Iman kita sentiasa turun dan naik
Sehebat manapun pengetahuan Agama kita! tatkala di timpa musibah dari berbagai arah secara serentak boleh menggugat keimanan kita. Sebab itu saat-saat sukar tetap istiqamah berdoa pada Allah agar melepasi ujian tersebut secepat mungkin. Kerana Iblis dan Syaitan sangat suka menyerang hati dan fikiran kita ketika dalam kesusahan. Inilah masa yang terbaik untuk mencalarkan akidah kita lalu berputus asa dengan Rahmat Allah.
Alhamdulillah, aku berjaya menepis segala hasutan Iblis dan Syaitan ketika saat jatuh terperuk dahulu. Dalam keadaan susah hati dan tak berdaya tetap istiqamah Mohon Pertolongan dan PerlindunganNya. Bukan mudah tapi Allah sentiasa memberi Pertolongan pada saat-saat akhir. Tiap kali teringat! aku rasa insaf. Dan kenangan itu masih jelas terpahat dalam ingatan ku sampai bila-bila. Setiap kali teringat aku sujud syukur pada Allah kerana melepaskan aku daripada kesukaran. Sentiasa bersyukur pada Allah dalam suka dan duka. Hanya dengan mengingati segala kebaikan Allah, menjadikan kita hamba yang bersyukur setiap hari. Hidup ini semua nikmat Allah! maka memang wajar dan wajib berterima kasih kepadaNya dengan Patuh Perintah Allah dan Rasulnya melalui Solat 5 Waktu tepat pada masanya. Fikir-fikirkanlah...





































