Masih Sendiri Menanggung Sepi
Aku dah tak larat menanggung kesedihan! aku harus bangkit dari lamunan yang tak berfaedah untuk di teruskan. Aku kena buat keputusan yang bijaksana menangani masalah kejiwaan yang aku hadapi dengan mendekatkan diri kepada Pemilik Jiwa ini. Allah sebaik-baik Penolong yang pastinya dapat merawat segala kelukaan hati. Tiada lagi pergantungan kepada manusia sebab tiada sesiapa yang betul-betul memahami masalahku selain hanya Allah sahaja. Dia yang Maha Penyembuh dan KepadaNyalah aku Mohon Perlindungan.
Hidup memang tak selalunya indah! tapi nikmat yang Allah Kurniakan jangan lupa sama sekali, sebab Kebahagiaan yang kita nikmati lebih dari Kesengsaraan. Segala puji-pujian hanya untuk Allah dan KepadaNya aku berserah diri. Alhamdulillah! sejak bertemu Tuan Guru Haji Muhammad Sabri yang memberikan nasihat Agama iaitu katanya, Dunia untuk orang Patuh Kepada Perintah Allah seluruhNya. Kebaikan tanpa Ibadah tidak bermanfaat di sisi Allah Subhanahu Wata'ala. Tiada satu pun doa atau zikir yang mampu menyelamatkan kita jika tidak melaksanakan tuntutan Agama yang paling penting iaitu Solat 5 Waktu tepat pada masanya. Dunia akhir zaman terlalu ramai Pak Ustaz beri harapan palsu kepada orang ramai dengan doa dan zikir tertentu boleh menghalang diri dari masuk ke dalam Neraka. Sedangkan Solat adalah Tiang Agama dan akar umbi kepada akidah kita sebagai seorang Islam yang cintakan Rasulullah Sallallahu Alaihi Wasallam dengan sesungguhnya. Ada pihak mendakwa boleh mendapat syafaat Rasulullah Sallallahu Alaihi Wasallam hanya dengan Selawat sahaja, tak tahu darimana dia dapat nasihat yang sesat ini. Adakah segala amal ibadat utama seperti Solat, Haji, Bersedekah dan seangkatan dengannya tak penting seperti yang di dakwa mereka. Sudah masanya Para Agamawan berhenti dari beri harapan palsu dan ubah kepada mengutamakan kepentingan Istinjak cara Rasulullah Sallallahu Alaihi Wasallam dan buang hajat besar dan kecil secara cangkung seperti kaum Hawa. Amalan Bersuci yang paling benar ini telah ramai yang tinggalkan oleh mereka yang kononnya faham Agama yang bergelar Ustaz. Pendakwah sendiri kencing berdiri, bagaimana nak sampaikan ilmu jika amalan Sunnah Nabi Muhammad Sallallahu Alaihi Wasallam yang paling penting tidak di amalkan secara konsisten. Seperti kata kebanyakan Guru Pondok yang mursyid bahawa Golongan Agamawan yang paling ramai mendapat Seksa Kubur adalah kerana tidak Bersuci dengan cara Rasulullah Sallallahu Alaihi Wasallam. Fikir-fikirkanlah...































mengapa harus mengeloh .Shakur saja lah . hadapi apa yang tuhan tetapkan untuk diri kita dan sentiasa ber munasabah diri .kenali diri maka akan mengenal maha pencipta