Setelah gagal nak bangkit tu makan masa
Waktu muda tanpa pengalaman! kalau gagal dalam sesuatu perkara, cepat putus asa. Nak bangkit memang payah, perlukan masa yang panjang untuk berdiri mulakan penghidupan baru. Tapi bila kita dah matang dari pengalaman hidup yang warna warni, kita cepat bertindak untuk bangkit seberapa segera agar tidak buang masa dan peluang yang ada. Matang datang bukan sebab usia seseorang, kematangan hadir apabila dirinya serah sepenuhnya kepada Allah untuk membimbingnya. Berbeza dengan mereka yang tidak bersandar kepada Allah maka semakin jauh sesat perjalanan hidup masing-masing. Ada orang tua yang terus bergelumang dengan dosa kerana putus asa dalam hidup, ini menunjukkan ketidakmatangan mereka. Matang itu perlukan kekuatan untuk mengatasinya dengan Mohon Pertolongan Allah jua, hanya Dia sebaik-baik Penolong. Tiada upaya seorang hamba untuk bangkit tanpa izin Allah. Allah Maha Berkuasa! Makhluk Tiada Kuasa, maka sujudlah dan Patuh pada Perintah Allah dengan sesungguhnya. Dengan cara itu maka Hidayah pasti hadir. Kalau tak berusaha dan hanya mengharapkan keajaiban terjadi, rasanya payah nak dapat Hidayah. Kecuali nasib mereka telah tertulis sejak azali melalui Qada' dan Qadar-Nya.
Aku belajar dari kesilapan demi kesilapan yang akhirnya aku memilih untuk dekat dengan Allah sebab Sang Pencipta ini tidak pernah mengecewakan aku. Sebanyak mana dosa yang aku telah lakukan, apabila kita Berkehendak kembali kepadaNya, di sambut dengan RahmatNya. Kita boleh rasa PertolonganNya walau kita tak nampak Tuhan. Dia sentiasa menghadirkan Pertolongan melalui hamba-hambaNya yang terpilih. Itu sebab pentingnya bertafakur merenung diri kerana dapat melihat kekurangan diri dan sedar bagaimana nak bangkit dengan Petunjuk dari Allah. Kita kalau manusia tolong! sampai mati ingat jasa mereka. Tapi Allah yang Menjadikan kita dari lahir ke dunia sehingga ke hari ini, kurang ingat Jasa Allah yang Maha Luas sepanjang hidup kita. Dan Allah akan terus bantu kita sehingga rezeki yang penghabisan petanda ajal kian hampir. Dengan matang dalam hidup kita mampu mengawal emosi, kita tahu menjarakkan diri dengan cinta duniawi, tahu pada siapa harus berterima kasih yakni hanya Allah Subhanahu Wata'ala dan sentiasa ingat mati kerana dengan mengingati mati kita tidak ada masa untuk mencemburui kejayaan orang lain. Sabar perlukan pengorbanan dan keyakinan yang tinggi bahawa Allah pasti bantu bila tiba saatnya. Walaupun aku dah banyak kali melalui jatuh bangun dalam merentasi hidup ini, saat-saat tersungkur itu yang paling mencabar keimanan. Bila teringat! sayu, takut, cemas, fobia dan pada akhirnya aku bersyukur pada Allah telah selamatkan aku dari kepayahan hidup. Sebab itu setiap kali naik kenderaan, aku berterima kasih pada Allah bagi pinjam harta ini ( walaupun pada hakikatnya aku beli cash ). Aku sentiasa ucap Subhanallah Alhamdulillah Allahuakbar sebagai tanda hamba yang sentiasa bersyukur atas nikmat-Nya. Walaupun ada orang tolong kita, pertama sekali ingat pada Allah! sebab dia yang menggerakkan hamba-hambaNya yang terpilih untuk membantu kita ( ini kefahaman Tauhid ). Sentiasa ingat waktu susah kita kita kini sedang selesa sebab hanya dengan cara tersebut kita sentiasa mensyukuri nikmat Allah siang dan malam. Fikir-fikirkanlah...







































Terima kasih share nukilan ni.. boleh sy tahu encik ke puan ya?