RUPAWAN SHUFAAT ( BAHAGIAN 2 )
AKANG... PERCAYALAH! SATU MASA NANTI AKANG AKAN KETEMU MANUSIA YANG PERSIS SEPERTI SAYA.
Itulah kata-kata terakhir yang masih jelas terpahat dalam ingatanku sehingga kini. Sudah berlalu 30 tahun tapi masih tidak ketemu seperti yang dikatanya. Aku pun dah tak mengharap sebab usia dah nak masuk 60an, dah malas fikir semua tu. Lebih baik aku fikir macam mana aku nak tambah amal ibadat aku yang masih di takuk lama. Siapa yang tak nak teman hidup, tapi trauma masih menyelubungi hidup aku. Kalau aku ikut cakap Su ( nama timangan Rupawan Shufaat ) dulu ikut masuk ke Alam Bunian, dah tentu aku bahagia agaknya. Tapi masa tu aku sayangkan dunia aku, tempat tumpahnya darahku. Lagipun aku ketika itu masih ada Mak yang harus di jaga selagi hidup. Aku tak boleh penting diri, ada ketikanya kena berkorban demi kebahagiaan orang lain. Dan orang yang aku maksudkan sangat penting adalah Ibu kandungku. Kini dah 14 Tahun Ibu dah pergi Menghadap Ilahi, dan aku masih rindukannya dengan doa dan bersedekah agar pahala terus mengalir tanpa henti di Alam Barzakh buatnya. Andai di masa akan datang ada peluang untuk hidup dengannya lagi di Alam Bunian, pasti aku sanggup sebab aku dah tak ada sesiapa di dunia ini untuk menumpang kasih selain dari Ibu. Tapi itu tak mungkin terjadi sebab Su dah pun meninggal dunia dengan meninggalkan wasiat yang tak menjadi kenyataan. Apa pun hidup sementara dengan Su cukup membahagiakan aku sebab banyak Ilmu Pengetahuan Agama aku warisi dari dia tentang sifat Insan. Dia mengajar aku agar berhati-hati dengan Bangsanya ( Jin Putih ), kerana sifat mereka tak ubah seperti sifat manusia yang ada baik dan Munafiq. Sebelum Adam Alaihissalam di jadikan Khalifah di atas Muka Bumi ini hingga menjadi berjuta-juta umat manusia! terlebih dahulu Bangsa Jin tinggal di dunia melakukan berbagai kerosakan. Jadi tak hairanlah jika Su meninggalkan pesanan sedemikian rupa. Su tidak seperti kebanyakan perempuan Bunian yang lain, mereka menawarkan aku kekayaan di dunia jika berkahwin dengan mereka. Tapi aku pilih Su sebab Agamanya, akhlaknya yang baik serta sentiasa menutup aurat. Tapi Allah lebih sayangkannya dan aku readha dalam tangisan pada awalnya. Dah 30 tahun berlalu tapi masih terasa bagai semalam baru berlalu kehilangannya. Kehilangan Su memaksa aku memutuskan hubungan dengan sahabatku di Alam Bunian seperti Muhammad Sabri, Kak Fatimah, Rupa Binti Ali, Kak Pabila, Rahmah dan Nurul Wahayuni. Terima Kasih pernah jadi sahabat, pengalaman itu ku jadikan asbab bertapa hebatnya ciptaan Allah kepada makhluk yang terdiri dari Malaikat, Jin dan Manusia. Namun Bangsa Jin dan Manusia melanggar hukum Alam dengan perkahwinan campur hingga mewujudkan Bangsa Bunian. Ini kerana kita mempunyai empat unsur yang hampir sama seperti Air, Api, Angin dan Tanah! bezanya Jisim yang tidak sama rata. Terima Kasih Su mengajar aku agar tidak sesekali bergantung harap kepada makhluk! dan sebab itulah aku hanya mengharapkan Pertolongan Allah semata-mata. Kini alam dunia kita sedang menuju era kemodenan teknologi canggih seperti di Alam Ghaib. Mereka lebih dahulu maju dari kita Bangsa Manusia, tapi satu masa nanti puluhan tahun akan datang! Bangsa Manusia tersangat maju hingga mengalahkan kemajuan mereka di Alam Ghaib. Kita baru menapak menuju Era Teknologi seperti Kereta Terbang dan Motorsikal Terbang, sedangkan di Alam Jin dah beratus tahun lebih maju dari kita hingga mampu mencipta Pesawat Piring Terbang yang boleh menembusi selapis Alam. Kita juga pada masa akan datang mampu mencipta Pesawat seperti Piring Terbang yang boleh menerokai Seluruh Alam Maya dan Planet-planet yang ada sebagai penutup kehebatan kita Umat Manusia hingga petanda telah dekatnya Kiamat. Sebab kemajuan yang ada telah membutakan hati dan jauh dari rasa syukur atas nikmat Allah. Agama ketika itu tidak relevan kerana kita ada segala-galanya.



















seronok la baca penulisan ni..macam.baca cerpen2 lama..teruskan menulis sbb kisah hidup yg benar blh dijadikan teladan hidup utk org lain..mistik tu bonus 👍👍