Hidup tanpa Solat macam tak ada Agama
Orang yang tak Solat tidak akan rasa bersalah sebab bagi dia yang penting buat baik. Lebih-lebih lagi bila melihat kemunafikan Ahli Ibadah maka semakin jauhlah hatinya untuk mendirikan Solat. Yang buat diri yakin berada di pihak yang benar apabila sering terjumpa manusia yang cerita pasal Agama tapi tidak solat. Lama kelamaan apabila kita berfikir secara mendalam dengan pandangan yang positif, kita dapati apa yang kita nampak golongan Ahli Ibadah yang Munafik sebenarnya Allah hendak kita jauh dari sifat-sifat yang tercela tu. Tapi kita ambil jalan singkat dengan menghukum mereka atas dasar dapat terus bermalas-malasan dalam sujud pada Allah melalui kewajipan Solat 5 Waktu. Itu sahaja sebenar alasan yang kukuh buat diri yang malas nak beribadah kepada Allah Pemilik jiwa ini. Nak seribu daya! tak nak seribu dalih bagi manusia yang kurang ajar lagi biadap kepada Pencipta kita.
Bila kita mati! tak ada alasan untuk menyalahkan orang lain. Masing-masing akan dipertanggung-jawabkan atas dosa sendiri kerana engkar dengan Perintah Allah. Dulu bila dengar azan langsung tak peduli dan sombong bodoh dalam diri kita. Bahkan dengan berani mengatakan orang yang sembahyang pun belum tentu masuk Syurga. Tapi setelah kita sedar dan memahami keperluan beragama dengan mendalaminya, barulah kita sedar selama ini kita diperbodohkan dengan berbagai sangkaan oleh Iblis dan Syaitan. Baru sedar tujuan ibadah adalah sebagai tanda Berterima Kasih pada Allah melalui Solat 5 Waktu. Kita mulai berfikir waras bahawa yang Solat belum tentu masuk Syurga! tapi yang tidak solat sudah tentu masuk neraka. Sebab dunia ini Allah hadirkan kita dan jadikan kita untuk ikut segala perintahNya. Allah tidak pandang mereka yang baik tapi tidak solat! yang Allah mahu mereka beribadah kepadaNya sambil berkebajikan sesama manusia barulah dapat pahala. Tapi jangan kejar pahala sebab itu perangai Ahli Ibadah yang Pedagang. Jangan ikut perangai Ahli Ibadah yang paksa menangis dan takut dengan Allah membabi buta! sebab itu sifat Ahli Ibadah yang kebudak-budakan. Jadilah Ahli Ibadah yang merdeka melalui laksanakan segala Perintah Allah seluruhNya.
Ahli Ibadah yang merdeka akan melaksanakan Solat 5 Waktu sebagai tanda Berterima Kasih pada Allah atas segala nikmat yang telah dikurniakan. Bersungguh-sungguh untuk meninggalkan segala dosa dan meletak azam untuk jadi lebih baik dari semalam setiap hari. Orang seperti ini tidak akan berangan-angan untuk mendapatkan Syurga! yang penting baginya sebagai bekas pendosa adalah istiqamah dalam beribadah kepada Allah. Tak kisah kalau tak dapat pahala sebab baginya tujuan utama untuk mendapatkan keredhaan Allah.
Aku bermula dengan disiplinkan diri melalui menjaga Solat 5 Waktu terlebih dahulu secara konsisten selama 3 tahun tanpa tertinggal satu pun ibadah. Setelah itu mula berpuasa di bulan Ramadhan sehingga semakin tahun tidak pernah terabai ibadat ini. Jangan ikut perangai orang yang berpuasa tapi tak solat! sebab solat itu tiang Agama. Buat apa yang kita mampu dan penting jaga akar akidah. Nak dengar cakap Ustaz semua kena buat! lama-lama semua satu pun tak jadi buat. Kita lebih kenal diri sendiri daripada mereka maka lakukan dengan ikhlas hati dan Mohon Pertolongan Allah.
