Tak Bersyukur Apa Yang Ada
Aku ni kawan memang kurang, kalau rapat pun sebab kawan sekampung. Itupun aku pulau kan kalau perangai kelaut. Tiada sesiapa nak hidup membujang sampai mampus! semua nak pasangan hidup masing-masing. Aku bengang dengan kawan sekampung aku ni, dah muka macam pecah rumah! gigipun dah terkeluar.... tapi perangai lagi buruk dari rupa. Ada isteri yang baik dan bekerjaya bagus, cuma di takdirkan Allah isteri dia mandul. Lahabau kerbau balau ni pulak, tak sabar-sabar nak kahwin lagi satu kononnya nak zuriat sendiri. Bagero Ajinomoto Kawasaki Ninja Hut punya kawan, saja cari alasan nak menggatal. Dia tak fikir bertapa susahnya aku nak dapat jodoh! pernah dapat pun curang. Kawan aku sanggup madukan bini dia atas alasan tak munasabah! sekali aku terajang tercampak kat Sabah. Kesian nasib bini dia, sabar Aje. Kalau aku kat tempat dia, bersyukur apa yang ada. Tak ada anak pun boleh bahagia! nak sangat ambil anak angkat, habis cerita. Jagalah sikit hati isteri kau yang baik tu. Tapi macam itulah dugaan manusia tak sama. Ada Isteri yang bagus! suami macam hawau lahabau. Ada suami yang setia! isteri pulak main kayu tiga, benawe betullah. Geram tengok akhlak manusia yang penting diri, bertuhankan nafsu semata-mata.
Yang jiran sebelah aku pulak, baru dapat projek besar! dah berangan nak kahwin lagi satu jugak. Mujur bini dia bagi warning! nak tambah lagi satu, ceraikan saya. Lelaki tu pun satu hal! muka dah macam Mr.Bean dengan rambut sikat tepi leper macam Hitler, kaya sikit dah gatal. Kaninabociliboh punya orang, tak fikir masa susah bini dia yang banyak berkorban. Lelaki macam tu memang aku pulau dan tak akan campur manusia yang tak ada perasaan.
Yang paling best, Ilmu Agama adalah pandai sikit kawan aku tu. Tapi boleh pulak di bodoh-bodoh kan bini-bini dia kalau izinkan kahwin 4, jamin syurga. Tak ada maknalah, yang pasti janji kuota cukup. Pelik betul kawan-kawan sekampung aku ni, cerdik macam kancil otak dia orang tu. Hidup-hidup kena tipu bini dia semua.
Aku bukan anti kahwin 4, yang aku sakit hati! tak ada keadilan dalam membahagikan kasih sayang dan juga nafkah hidup. Lagi nak sembang kari bangga berbini empat. Walaupun macam mana pun, nasib mereka memang baik! berbini lebih dari satu walaupun duit tak banyak manapun. Last-last pakai duit bini jugak! dasar buaya darat. Bodohlah bini-bini yang tanggung suami gila seks tu, patut pakat ramai-ramai pijak-pijak si laki lahabau tu sampai mati pucuk.
Oklah... setakat ni lepas geram. Lagi lama aku tulis lagi tinggi darah aku naik. Silap-silap masuk ICU pulak kang! sebab geram dengan kaum Adam yang tak tahu nak bersyukur. Kesian Kaum Hawa yang teraniaya...




























