Meluah rasa melalui penulisan?
Semua orang boleh menulis sama ada bakat atau pun tidak. Bagi yang ada bakat sudah tentu penceritaannya menarik. Tapi tanpa pengalaman tak mungkin pembaca dapat menjiwai. Cerita yang benar ada roh saat meluahkan rasa. Tapi rasa itu hanya dapat dimengertikan oleh mereka yang senasib dengan pengalaman penulis. Kadangkala aku saat menulis kisah benar pasti akan berlinang air mata. Itulah perasaan yang terpendam jauh di lubuk hati. Walau luka telah tiada, parutnya sentiasa terpatri. Begitu juga ketika membaca kisah-kisah orang lain yang penuh kesedihan, aku tak mampu menahan airmata dari mengalir teresak-esak. Lelaki juga punya perasaan walau tampak tegas dan garang. Hakikatnya jiwa lelaki lebih halus dari kaum Hawa apabila dirinya tinggi denganlu@ sifat insan. Walaupun tiada keuntungan dalam berkarya, sekurang-kurangnya dapat meredakan hati yang gundah-gulana. Paling malu kalau tengok wayang cerita sedih, aku menangis teresak-esak ketika menonton filem Ghost lakukan Demi Moore dan Patrick Swatze. Tak mampu tahan ketika itu, sampai keluar air hingus punyalah sedih. Sempat pandang kiri kanan, ternyata penonton lainpun sama macam aku penangis jugak. Itu tandanya kita normal dan tinggi perikemanusiaan. Tengok orang miskin kat Tik Tok pun buat hati kita tersentuh, mudah bersedih. Tapi hanya mampu mendoakan sambil menginsafi diri sendiri bahawa jika kita merasa susah! ada insan lain lebih sengsara dari kita. Maka syukurilah nikmat yang ada tanpa berkeluh-kesah berpanjangan. Fikir-fikirkanlah...














































normal jika lelaki menangis..fitrah manusia.Rasulullah SAW pun menangis bila sedih.👍