Hanya bekas ahli maksiat yang bertaubat lebih kenal diri dan kenal Allah setelah mendalami Ilmu Agama seperti Tauhid, Faekah dan Tasawuf. Mereka tidak pernah berangan-angan untuk jadi orang Alim! yang mereka inginkan segala amal ibadat sampai kepada Allah dengan izinNya. Tak semestinya bekas pendosa bila berbicara tentang Agama bermakna dia Alim! cuma dia berkongsi pengalaman hidup untuk perbaiki diri sendiri dan mengalakkan mereka yang masih hanyut kembali ke pangkal jalan. Hidayah Milik Allah tapi kita kena usaha berubah kearah kebaikan dengan bersungguh-sungguh barulah kejayaan menghampiri kita. Cukup jaga adab beristinjak dengan kencing mencangkung seperti Kaum Hawa selain dari buang hajat besar. Bila istinjak tidak bersih maka wuduk tidak sempurna! sebab itulah mengapa Ahli Ibadah yang tak jaga Istinjak makin solat makin menyetan, bahkan kena azab kubur sebaik di kebumikan. Hanya pendosa yang bertaubat lebih peka memahami Agama dari mereka yang mempertahankan bidaah. Iblis suka dengan Ahli Bidaah sebab mereka sukar untuk dinasihati daripada ahli maksiat yang bertaubat. Mereka bermati-matian mempertahankan pendapat sombong bodoh yang penting baik. Sedangkan perbuatan tersebut ditokok tambah oleh Para Mazhab dan Orang-orang yang dikatakan Alim kononnya. Sebab itu tidak hairanlah berbagai fahaman muncul walau kita dalam satu Agama Islam yang murni ini. Semua angkara Iblis dan Syaitan! tapi amat bodoh menyalahkan mereka namun tiada usaha untuk meninggalkan bidaah.
Pendosa yang bertaubat sentiasa ingat diri tidak pernah sempurna dan tidak akan merasa hebat dari mereka yang lebih dahulu mendirikan Solat. Kehidupan harian mereka yang pendosa hanya ingin Allah terima taubat mereka dan sentiasa berdoa; " YA ALLAH! JANGAN ENGKAU MURKA ATAS DOSA-DOSA KU, DAN JANGAN ENGKAU BIARKAN AKU SESAT SETELAH AKU BERIMAN. DAN TUNJUKKAN AKU JALAN YANG LURUS SERTA MASUKKAN AKU KEDALAM GOLONGAN UMAT MUHAMMAD RASULULLAH SALLALLAHU ALAIHI WASALLAM YANG SEBENARNYA."
Kongsi kata-kata Nasihat bukan bererti kita dah sempurna amal ibadat. Kita kongsi kata-kata hikmah atas nama kasih sayang sebagai Umat manusia yang tidak pernah sempurna. Kebanyakan kata-kata nasihat yang dilontarkan untuk peringatan diri sendiri agar tidak leka dan lalai dari terjebak kembali cinta duniawi. Dan semoga kata-kata Nasihat ini boleh menyedarkan sesiapa yang berminat untuk menjadi seorang yang pencinta Agama. Berapa ramai orang yang seusia denganku masih leka dengan dunia dan terus bergelumang dengan dosa tanpa rasa bersalah. Nak tunggu Hidayah kena usaha kearah kebaikan dengan mendirikan solat! dan tidak semestinya yang telah mendapat Hidayah istiqamah jadi baik sebab tidak bersungguh-sungguh konsisten dalam menjaga Iman. Iman hanya untuk orang yang solat! dengan beribadah kepadaNya membezakan diri kita dengan orang kafir dan haiwan yang tidak tahu bersyukur atas kejadiannya diciptakan untuk Menyembah Allah yang Esa. Fikir-fikirkanlah...






































