Amira
Jatuh cinta pada usia muda itu perkara biasa! tapi kalau dah tua-tua masih mampu untuk jatuh cinta, itu luarbiasa. Sebab bagi aku dah tak sesuai kerana rumah kata pergi! kubur kata mari. Lagipun jarak usia antara aku dengan Mira bagai anak dengan Bapak! jarak 30 tahun beza usia kami. Kalau jadi pun! apa aku nak panggil Mak dan Ayahnya Mira?. Sebab aku lagi tua dari bakal Mertua! ah, sudah. Lainlah kalau aku jutawan duit banyak, mungkin Keluarga Mira menerima aku. Sebab dunia sekarang kekayaan boleh melembutkan hati seseorang yang gila harta. Macam aku buat apa! harta pun tak ada, duit simpanan pun cukup untuk kegunaan kecemasan saja. Bezanya! aku tak ada hutang satu sen pun, semua aku beli tunai hasil berjimat cermat.
Lagipun aku kasihan kat Mira masih muda dan layak untuk dia dapat lelaki baik yang seusia dengannya. Aku tak boleh penting diri! lagipun ujian ini walau datang dari Allah, kita kena ukur badan sendiri. Jangan seronok sangat jatuh cinta di usia senja, kena Sadar diri. Alhamdulillah! apa keputusan aku buat untuk masa depan Mira memang berbaloi. Akhirnya beberapa tahun kemudian! dia menemui lelaki yang sama muda walaupun tidak kaya. Yang penting mereka bahagia! suka sama suka.
Hidup ini bukan tentang kita! tapi tentang orang lain yang perlu kita hadap jika memilih untuk mendirikan rumahtangga dengan wanita yang terlalu muda. Banyak risikonya dari segi pandangan mata orang ramai yang mungkin menuduh aku gunakan ilmu pemikat untuk menundukkan Mira. Itu belum lagi tekanan yang terpaksa Mira hadapi dari keluarganya jika berjodoh dengan ku. Pendek kata banyak sangat kerenah manusia yang terpaksa aku hadapi nanti. Sedangkan kalau aku kaya pun orang akan tetap mengutuk! terutama dari pihak perempuan yang akan dituduh mata duitan, sanggup menjual anak. Begitulah berbagai tohmahan orang ramai yang akan kita tempuhi.
Akhir kata Cinta Anugerah Allah buat sesiapa tanpa mengira tua atau muda! tapi jatuh cinta di usia senja memang tak sesuai dan kena beralah. Kalau nak berumahtangga juga! carilah yang sama-sama usia dengan jarak yang tidak jauh sangat umur mereka. Bila dah tua-tua ni! malas nak fikir halangan. Nak tenang dalam hidup sambil tambah amal ibadat. Nak berteman hidup yang sah pun sebab hanya ingin menumpang kasih sayang, tak lebih dari itu. Apa pun Terima Kasih Amira pernah sukakan aku walau miskin dan berusia. Sebelum berpisah baik dengannya, aku cipta sebuah lirik lagu khas untuknya bertajuk HADIRKAN LAH MIRA, dan aku nyanyi depan dia. Itulah kenangan indah ketika bersahabat dengannya dalam satu tempat kerja yang akhirnya melahirkan bibit-bibit cinta yang tidak kena pada masanya.








































































Cinta Dr Allah.hati dekat Dr Allah ..Kenapa mengalah?awak berhak bahagia...