Bahagia Akhirnya
Rupanya-rupanya Orang Bunian bila bercakap mengikut bahasa tempat tinggal mereka. Kalau kat Malaysia sudah tentu cakap bahasa Melayu! kalau kat Amerika maka cakap bahasa Inggeris. Begitulah seterusnya bahasa mereka macam kita manusia bercakap mengikut dimana kita dilahirkan. Aku bertemu Orang Bunian yang cantik di Egypt, masa tu aku berjalan menikmati kisah sejarah Bangsa Firaun. Orang Bunian di sana bercakap bahasa Arab Fus'ha yang kebanyakan mereka gunakan untuk berbual. Tapi dialek Orang Bunian ni pekat dalam bahasa Masri Mesir. Aku bukanlah hebat dalam menguasai bahasa Arab! tapi sikit-sikit boleh lah walaupun tersangkak-sangkak macam budak Darjah lima. Aku memang ada kelebihan Mata Kashap ikut keturunan aku dari Yaman. Kat Malaysia dah biasa jumpa Orang Bunian yang cakap bahasa Melayu atau bahasa Indonesia. Banyak juga pengetahuan aku tentang keturunan Makhluk Halus ni, semua itu atas izin Allah jua. Pernah juga jumpa Orang Bunian cakap Thailand sebab datang dari sana berjumpa sanak saudara dari selapis Alam kita di Malaysia.
Pertemuan aku dengan Orang Bunian di Egypt ketika sedang ambil gambar Menara Egypt! masa tu memang tak ada sesiapa kecuali aku dan pemandu Pelancong yang tunggu di kenderaannya. Malam tu bila balik ke Hotel, aku tengok satu persatu Foto yang aku ambil tadi. Dalam banyak-banyak foto! mataku tajam merenung satu gambar di Menara Egypt ada satu wanita berpurdah kat situ. Seingat aku masa ambil gambar memang tak ada sesiapa. Aku rahsiakan perkara ini dan malam itu juga aku pinjam motor staff kat Hotel menuju ke Menara Egypt seorang diri. Aku nak buktikan firasat aku benar bahawa Wanita berpurdah dalam foto aku tu bukan manusia macam aku.
Sampai di sana! cuaca terang di sinari Rembulan yang mengambang penuh beserta bintang-bintang di langit yang berkelipan. Aku tercari-cari manalah tahu dia munculkan diri. Tiba-tiba dia menyapa aku dalam dialek bahasa Mesir purba! boleh faham sikit macam orang Melayu cakap dengan orang Bengkalis! lebih kurang begitulah. Wanita berpurdah itu bertanya; CARI SAYAKAH?. Aku menoleh ke belakang dan menjawab; YA BENAR! NAMA SAYA AHMAD, SIAPA NAMA SAUDARI YANG CANTIK RUPAWAN. usikku memujinya. NAMA SAYA ZULAIKHA WAHAI MANUSIA BUDIMAN. Aku tersenyum dan mengetahui bahawa didepan aku Orang Bunian. Setelah saling kenal mengenal! aku dan Zulaikha berbual-bual macam-macam kisah tentang dunia dia dan dunia aku. Perkahwinan campur antara Manusia dan Orang Bunian telah lama berlaku semenjak zaman Nabi Sulaiman Alaihissalam lagi. Cuma kisah benar ini hanya diketahui oleh orang-orang Alim dari Pondok. Agamawan Duniawi tiada pengetahuan tentang perkara ghaib dan menganggap sebagai kisah penglipurlara.
Aku dibawa ke Alam Bunian dan rupa-rupanya kehidupan mereka tidak jauh beza dengan kehidupan aku di dunia. Yang ketara cuba Bandaraya mereka lebih maju dengan teknologi kereta terbang, motorsikal terbang dan Kapal Terbang mereka lebih laju dari Jet Concord. Manakala Perkampungan mereka ada ciri-ciri gaya tersendiri yang tidak dapat jumpa kat dunia kita. Ada rumah papan dan rumah batu! boleh dikatakan ada sedikit ciri-ciri pembinaan Minangkabau.
Aku di perkenalkan kepada kedua ibubapa Zulaikha, baik sungguh budi bahasa mereka terhadap kehadiran ku sebagai tetamu. Rupa-rupanya Ayah Zulaikha boleh dikatakan Mufti di Alam Bunian. Manakala Ibunya Surirumah-tangga sepenuh masa. Adik beradik Zulaikha hanya tiga orang dan semua perempuan sama cantik dengannya. Yang seorang namanya Fatma dan yang bongsu bernama Khadijah. Aku ditanya terus terang oleh Ayah Zulaikha! adakah sudi mengambil Puterinya sebagai Isteri yang sah. Aku terus malu dan hanya mengangguk setuju. Syaratnya aku kena menetap terus di Egypt agar kami boleh keluar masuk ke Alam masing-masing dengan mudah. Aku bersetuju dan malam itu juga aku dinikahkan oleh Ayah Kandung Zulaikha dengan di saksikan para tetamu yang dijemput dari kenalan yang dekat sahaja.
Nampak gayanya aku kena beli rumah sekitar Mesir agar memudahkan aku untuk bertemu dengan Zulaikha bila berkesempatan. Bukan hari-hari boleh keluar masuk ke Alam Bunian! ada masanya pintu Alam tertutup atas sebab-sebab tertentu. Kini aku dah sah jadi Warga Mesir! dan segala sumber kewangan aku dapat hadiah dari Alam Bunian sebagai tanda Terima Kasih mereka menjadi sebahagian kekeluargaan dua Alam yang berbeza. Aku bahagia hidup bersama Zulaikha! dan aku rebut peluang ini dengan belajar Mengaji Qur'an dari Isteriku yang mahir berzanji. Alhamdulillah, semua ini berkat rezeki dari Allah Azzawajalla, dan kepadaNya aku sujud syukur.
BERSAMBUNG /Egypt












































Jika anda telah selamat bernikah syukur alhamdulillaah tahniah. Sesungguhnya allaah mendengar segala doa Kita. Tapi Kan...orang bunian boleh ke dapat ambil foto dia secara fizikal. Sekadar penulisan atau realiti !!!