa di sedari. Mungkin sebab bekas kekasih aku punya pasal aku jadi macam ni agaknya, aku sendiri pun tak pasti. Atas Kehendak Allah Subhanahu Wata'ala, aku ketemu dia dalam Restoran McDonald's, dia berseorangan. Aku buat-buat tak nampak tapi dia tegur aku dengan nada sopan.

Roslan! kau ke tu?.

Tanya dia bila lihat aku dah berjanggut, maklumlah bekas kumpulan Tabligh. Aku pun jawab dengan baik.

Ya aku Roslan, kalau ya pun bagilah Salam.

Asalamualaikum Roslan, maafkan aku ya.

Waalaikumussalam, awak apa khabar?.

Kurang baiklah Lan! Pakwe aku tinggalkan aku semula.

Hmmm... habis tu nak buat apa sekarang?. Tanya ku.

Kita kawan balik macam dulu boleh?.

Aku jawab spontan tanpa di rancang.

Aku dah kahwin! anak dah dua.

Ohhh..... tahniah ya. Aku menyesal tinggalkan kau Lan. Aku minta maaf sekali lagi.

Tak apa! aku dah lama maafkan kau, dan sekarang ini aku maafkan kau lagi.

Terima Kasih Lan, aku pergi dulu ya.

Aku lihat bekas kekasih aku pergi dalam kesedihan atas penolakan aku dengan tipu konon dah kahwin. Aku bukan barang! masa perlu dia datang, masa tak suka buang aku macam sampah. Aku ada perasaan jugak, bukan binatang!. Kataku dalam hati. Tiba-tiba hati aku berkata sendiri, tak apalah Allah! aku maafkan dia. Sejak itu baru aku perasan perubahan diri kembali kepada sifat asal semula jadi yang cool sepanjang masa. Dalam diam rupa-rupanya ada perasaan dendam dengannya tanpa di sengajakan. Sebab itu aku jadi panas baran lepas kat orang lain yang kurang ajar. Baru aku faham..., dan kini jiwa aku lebih tenteram dan damai. Kemaafan adalah dendam yang terindah....

Tamat - Bekas Penulis /Muar

Muar
5/15 Diedit kepada

... Baca lagiPengalaman memaafkan seseorang yang pernah menyakiti hati bukanlah sesuatu yang mudah, terutama apabila terluka akibat cinta yang berakhir dengan perpisahan. Dalam kehidupan, kemaafan sering dianggap sebagai kekuatan dalaman yang membawa ketenangan dan melepaskan beban dendam yang menghimpit jiwa. Melalui kisah ini, ia mengingatkan kita bahawa walaupun luka mendalam muncul selepas perpisahan, memberi maaf membawa kesan positif yang luar biasa pada diri. Saya pernah menyaksikan sendiri bagaimana seseorang yang memendam rasa sakit dan dendam akhirnya beroleh kedamaian setelah memilih untuk memaafkan. Proses itu bukan bermakna melupakan atau membenarkan kesalahan, tetapi lebih kepada membebaskan diri dari belenggu emosi negatif yang terus mengganggu. Perjalanan mencari ketenangan ini kadangkala mengambil masa, dan melibatkan usaha untuk memahami bahawa setiap insan ada kekurangan dan kesilapan. Aktiviti seperti mendekatkan diri dengan agama atau komuniti seperti kumpulan tabligh boleh membantu seseorang menyalurkan rasa pilu dan marah kepada sesuatu yang lebih positif. Namun, pengalaman bukan selalu mudah, malah ada kalanya menuntut kesabaran tinggi apabila berdepan dengan cabaran sosial. Bertemu semula dengan bekas kekasih dalam situasi yang tidak dijangka juga boleh menjadi titik tolak bagi perubahan emosi. Dalam kisah ini, dialog sopan memudahkan proses perdamaian, memperlihatkan bahawa komunikasi jujur dan saling mengerti adalah kunci dalam membuka pintu maaf. Sikap saling memaafkan ini seterusnya mampu memulihkan hubungan sebagai kawan yang matang dan rasional. Penting untuk diingat, dendam yang disimpan hanya akan mengundang kemusnahan jiwa, namun kemaafan adalah dendam yang terindah yang mampu membawa transformasi diri. Ia mengajar kita tentang pengertian kasih sayang sejati yang tidak mementingkan ego atau dendam, melainkan kedamaian yang berpanjangan. Justeru, bagi sesiapa yang sedang bergelut dengan luka hati akibat perpisahan, ambillah masa dan ruang untuk merenung kembali. Berikan peluang kepada diri untuk memaafkan dan lepaskan beban yang tidak berguna. Dengan itu, kita dapat terus maju ke hadapan dengan jiwa yang lebih tenang dan hidup yang lebih bermakna.

3 komen

Imej Bekas Penulis
Bekas PenulisKreator

Imej Bekas Penulis
Bekas PenulisKreator

Lihat lebih banyak komen