20 Makanan 'tak disangka' sebenarnya process food

Berikut senarai 10 makanan yang ramai tak sangka sebenarnya tergolong dalam kategori makanan proses:

1. Roti putih & roti sandwic – Walaupun nampak “biasa”, ia melalui proses penapisan tepung, tambahan gula, garam dan bahan pengawet.

2. Bijirin sarapan (cereal) – Nampak sihat, tapi biasanya ditambah gula, pewarna, dan perisa tiruan.

3. Yogurt berperisa – Bukan semata-mata susu kultur, tetapi ada gula tambahan, pemanis tiruan, dan penstabil.

4. Jus buah dalam kotak/botol – Kurang serat berbanding buah asli, ditambah gula, pengawet dan kadang pewarna.

5. Keju kepingan (processed cheese) – Bukan keju asli sepenuhnya, dicampur emulsi, pewarna, garam dan minyak.

6. Sosej & nugget ayam – Isi daging kisar, lemak, tepung, bahan pengikat, perisa dan pengawet.

7. Mee segera – Mengandungi penambah perisa, garam tinggi, dan minyak terhidrogenasi.

8. Mentega kacang komersial – Banyak mengandungi gula tambahan, minyak sawit terhidrogenasi, dan garam.

9. Sos & kicap dalam botol – Tinggi garam, gula, cuka tiruan dan bahan pengawet.

10. Minuman tenaga atau teh botol – Nampak macam “air minuman biasa”, tapi penuh gula, kafein tambahan, bahan pengawet dan pewarna.

11. Susu pekat manis – Gula tambahan sangat tinggi, lebih kepada pemanis berbanding “susu” sebenar.

12. Roti sosej / roti krim dalam pek – Mengandungi bahan pengawet, inti berperisa tiruan, dan tinggi gula.

13. Minuman kultur dalam botol kecil (contoh: yakult) – Ada bakteria baik, tapi juga tinggi gula tambahan.

14. Kentang goreng segera (frozen fries) – Sudah digoreng separa siap, ditambah garam, minyak, kadang pengawet.

15. Aiskrim komersial – Susu, gula, pewarna, perisa tiruan dan lemak tambahan.

16. Keropok ikan / udang dalam paket – Banyak tepung, perisa tiruan dan MSG.

17. Roti canai sejuk beku – Mengandungi lemak trans, bahan pengawet dan penstabil.

18. Piza segera (frozen pizza) – Doh, keju proses, sos tinggi garam & gula.

19. Sup segera dalam paket/cawan – Tinggi garam, MSG, serbuk perisa & pengawet.

20. Kopi 3-in-1 – Nampak mudah, tapi tinggi gula, krimer (lemak trans), dan perisa tambahan.

➡️ Kesimpulan: Bukan semua makanan proses “tak sihat”, tapi jika terlalu banyak bahan tambahan, gula, garam, dan lemak terhidrogenasi, ia boleh menjejaskan kesihatan dalam jangka panjang.

