Bencana
Sebuah Helikopter dengan sengaja menabrak KLCC untuk sabotaj Kerajaan Malaysia yang di pimpin Perdana Menteri baru yang lebih memilih untuk melaksanakan Hukum Hudud seperti Brunei. Yang Mulia Tuan Haji Yakob Tempoyang dengan pantas memintas kejahatan tersebut dengan bantuan Intelligent Malaysians Impossible ( I.M.F ) menjatuhkan Kumpulan Militan Sayap Kiri sebuah Parti Islam yang ekstrem hingga ke lubang cacing. Sebanyak hampir dua ratus Tentera Upahan berjaya ditahan bawah I.S.A yang di hidupkan kembali untuk mencegah ancaman terhadap Negara. Sebahagian besar daripada mereka adalah Zionis Israel yang mengepalai Kumpulan ini untuk sabotaj Perpaduan Malaysia. Kecekapan PDRM menangani masalah ini sangat terpuji dan keadaan kembali Aman. Dalang disebalik kejahatan ini juga telah di tangkap untuk di bicarakan dalam Mahkamah Tinggi secara tertutup bagi mencari punca siapa yang memberi dana untuk menghancurkan Malaysia.
Rakyat Malaysia yang panik telah berjaya di tenteramkan dengan bantuan berbagai Agensi Keselamatan Negara yang begitu pantas menjalankan tugasan mereka. Pertahanan Awam juga memainkan peranan penting bagi Kestabilan Negara kita yang Aman Makmur. Sejak perlaksanaan Hukum Hudud, banyak musuh dalam selimut yang di dalangi dari Negara Luar cuba menggugat kestabilan Politik Malaysia. Dengan congankata UNDANG-UNDANG MANUSIA DI HORMATI! HUKUM ALLAH DIDAHULUKAN telah mengemilangkan Kedaulatan Negara hingga sekali lagi di iktiraf Seluruh Dunia. Sejak keamanan kembali tercapai, kemasukan Pelancong Asing ke Negara ini semakin memuncak hingga di cemburui banyak Negara Luar. Akta I.S.A yang di laksanakan kembali memang berkesan dan di sokong oleh Rakyat Malaysia yang cintakan kedamaian. Alhamdulillah! Malaysia kembali menjadi nombor satu di Dunia yang paling Aman untuk di lawati sempena Program Pelancongan Malaysia Tahun 3001. Ketika ini Rakyat Malaysia ramai yang menutup aurat apabila Hukum Hudud terlaksana dengan jayanya. Ternyata Perdana Menteri baru ini berjaya membuktikan bahawa dengan mengutamakan Syariat dalam berAgama turut mendapat sokongan dari semua Bangsa yang bukan Islam di Malaysia. Mereka rasa selamat dan percaya dengan kewibawaan Yang Mulia Tuan Haji Yakob Tempoyang sebagai Perdana Menteri yang di segani di Era ini. Terima Kasih Malaysia!...



























































moga idea bernas dari cerpen ni jadi realiti 1 hari nanti...👍