Merasa Mati Sebelum Kamu Mati
Mana lebih baik iaitu tersesat jalan dalam mendalami Ilmu Agama atau Faham Agama hanya pada Teori tanpa ujian yang berat?.
Dunia untuk Patuh Pada Perintah Allah dan Berkebajikan.
Kalau baik seribu kali pun tanpa tutup aurat dan mengingkari hukum Agama! persis seperti orang-orang kafir yang berbuat kebaikan hanya untuk duniawi sahaja.
Dunia untuk orang Patuh Kepada Allah bukan untuk orang baik tanpa beribadah kepadaNya.
Sebalik di jadikan dunia dan seisi alam maka syurga dan neraka juga sudah wujud untuk di huni oleh Bangsa Jin dan Manusia pada masa akan datang bila Kiamat tiba.
Sebaik jenazah di kebumikan maka azab kubur mula berlaku pada Manusia yang banyak dosa sehingga ke hari Kiamat di mana penentuan masuk ke Neraka yang mana seterusnya yang ada 7 Tingkatan Seksa.
Cukuplah aku Islam tidak memadai jika tidak mendalami Ilmu Agama bagi tujuan kesempurnaan Akidah demi Mentauhidkan Allah.
Dunia Tempat Persinggahan Sementara dan Akhirat Sebenar-benarnya Tempat hidup yang kekal abadi.
Jika mampu mendengar seksaan ahli kubur seperti di dengar kebanyakan haiwan! pasti kalian tidak sanggup dekat dengan dosa. Dan jika seandainya dosa ada bau nya pada manusia! kamu tidak akan mendekatinya.
Kata Iblis; sejahat-jahat aku hanya tidak ingin sujud pada Adam Alaihissalam dan tidak pernah mengaku diri sebagai Tuhan seperti Firaun! tapi kebanyakan manusia akhir zaman langsung tidak sujud pada Allah melalui Beribadah kepadaNya. Siapa yang lebih kurang ajar terhadap Allah! akukah ( Iblis ) atau manusiakah?. Sedangkan sebelum aku di laknat Allah, aku sebaik-baik hamba yang sujud padaNya.
Fikir-fikirkanlah...
SENTIASA DALAM INGATAN DENGAN DOA DAN TELAH BERSEDEKAH DI TABUNG MASJID AGAR PAHALA TERUS MENGALIR TANPA HENTI DI ALAM BARZAKH BUAT ALLAHYARHAM FARITH ESMITH EMIR 🤲 AMIN


































terima kasih tuan atas perkongsian ini 👍