2025/9/24 Diedit kepada

... Baca lagiMula-mula aku pun konfius, apa sebenarnya maksud makanan proses ni? Rupanya hampir semua makanan yang melalui proses tambahan seperti penapisan, pengawet, penambah perisa, pewarna atau gula/garam berlebihan dikira sebagai makanan diproses. Bukan setakat fast food berminyak saja, tapi banyak juga yang kita anggap ‘sihat’. Contoh macam roti putih dan roti sandwic. Dulu setiap pagi aku sarapan roti dengan jem, rasa macam pilihan sihat. Tapi bila belajar pasal proses makanan, baru tahu tepungnya dah ditapis (hilang banyak serat), lepas tu ditambah gula, garam dan bahan pengawet supaya tahan lama. Sejak tu aku cuba pelan-pelan tukar ke roti gandum penuh dan pastikan baca label, pilih yang senarai bahannya ringkas. Sosej dan nugget pula memang kegemaran ramai, senang goreng untuk anak. Tapi bila tengok sendiri cara proses makanan macam ni, dagingnya biasanya dah dikisar, dicampur lemak, tepung, garam tinggi, MSG, perasa dan pengawet. Jadi kalau boleh, aku jadikan sosej nugget makanan proses ni sebagai ‘once in a while treat’ saja, bukan makanan harian. Kadang aku buat versi homemade guna isi ayam segar, walau tak selembut yang dalam paket, tapi at least kita tahu apa yang kita letak. Ramai juga tanya pasal keburukan makan cheese. Keju asli (contoh cheddar blok, mozarella) sebenarnya boleh jadi sumber kalsium dan protein. Yang jadi isu bila kita terlalu kerap ambil processed cheese slices – yang murah dan mudah cair tu. Dalam ni biasanya ada emulsi, pewarna, garam dan kadang-kadang minyak tambahan. Aku sendiri masih makan keju, tapi cuba hadkan keju proses dan pilih keju yang kurang bahan tambahan, makan dalam kuantiti sederhana. Fast food berminyak seperti ayam goreng, burger dan fries pun termasuk dalam kategori makanan proses. Kentang goreng segera (frozen fries) contohnya, dah digoreng separuh siap dan ditambah garam atau bahan lain sebelum dibekukan. Jadi bila kita goreng sekali lagi di rumah, kandungan minyak dia jadi dua kali ganda. Sekarang kalau teringin, aku cuba hadkan mungkin seminggu sekali saja, dan lebihkan sayur serta air kosong bila makan. Satu habit baru yang banyak bantu aku ialah belajar baca label makanan. Kalau nampak senarai bahan terlalu panjang dan banyak istilah yang kita tak faham (contoh: penstabil, pengemulsi, pewarna, perasa tiruan), itu petanda makanan tersebut sangat diproses. Untuk minuman pula, aku mula kurangkan jus kotak, minuman isotonik dan kopi 3-in-1, dan ganti dengan air kosong, teh O kurang gula atau kopi yang aku sendiri bancuh. Bagi aku, tujuan kenal contoh makanan proses bukan untuk jadi ‘perfect’ dan buang semua terus, tapi supaya kita lebih sedar. Bila tahu proses makanan tu macam mana, kita boleh buat pilihan yang lebih bijak: kurangkan kekerapan, kecilkan portion, dan seimbangkan dengan makanan fresh seperti buah, sayur, protein segar dan air kosong. Perlahan-lahan ubah, lama-lama jadi gaya hidup yang lebih sihat.

Siaran berkaitan

BAHAYA ULTRA PROCESSED FOOD (UPF)
Umi Rachman, S.Gz♡Nutrisionis

Umi Rachman, S.Gz♡Nutrisionis

1 suka

#creatorsearchinsights
coachmomoi | Kurus 21 Hari

coachmomoi | Kurus 21 Hari

1 suka

Pelbagai kuih tradisional Malaysia berwarna-warni seperti kuih talam, kuih lapis, dan kuih bakar disusun dalam bakul anyaman, dengan tajuk 'Senarai Kuih Seram Tapi Sedap!!' dan emoji hantu, menunjukkan tema kuih dengan nama unik.
Gambar pelbagai kuih tradisional Malaysia dalam bakul anyaman, dengan teks menyenaraikan dan menerangkan Kuih Lompat Tikam, Kuih Tahi Itik, Kuih Badak Berendam, dan Kuih Tepung Pelita.
Gambar pelbagai kuih tradisional Malaysia dalam bakul anyaman, dengan teks menyenaraikan dan menerangkan Kuih Puteri Mandi, Kuih Dangai, Kuih Seri Muka, dan Kuih Bengkang.
Tak Sangka, kuih pun ada seramnya!!👻
Assalamualaikum, hi lemon8🍋... Haha 😄 “Kuih seram tapi sedap”?! Ada ke?! Bunyinya macam pelik kan?! Oklah, inilah beberapa senarai “kuih seram tapi sedap” yang memang wujud (dan ada yang namanya pun seram sikit)😅. Korang rasa, kuih apa lagi yang seram?! Cuba korang komen dekat bawah?!
Nur Aryssa

