Senyuman kepura-puraan
Sejak remaja aku sudah pandai sembunyikan kesedihan hati. Ketika itu aku pergunakan sebaik mungkin bakat Seni yang aku ada dengan meluahkan segala isi hati melalui penciptaan lirik lagu cinta yang kecundang. Kadang-kadang aku meluah perasaan melalui Novel ciptaanku dan kemudian aku olah menjadi skrip Telemovie. Tapi bila hati sudah terima hakikat dan kenyataan! impian pula yang terkubur nak jadi Penulis Skrip yang berjaya. Tapi sekurang-kurangnya jiwa aku dah sembuh hasil dari Sujud pada Allah melalui Solat 5 Waktu. Itupun sebab Hidayah dari Allah! tanpa PertolonganNya, tak mungkin aku sebaik hari ini. Tapi tak bermakna aku dah sempurna! aku masih terus berperang dengan diri sendiri untuk jadi yang terbaik daripada semalam. Dan bila dah dewasa serta matang! ujian tetap mendatang dalam bentuk cabaran mencari kebenaran dalam beragama. Sebab terlalu banyak fahaman yang berbeza-beza menyebabkan sedikit sebanyak keimananku hampir cacar-marba. Alhamdulillah! sekali lagi Allah pandu aku kejalan yang lurus untuk lebih dekat denganNya melalui ilmu-ilmu yang benar serta sahih. Aku tak ada daya upaya tanpa Pertolongan Allah! dan kepadaNya aku Berserah diri. Terima Kasih Allah...
Masa zaman kanak-kanak aku pendam perasaan sedih tatkala melihat kawan sebaya yang ada Mak Ayah di samping mereka. Sedangkan aku Ayah dah tak ada! dan Mak pula dilarang masuk ke Malaysia sebab langgar undang-undang Permit tinggal lebih masa. Membesar aku dengan orang gaji Mak aku berbangsa Indonesia sehingga aku tamat tingkatan 5 barulah berpisah dengannya untuk hidup berdikari sendiri. Namun segala jasa orang gaji yang aku anggap macam Mak sendiri tetap sentiasa dalam doaku yang baik-baik setelah beliau meninggal dunia. Tiap kali bersedekah di tabung Masjid untuk Arwah Bonda ku! pasti aku tak lupa sedekahkan untuk Mak Angkat aku. Semoga keduanya sentiasa tenang di Alam Barzakh dengan Rahmat Allah.
Bila dah tua-tua begini! kesedihan yang aku sembunyikan adalah tentang bagaimana pengakhiran hidup aku?. Adakah mati di rumah kebajikan masyarakat ataupun sebaliknya, hanya Allah sahaja yang tahu. Tapi kalau boleh tak nak susahkan sesiapa! biarlah mati dalam keadaan sihat walafiat tanpa sebarang penyakit. Dan kalau Allah izinkan! nak mati saat sedang sujud padaNya di atas tikar sejadah. Itulah angan-angan aku dalam setiap doaku selama beberapa belas tahun kebelakangan ini. Semoga Allah kabulkan, Insyaallah.
Bila makin makin sensitif! tapi tak ada sesiapa yang faham. Semakin hari semakin jauh dari keramaian dan menjarakkan sosial yang tak berfaedah. Pilih dengan penuh hati-hati dengan siapa kita nak berkawan! sebab dah terlalu banyak terkena dengan kawan makan kawan. Pengkhianatan dalam persahabatan sering aku alami sehingga sedikit trauma untuk mendekati sesiapa walaupun golongan Agamawan. Makin kita nak jadi baik! makin besar ujian yang mendatang dari berbagai arah yang tidak disangka-sangka. Kesedihan yang hadir lebih kepada kenangan duniawi semata-mata! sedangkan yang aku harap adalah dapat merasai nikmat rindu pada Allah yang telah hilang. Aneh! masa muda dalam keadaan lalai terlalu lama, tiba-tiba rindu Allah. Itulah permulaan aku kembali sujud kepadaNya melalui Solat 5 Waktu. Tapi bila dah istiqamah dalam beribadah! rasa rindu itu hilang. Puas aku cuba kembalikan rasa rindu itu namun tetap menemui kegagalan. Kelebihan rindu pada Allah tatkala kita beribadah kepadaNya! rasa hidup jiwa ini dan gembira dalam tangisan. Sekarang ni kalau lambat solat jiwa dah gelabah! tapi rindu itu tetap tidak kunjung tiba. Apa dosa aku ya?, aku sendiri pun tidak tahu. Namun tiap sujudku dalam Solat 5 Waktu! aku berdoa agar Allah kembalikan rasa rindu ini kepadaNya. Itulah hajat ku yang terakhir sebelum kembali kepada Pemilik Jiwa ini.



























