Do you know how much wastes that you generating?
Kitar semula bukan sahaja membantu mengurangkan jumlah sisa yang dibuang ke tapak pelupusan, malah ia turut menjimatkan sumber semula jadi dan tenaga. Saya sendiri mula mempraktikkan pemilahan sisa di rumah, membezakan antara plastik, kertas dan sisa organik. Dengan cara ini, bahan yang boleh dikitar semula tidak terbuang begitu sahaja. Selain itu, kitar semula juga mengurangkan pencemaran dan membantu melindungi hidupan liar. Kadangkala saya turut berkongsi pengalaman di media sosial untuk menggalakkan kawan-kawan saya amalkan kitar semula. Tidak susah pun untuk memulakannya, cuma perlukan sedikit disiplin dan kesedaran sahaja. Jika kita semua mengambil berat dan bertindak lebih bertanggungjawab, kesan positif akan dirasai bukan sahaja oleh kita, malah oleh generasi akan datang. Jadikan kitar semula sebagai rutin harian anda, dan mari bersama-sama menjadi wira untuk bumi kita!











































