Nasihat Buat diri
Kita yang aniaya diri sendiri!... itulah kata-kata yang dulu aku tak berapa faham seluruhnya. Pernah aku marah seseorang yang bagi nasihat ni kat aku setelah cerita kat dia tentang orang yang aniaya aku. Apa pasal pulak aku yang aniaya diri sendiri! sedangkan orang lain yang aniaya aku?. Balas ku dengan nada tak puas hati.
Tapi sekarang tiap-tiap kali di uji maka aku serah bulat-bulat pada Allah. Aku dah faham dan tak mengeluh lagi walau masih ada kesedihan yang tidak dapat di tanggung. Kita yang aniaya diri sendiri dan Balasan itu kita dapat kemudian hari asbab tingkahlaku kita masa dahulu. Tak semestinya buat dosa sesama manusia akan dapat balasan, akan tetapi Kifarah itu untuk kita kembali dekat padaNya dengan penuh keinsafan.
Bila di timpa ujian hidup yang baru, aku pujuk diri supaya Mohon Perlindungan Allah dan Keampunan-Nya. Ini sebagai balasan sebab dulu tak ingat Allah dan kurang bersyukur. Lebih baik kita sedar diri daripada terus alpa macam dulu-dulu yang sibuk dengan keduniaan. Sebab itu penting kita belajar Agama agar kefahaman kita menguasai semua Ilmu dapat di manfaatkan buat diri sendiri.
Dalam erti kata lain! walaupun kita tak aniaya orang, tapi kita secara tidak sengaja menganiayai diri sendiri. Dapat rezeki lupa Allah! sebaliknya puji orang yang beri kita rezeki sama ada kerana bekerja atau lain-lainnya. Dapat khabar gembira tak nak sujud Syukur pada Allah! sibuk fikir makhluk yang menolong, padahal mereka semua asbab dari gerakan Allah yang memilih hamba-hambaNya untuk bantu kita. Bila berduka cita! manusia yang di cari untuk luahkan perasaan. Padahal hanya Allah yang boleh menyelesaikan segala permasalahan kita. Pendek kata dulu aku cetek pengetahuan Agama yang menyebabkan hidup tak pernah tenang. Sekarang ni sentiasa ingat Allah dalam suka dan duka. Alhamdulillah, segala puji-pujian hanya untuk Allah Pemilik jiwa ini.
Memang sedikit menakutkan aku bila semua perkara sentiasa ingat Allah! seolah-olah dah dekat kematianku. Tapi kenapa kita nak takut! kan kita Milik Allah dan Dia berhak ambil balik bila-bila masa di KehendakiNya. Sebab itu dirikan-lah Solat kerana bersyukur atas segala NikmatNya. Bukan sebab kejar pahala atau takut dengan dosa silam, kerana keduanya tidak mententeramkan jiwa jika berfikiran begitu. Dirikanlah Solat 5 Waktu sebagai tanda Berterima Kasih pada Allah agar tenang jiwa kita semoga segala kesalahan, kesilapan, kealpaan, kesombongan diri dahulu dapat di Ampunkan yang Maha Esa.
Tiap-tiap kali nak naik kenderaan aku ucap Alhamdulillah! Terima Kasih Allah bagi aku pinjam motor ni ( padahal aku beli tunai hasil dari simpanan, tapi aku didik diri untuk ingat bahawa tak mungkin kita mampu memiliki apapun tanpa izin Allah ). Sentiasa muhasabah diri dan bertafakur merenung diri. Insyaallah dengan konsisten melakukannya maka diri kita hidup zahir dan batin dengan sentiasa Beserah diri kepada Allah.
Bila sedang sakit! sedih dan sebagainya, aku Mohon Keampunan Allah atas kelalaianku masa lalu. Lebih baik dosa di balas Allah atas dunia ini daripada mendapat seksaan kubur dan Neraka yang amat azab untuk di tanggung. Tapi mudah-mudahan kalaulah Allah boleh hapuskan segala dosa kita yang lalu! alangkah indahnya kehidupan dikemudian hari ( Akhirat ).
Tak semua orang mampu merasa takutnya mati dalam erti kata sebenarnya. Semua hanya lafaz di bibir tanpa rasa keinsafan dan jauh sekali nak berubah lebih baik dari sebelumnya. Orang yang bersungguh-sungguh nak berubah pasti tidak bertangguh-tangguh melaksanakan Suruhan Allah yang selama ini kita abaikan. Dirikanlah Solat beserta roh! Bukan Sekadar sembahyang tapi tak rasa nikmat sujud pada Allah Azzawajalla. Yang faham akan faham! yang jahil pasti sampai bila pun tidak akan mengerti konsep kehambaan. Fikir-fikirkanlah.../Muar













































❤️Masyaa Allah tabarakallah. Sesungguhnya kitalah yang menzalimi diri sendiri.