Senyuman terluka
Malunya diri apabila ramai rakan sekerja tahu cintaku bertepuk sebelah tangan dengan Milah. Selama ini sangkaan aku Milah menyukai diriku sebab layanannya yang amat mesra, rupa-rupanya aku hanya dipergunakan demi kepentingan peribadi. Milah cuma nak duit aku sebab selama berkenalan banyak kali aku bantu kewangannya sebab dia selalu mengadu tak cukup duit. Aku tolong sebab sukakan dia dan mengharap satu hari nanti ada jodoh dengannya. Tapi sangkaan aku meleset apabila satu hari terserempak Milah dengan tunangannya yang bekerja diluar daerah. Kalau nak dibandingkan paras rupa aku dengan tunangnya! aku lagi Mancho. Tapi kelebihan Tunang Milah ada kerjaya yang hebat dan kaya.
Aku malu dengan kawan-kawan, tapi ramai juga yang bersimpati dengan aku dan amat marah dengan Milah kerana mempermainkan perasaan aku. Milah buat muka tak bersalah dan bersikap seperti biasa macam tak ada apa-apa yang berlaku. Kejam sungguh perasaannya terhadapku yang sedang terluka. Tapi tak apalah! dunia memang macam tu, manusia pilih kekayaan sebab demi masa depan. Aku orang miskin! cuma aku tak ada hutang. Apapun nasi dah jadi bubur! segala kesedihan aku tanggung sorang-sorang.
Perwatakannya yang sopan dan suci telah memperdayakan aku selama ini. Patutlah bila aku tanya dah ada teman istimewa atau tidak! Milah selalu mengelak dari menjawab. Apakah dia tidak takut kifarah Allah yang bakal diterimanya nanti akibat mengecewakan perasaan manusia?. Entahlah.... rasanya dia tak rasa bersalah dengan perbuatannya. Nak mintak balik duit aku tak mungkin! sebab dia tak mintak. Dia cuma mengadu kesusahan diri! aku yang gatal nak tolong, padan muka.
Akhir zaman ni dah tak boleh percaya kebaikan seseorang yang berpura-pura suci. Ini satu pengajaran dan pengalaman yang berharga buat aku pada masa hadapan. Akibat perbuatan Milah! sampai sekarang aku fobia nak menjalinkan hubungan dengan sesiapa sahaja. Betul-betul trauma sebab duit aku bukan sedikit yang habis kat Milah! kalau nak cerita, boleh beli sebijik rumah kos rendah secara tunai. Bayangkan kerugian yang aku hadapi akibat terlalu percaya pada seseorang yang aku sangka dia cintakan aku, nasib-nasib...
Aku berhenti kerja sebab malu pada diri sendiri dan aku berhijrah jauh dari tempat kelahiranku ke Sabah. Di Tawau Sabah aku bekerja di kedai makan sebagai permulaan hidup di tempat baru. Alhamdulillah, orang-orang Sabahan semua baik-baik dan banyak suku serta budaya yang berbeza dapat aku lihat bagi menambah pengalaman. Sedikit sebanyak terlupa kesedihan diri akibat di permainkan perasaan oleh Milah. Berada di rantau orang tanpa sesiapa tidak sedikit pun aku takut sebab niat nak cari rezeki yang halal lagi berkat.
Aku tidak tahu berapa lama akan tinggal di Sabah, tapi kalau boleh biarlah sampai mati sebab aku selesa tinggal di sini. Aku dapat Mak Angkat orang Iban yang baik sekali, dialah yang banyak beri perangsang kepada aku untuk hidup berdikari ditempat orang dengan bersungguh-sungguh agar sentiasa dihormati. Memang itu tujuan aku pun! tapi aku tak tolak akan nasihat sesiapa pun sebab benda tu baik bagi aku. Milah semakin lama semakin hilang dari fikiranku, cuma trauma itu masih tebal dalam diri untuk menerima sesiapa hadir dalam hidupku. /sabah














🥺