Nur Aryssa

83 suka

Seorang wanita bertudung putih tersenyum sambil memegang mangkuk berisi granola, buah beri dan yogurt. Teks bertulis 'Siapa Sangka? 5 Makanan 'Junk Food' Rahsia Diet!' dengan emoji dan graf.
Seorang wanita bertudung coklat muda duduk termenung di meja dengan secawan minuman. Teks menyatakan 'Rasa susah sebab kena elak semua makanan sedap masa diet? Tenang, saya ada solusi mudah!'
Seorang wanita bertudung putih tersenyum sambil memegang kentang goreng dalam bekas kertas. Teks 'Tips #1 Kentang goreng? Pilih versi bakar dengan minyak zaitun EVOO sikit.'
Korang percaya tak? Makanan ‘junk food’ boleh..
Siapa sangka, pokoknya diet boleh enjoy! Saya percaya, sabar dan usaha mesti balance dengan nikmat. "Rezeki itu usaha dan tawakal." #DietBijak #JunkFoodRahsia #TeknikDietMudah #SihatBersama #tipsandtrick
Wan Qhadija | Tips Lifestyle

Wan Qhadija | Tips Lifestyle

5 suka

Gambar nasi lemak dalam bungkusan plastik dengan teks '5 makanan ini nampak HALAL TAPI rupanya HARAM', menunjukkan topik utama artikel tentang makanan yang disangka halal tetapi sebenarnya tidak.
Gambar marshmallow berbentuk tapak kaki dan gula-gula getah, disertakan teks yang menjelaskan bahawa marshmallow dan gummy bear mungkin mengandungi gelatin babi dan perlu disemak logo halal.
Gambar beberapa hotdog dengan pelbagai topping, bersama teks yang menerangkan bahawa label 'pork-free' pada hotdog atau sosej tidak semestinya menjamin kehalalan kerana proses dan bahan lain.
5 Makanan Ini Ternyata Ramai Tak Tahu!
Heyyo good pepols 🍒 Ingatkan makanan ni halal, la rupanya haram😱😨… ha apa itu? Kadang kita bukan sengaja makan yang haram… kita cuma tak tahu. Tapi bila Allah dah bagi ilmu, itu tanda Dia sayang. Jadi mulai hari ini, kita ambil masa baca label, tengok logo, dan pilih dengan lebih berhati-hat
Aida

Aida

857 suka

Semangkuk nasi putih dengan dua telur mata sapi, sayuran hijau, potongan ayam panggang, dan sambal hitam.
Semangkuk nasi putih dengan udang, brokoli, kembang kol, potongan ayam, dua telur rebus, dan irisan jeruk segar.
Semangkuk nasi putih dengan ikan goreng, sayuran hijau rebus, telur rebus yang dibelah, dan irisan alpukat segar.
Tanpa proses food, junk food, fast food dan sweet
Shella Aprilia

Shella Aprilia

11 suka

PagPag makanan sisa dari Filipina
#faktamakanan #sejarahmakanan
Sejarah Makanan

Sejarah Makanan

10 suka

Sarapan seimbang yang menunjukkan konsep 'makan apa sahaja' untuk kurus, seperti yang dibincangkan dalam artikel. Hidangan ini mengandungi americano ais, keju krim, kentang, timun beku, stik tender chuck, dan telur rebus, dengan jumlah 580kcal dan 58g protein.
Nak makan real Food ke Processed Food untuk kurus?
Both boleh! Kita kena balik kepada konsep mudah. Real food + Defisit = Lemak turun Real Food + Surplus = Lemak naik Processed food + Defisit = Lemak turun Processed Food + Surplus = Lemak Naik Processed food termasuk lah Fast food, pastry, air manis dan segala junk food dan lain lain yang d
Najwa Rashid

