PEJAM CELIK SEMINGGU LAGI NAK RAYA! 😍
Hi Lemoners! 😍
Raya bukan sekadar baju baru dan kuih raya Persiapan raya yang baik buat kita sambut hari kemenangan dengan hati tenang dan gembira, Bila kita rancang awal, kita tak stress, tak terburu-buru, dan boleh fokus pada makna sebenar raya iaitu bersyukur dan berkumpul dengan keluarga
Kadang-kadang orang terlalu sibuk cari yang sempurna sampai lupa nikmati prosesnya Jadi tahun ni, cuba buat persiapan secara sederhana tapi teratur supaya raya lebih bermakna
Ni Tips Persiapan Nak Raya yang korang boleh ikut🥰
1. Buat senarai keperluan raya
Tulis apa yang perlu beli seperti baju raya, kuih, barang dapur dan duit raya supaya tak terlupa dan tak terlebih belanja
2. Mulakan persiapan awal
Jangan tunggu seminggu sebelum raya,Beli barang sedikit demi sedikit supaya tak kelam-kabut
3. Simpan duit khas untuk raya
Asingkan sedikit duit setiap minggu untuk elak kewangan tertekan bila hampir raya
4. Kemas rumah awal-awal
Mulakan dengan bahagian kecil setiap hari supaya bila hampir raya rumah sudah siap dan tak penat sangat
5. Jaga kesihatan di akhir Ramadhan
Rehat cukup dan makan seimbang supaya badan bertenaga untuk sambut raya
Raya paling indah bukan sebab persiapan paling mewah, tapi bila hati tenang dan dapat berkumpul dengan orang tersayang
Korang dah buat Persiapan ke?
Apa je lagi yang belum settle? 😅
#RamadanBermakna #IsiJer #GirlsTalk #Lemon8Malaysia #ramadhan







































Betul tu. Setuju @Mochin🌸 Akk pon buat sikit2 je ni mana yg larat jer. Part berkemas buat sikit2 tp rehatnya lg byk dr ngemas🤭😜Susah betul nk kumpul mood rajin tuuu… 😂😂😂