Solat Tiang Agama.
Solat umpama tiang Agama! macam nak dirikan rumah tanpa tiang macam mana nak pasang bumbung?. Bila tinggalkan solat bertahun-tahun lamanya adakah anda pasti masih Islam lagi?. Penunggang Agama sahaja membela untuk sedapkan hati agar pengikut kuliah mereka bertambah. Memang Hidayah Milik Allah tapi kalau tak berusaha untuk berubah macam mana nak dapat Hidayah?. Dalam berdakwah memang betul kena berlembut! tapi apabila cara lembut pun tak dapat mengubah sifat malas dan kurang ajar kepada Allah maka sudah tiba masanya untuk tegas. Dari Allah kita datang dengan diberi segala Nikmat sejak lahir, baliq hinggalah ke tua nak mampus! masih liat nak mengerjakan Solat 5 Waktu?. Memang mintak mati kafir dia orang ni! biarlah azab kubur masing-masing kan?.
Kadangkala teguran yang datang dari seseorang bukan kehendak sesiapa pun! Allah gerakkan teguran itu melalui hamba-hamba pilihanNya agar kembali ke pangkal jalan sebelum hadir kematian. Sesal dahulu pendapat! sesal kemudian sudah tidak berguna. Maka rebutlah peluang selagi masih sihat walafiat! tak payah tunggu lutut dah terketar-ketar baru nak beribadah. Hidup kat dunia ini untuk Menyembah Allah! bukan bertuhankan duniawi. Aku cakap ni sebab dah ramai kenalan aku mati dalam keadaan tidak Solat! macam mana keadaan mereka di Alam Barzakh?.
Sifat manusia punya degil lebih kurang macam perangai Jin! kerasnya hati sampai tak boleh bawak berbincang. Tapi ingat! Allah Maha Pemberi Rezeki kepada mereka yang tidak solat sebab Allah Maha Mengasihani. Tapi rezeki yang kalian dapat tiada Keberkahan dan anda semua sama taraf dengan orang kafir yang diberi rezeki atas ehsan semata-mata. Dah mati barulah tahu bertapa azab kubur sedang menanti atas segala perbuatan kalian.
Anggaplah kata-kata Nasihat dari orang yang memberi teguran walaupun keras dan tegas sebagai tanda Kasih Sayang Allah dan marahnya Para Agamawan memberi peringatan sebab ambil berat terhadap sesama manusia. Aku lebih suka mendengar ceramah Agama dari Ustaz yang tegas dalam dakwahnya! sebab ia masuk terus ke dalam hati. Kita yang berkehendak untuk berubah tidak akan terasa hati! bahkan berterima kasih atas teguran yang membina. Kembalilah kepada Allah sebelum Allah Murka dan membiarkan kalian terus hanyut dengan keduniaan sehingga nyawa bercerai badan. Fikir-fikirkanlah...


































👍👍👍mmg sgt² setuju dgn teguran ini