Pengalaman merasa Mati
Pernah mencuba tak bagaimana rasanya diri di mandikan, di kafankan lalu di masukkan ke liang lahad?. Aku pernah cuba merasakannya secara imaginasi ketika baring dalam bilik yang tengah gelap gelita. Pengalaman nyata pernah mandikan mayat, kafankan jenazah dan kebumikannya di tanah perkuburan membuat aku ada rasa feel mati. Saat di kuburkan aku pusing mengiring ke dinding agar wajah dan hidungku seolah-olah sedang mencium tanah. Aku bayangkan bagaimana ketika di mandikan kita rasa kesejukan dan malu sebab seluruh tubuh di sentuh. Ketika di kafankan terasa semakin dekat akan di kebumikan sebentar lagi. Apabila di masukkan ke liang lahad, masalah besar akan timbul apabila soalan Mungkar dan Nangkir tidak dapat di jawab. Walaupun tidak seratus peratus merasa takut yang sebenar-benarnya, tapi kena cuba juga rasa mati sebelum mati yang benar. Seumur hidup aku dah 3 kali lihat saat terakhir seseorang itu roh nya meninggalkan jasad. Pertama kali ketika seorang warga tua sebelum menghembuskan nafas terakhirnya dalam keadaan tercungap-cungap. Kemudian nafas terakhir yang panjang itu pun perlahan-lahan hembus dan hilang tanda kematian telah tiba. Pertama lihat biji mata di mana bila seseorang meninggal dunia biji mata hitam akan mengembang menutupi seluruh biji mata hitam kita. Tubuh masih hangat untuk setengah jam sehinggalah perlahan-lahan batang hidung akan jadi pesek ( akibat kehabisan oksigen dalam badan ), pipi juga akan kedalam sedikit tak kembang macam biasa. Sewaktu di mandikan mayat dah mula nak kejang mengeras, sebab itu tak boleh melengahkan mandi jenazah. Kemaluan mulai berjuntai lembik macam orang mati pucuk. Badan mayat semakin sejuk kerana darah dalam badan dah tak panas lagi. Pendek kata bila oksigen dah habis semua jasad bagaikan mengecut sedikit membentuk tulang belulang.
Kedua aku lihat seseorang susah nak mati sebab ada bela saka. Terpaksa buka atap bumbung rumah untuk mudahkan saka tinggalkan jasad pemilik Tuannya. Jika tidak berbuat demikian alamatnya macam bangkai bernyawa.
Kali ketiga matinya mudah tapi setengah jam kemudian buih putih keluar dari celah hujung bibir siap dengan bunyi lagi akibat gas dalam perut aktif. Sayangnya masih ada lagi pengikut khurafat percaya bahawa dengan mengambil air liur keputihan tersebut dan di simpan dalam botol kecil mampu di gunakan menarik rezeki kononnya.
Di Mesjid Kampung Sungai Chichin Gombak Selangor dulu ada aktiviti tanam diri hidup-hidup dengan siap di kafankan untuk merasakan kematian bagi tujuan melahirkan keinsafan. Dan di percayai Masjid Sungai Chichin Gombak ini mengamalkan ajaran Tok Kenali. Tapi kini kawasan tersebut telah di huni hampir 100 peratus warga Indonesia yang datang untuk mencari rezeki di sini. Suku dari mereka telah pun mendapat taraf warganegara Malaysia. Aku pernah menyewa bilik di sana dulu semasa bekerja di Kantin Universiti Islam Antarabangsa.
Pengalaman benar merasa mati ketika baru belajar ilmu Tauhid akibat gangguan Jin di mana roh ku keluar dari ubun-ubun kepala perlahan-lahan naik ke atas dan nampak jasadku terdiam kaku. Ini bukan mimpi sebab waktu tu takut sangat dan terkapai-kapai nak masuk dalam badan balik. Ingatkan itulah akhir hidup ku, rupa-rupanya ujian dari Allah sebagai Peringatan barangkali. Keadaan roh ketika di awangan gelap gelita dengan bunyi macam cengkerik. Nafas terhenti menyebabkan apabila aku berjaya masuk ke jasad semula, hampir setengah jam baru boleh bangkit dari pembaringan sebab bagai kehabisan tenaga. Memang tak berdaya nak bangun, padahal baru lebih kurang 3 minit tinggalkan jasad. Itulah pengalaman paling berharga namun ada juga keburukannya buat diriku sementara waktu iaitu selama beberapa tahun aku tak takut mati akibat pengalaman mati sementara. Aku mulai merasa takut mati ketika Convid-19 di mana keliling tempat aku menyewa bilik, sorang-sorang jiran-jiran aku mati. Dan dari situ bermula juga kehadiran roh orang mati yang aku kenal sering datang jumpa aku banyak kali dan bertambah ramai yang datang dari masa ke semasa. Waktu tu PKP aku 2 tahun tak bekerja dan terperap di rumah. Kesempatan itu aku pergunakan memperbaiki amal ibadat dan Alhamdulillah, sebaik tamat PKP! sejak itu sehingga kini hari-hari ingat kematian. Sentiasa berusaha semampu yang ada untuk tambah solat sunat dan memperbanyakkan bertafakur. Semoga Allah sentiasa melindungi aku dan mati dalam keadaan Islam serta beriman hendakNya Amin Amin Amin.

















































