Jangan Tertawakan Kejatuhan Musuh
Dalam hidup aku tak pernah mendoakan yang buruk-buruk atas musuhku. Dan apabila mereka jatuh dan mendapat kifarah sesuai dengan dosa masing-masing, aku hanya bersyukur pada Allah atas PertolonganNya. Tak pernah rasa seronok atau gembira dengan balasan yang telah Allah timpakan atas mereka. Ini yang dikehendaki oleh Rasulullah Sallallahu Alaihi Wasallam terhadap Umatnya. Memang pada awal kalau boleh kejahatan dibalas dengan kejahatan! sebab kesakitan menanggung ditindas memang mencabar kesabaran. Tapi berkat kesabaran yang ada turun naiknya maka akhirnya Allah lepaskan aku dari kesengsaraan hati.
Dulu pernah sekali aku sumpah seseorang yang telah menganiayai aku! dan tak lama kemudian yang menganiayai aku terima balasan atas doaku yang teraniaya. Tapi sedikit pun tidak membuat aku merasa bangga atau seronok! sebaliknya aku mengharap mereka kembali ke pangkal jalan dan memperbaiki akhlak mereka sendiri atas kifarah tersebut. Bukan mudah! tapi aku berjaya mendidik diri agar tidak bersuka ria atas kejatuhan seseorang kerana karma mereka sendiri.
Hidup ini adil! buat baik dibalas baik, buat jahat.. cepat atau lambat pasti akan mendapat balasannya yang setimpal. Namun ada juga yang tidak serik-serik dan terus menganiayai orang sehingga pembalasan tersebut mengenai ahli keluarga mereka. Bila syaitan telah memegang nafsu jahat mereka memang sukar untuk kembali ke pangkal jalan. Apapun yang sedihnya keluarga atau keturunan mereka menerima musibah atas perlakuan sendiri.
Saat lepas daripada penganiayaan! ada perkara lain yang kita boleh belajar sesuatu darinya. Masa itulah kita akan kenal sahabat yang betul-betul sifat mereka sama ada ambil peduli apa yang telah kita tanggung atau tidak mengendahkan. Dan dari situ juga kita bersyukur pada Allah atas kejadian tersebut yang membuka mata kita melihat kekurangan sifat perikemanusiaan yang ada dalam diri seseorang. Sebab itulah aku mendidik diri agar jangan terlalu baik pada manusia sebab pada akhirnya sikap mereka akan mengecewakan diri sendiri. Apapun kebaikan manusia! satu masa nanti akan nampak kezaliman yang mereka sendiri tidak mengetahui setelah lepas dari musibah. Setiap kebaikan aku kembalikan semula kepada Allah yang menggerakkan hamba-hambaNya yang terpilih untuk menolong kita. Jangan sesekali memuji Makhluk sehingga membuat seseorang terkena penyakit Ain. Memuji Makhluk berlebihan boleh jatuh syirik sebab seolah-olah menafikan segala kebaikan Allah selama hidup kita didunia atas nikmat kurnia yang banyak tak terkira. Ucap Alhamdulillah biar sampai dalam hati! bukan sekadar lidah sahaja bisa menyebut tapi kosong. Banyak manusia begitulah sifat mereka! sebut Alhamdulillah tapi tak solat 5 Waktu. Sebut Alhamdulillah namun tidak rasa berdosa kerana malas berterima kasih pada Allah melalui kewajipan Solat.
Baik sahaja tidak cukup tanpa mendirikan solat sebab itu tiang Agama dan meliputi akidah kita sebagai orang Islam. Ibadah itu Perintah Allah! untuk keselamatan diri kamu juga sebagai bekalan amal di akhirat nanti. Sedekah kamu! kebaikan kamu pada sesama manusia dan lain-lainnya tidak akan dikira pahala jika meninggalkan Solat 5 Waktu. Jangan ingat dan perasaan bahawa kebaikan kamu itu akan mendapat pahala!... sia-sia belaka perbuatan baik kamu selama meninggalkan solat. Orang kafir lagi ramai buat kebajikan melebihi Umat Islam namun segala kebaikan mereka tidak bermanfaat disisi Allah Subhanahu Wata'ala. Fikir-fikirkanlah.../Balai Bomba dan Penyelamat Muar































Pertahankan kejujuran! Amanah dalam bertugas 🥰