Alhamdulillah masih laku cuma...
Kebanyakan orang kutuk lelaki bujang tua tak laku! dan tak kurang yang menghina orang macam kita ni. Sebenarnya bukan tak laku! jauh sekali memilih, cuma terlalu berhati-hati. Pengalaman kena hina dengan keluarga pihak perempuan dah lebih 3 kali, kena tipu dengan wanita idaman pun lebih dari 3 kali. Jadi! sudah tentu aku sedikit fobia dan tak sanggup hati ini terluka lagi. Maklumlah! dah tua-tua begini tak ada masa nak kenal mengenal terlalu lama, buang masa dan takut amal ibadat sendiri terjejas. Bohonglah kalau kata tak ada hati nak berumahtangga, kawan aku umur 60 baru dapat jodoh.
Aku ni jenis serik dalam perhubungan yang telah berlalu, bila perempuan yang aku kenal baik! keluarga dia pulak banyak songel. Bila dah dapat keluarga perempuan yang merestui hubungan kami! Awek aku pulak berubah hati. Balik-balik benda yang sama berlaku kepada diri aku, macam mana aku nak berani mencuba lagi?. Bagi aku kalau suka datang jumpa dan buat keputusan muktamad, tak payah kenal-mengenal lama sangat! berkenan kahwin terus. Tapi kena ingat! risikonya dapat lelaki tua macam aku tak ada harta. Hidup aku bergantung pada pekerjaan sebagai kelangsungan hidup atas rezeki yang Allah kurniakan padaku. Cuma! aku tak ada hutang, itu saja.
Sebenarnya takut juga nak kahwin dengan perempuan yang gajinya lebih besar dari aku, sebab nanti orang kutuk nak menumpang harta isteri. Level aku kalau boleh sama-sama hidup sederhana macam dapat jodoh dengan perempuan kerja kilang ke, kerja restoran ke, kerja apa sahaja yang gaji lebih kurang macam pendapatan aku sebulan tak sampai 2K. Tapi ada masa untuk beribadah, mendengar kuliah Agama dan cuba seimbangkan keperluan dunia dan akhirat. Kalau bakal isteri cantik menawan tapi tak solat! akupun tak nak. Dah tua tak sanggup jadi lelaki dayus dan terpaksa tanggung dosa bakal isteri yang cinta duniawi semata-mata. Ini tak bermakna aku Alim! cuma masa dah dekat untuk kembali kepada Allah bila-bila masa sahaja.
Kebahagiaan dunia pun penting! akhirat lagi penting. Masa muda dah banyak lalai dan Allah pun dah bagi kifarah kat aku maka ambil pengajaran buat diri supaya tidak mengulangi dosa yang sama. Jangan jadi macam taubat lada! dah tahu cili tu pedas, taubat tak makan lagi... tapi lain kali bedal lagi, taubat lagi. Macam tulah perumpamaan nya. Tapi apa yang aku tahu kaum wanita juga takut nak kahwin dengan lelaki bujang tua bersebabkan lemah tenaga batin selain hidup tak berharta dan gaji kecil. Dah banyak terjadi lelaki yang pemalas ditanggung isteri yang bergaji besar. Malas bekerja padahal lelaki adalah ketua rumah-tangga. Tak kisah gaji kecil! kena bagi nafkah seadanya dan bukan ketuk duit bini. Tolong isteri di rumah waktu cuti untuk sama-sama mengharmonikan rumah-tangga. Aku pernah tinggal dengan Mat Salleh! aku suka cara lelaki Orang Putih yang bergilir-gilir buat kerja rumah macam basuh baju, basuh pinggan mangkuk, memasak dan sebagainya. Mereka tak buli isteri masing-masing, bahkan bagi si isteri bercuti pada setiap hari minggu tak buat kerja rumah! sang suami yang buat segalanya termasuk jaga anak. Aku rasa budaya tu sepatutnya dibuat oleh Orang Islam macam kita, tapi sebaliknya kita sebagai suami nak sentiasa jadi Tuan Rumah yang sombong bodoh. Lainlah kalau lelaki tu kaya-kaya yang boleh ambil pembantu rumah untuk isteri.
Apapun sekuat mana kita berangan nak berumah-tangga! jodoh tetap ditangan Tuhan. Usaha macam mana sekalipun kalau jodoh tak ada! tak menjadi pun hubungan tu. Semua berbalik kepada Qada' dan Qadar-Nya. Aku minta maaf buat mereka kaum hawa yang fm aku untuk kenal rapat, tapi aku tak layan. Antara sebabnya terlalu banyak scammer yang juga aku pernah terkena. Paling sedih sekali ada Minah Mat Salleh nak kahwin dengan aku! tahu-tahu scammer rupanya. Tak ke dapat masalah buat diri aku yang terpaksa buang masa, mujur aku tak pernah letak harapan yang tinggi. Pernah juga terkena masa join Whatsapp Mak Janda! cakap memang hebat dia orang ni, tak kisah miskin janji baik. Bila tiba masa yang serius! mereka main tarik tali dan buang aku macam sampah. Sembang kari Mak Janda padu! tapi hakikatnya tetap nak cari suami yang kaya-raya. Sampai mati pun aku tak percaya lagi nak join kumpulan mencari jodoh walaupun diketuai Ustaz dan Ustazah.
Akhirnya apa yang ada dalam kepala aku saat ini hanyalah nak habiskan sisa-sisa hidup hingga hujung nyawa. Aku sedar! barangkali pengakhir hidup aku terdampar kat rumah kebajikan masyarakat. Kalau boleh biarlah Allah tarik nyawa aku dalam keadaan sihat walafiat hendaknya dan kalau diizinkan Allah nak mati ketika sujud di atas tikar sejadah. Mudah-mudahan Allah perkenankan doa ku ini... Amin Amin Amin./Surau Kerala Muslim Juma'at (Surau Malabari)









































































agree👍