Najwa Rashid

7 suka

Seorang wanita berhijab dengan teks '7 makanan pembunuh seri wajah' dan simbol larangan, menunjukkan topik tentang makanan yang merosakkan kulit.
Pelbagai minuman berkarbonat seperti Coca-Cola, Fanta, Sprite, dan Pepsi, dengan keterangan bahawa ia tinggi gula, mempercepat penuaan, dan membuat kulit kusam.
Beberapa cawan kopi dan teh, dengan keterangan bahawa minuman tinggi kafein boleh menyebabkan dehidrasi kulit, kekeringan, dan kedutan.
Makanan pembunuh seri wajah?
Nak muka sentiasa nampak fresh, muda & glowing, cuba jauhkan 7 makanan pembunuh seri wajah ni. Semua ni boleh buat kulit cepat kusam & nampak tua sebelum waktunya and cuba fokus on real food boleh? Korang tahu tak? Tak guna tau skincare mahal kalau makanan harian kita ni ‘membunuh’ kulit d
Cikna

Cikna

1697 suka

Gambar rajah anatomi seekor ayam menunjukkan organ dalaman seperti otak, paru-paru, jantung, hati, dan sistem pencernaan. Ia melabelkan 'Cenongeng ayam' dan 'Cloaca' sebagai tempat najis keluar, menjelaskan perbezaan antara kedua-duanya.
Euu Makan Cenongeng ayam = Makan Tahi ayam 🐓✨
Holaa hello hi 🍋8 peeps. Ada yg makan cenongeng ayam sini? Selalu dimomokan makan tahi ayam ? #LifeBingo Sebenarnya tahi ayam bukan keluar daripda cenongeng tetapi daripada cloaca ! 🐓 Habis tu kenapa bau ayam sangat kuat dekat bahagian cenongeng? 🙈 Sebab cenongeng ayam adalah tempat
R.Wiya

R.Wiya

378 suka

Empat wanita bertudung tersenyum gembira dan bergambar di hadapan mural berwarna-warni, dengan teks 'Tiba2 Terjumpa! Eh! Jiran Rupanya..' di atas.
Kolaj empat gambar menunjukkan empat wanita bertemu. Termasuk gambar kaki mereka, mereka makan bersama di restoran, hidangan makanan di meja, dan dua wanita berswafoto.
Kolaj empat gambar menunjukkan aktiviti empat wanita. Termasuk mereka melihat menu, tangan mereka membuat simbol 'peace', dua wanita berswafoto, dan tiga wanita bergambar di luar bangunan.
Eh ! Rupa-Rupanya Jiran ! ♥️
Dari sekadar berkenalan di media sosial, kini jadi pertemuan di dunia nyata.Terima kasih Lemon8 atas aturan yang tak disangka ini.Paling mengejutkan, rupanya kami jiran yg jaraknya cuma 50 langkah 😛 Moga ukhwah ini kekal hingga bila-bila.Simpan kenangan ni ketat2 ye @Afieqah Jusoh @Cikna @Aien
ixana🧚

ixana🧚

39 suka

Gambar ini menampilkan sepiring gorengan (tempe mendoan) dengan saus dan minuman dingin, disertai teks "3 Makanan Paling Bikin Nyesel!! Stop sebelum perut rusak!" dan logo Lemon8.
Gambar ini menunjukkan sepiring gorengan dan minuman, dengan teks yang mengajak pembaca untuk membatasi 3 tipe makanan pemicu penyesalan demi kesehatan perut dan berat badan, serta instruksi "SWIPE".
Teks pada gambar ini menjelaskan kategori makanan "Terselubung" Gula & Sirup, termasuk minuman manis, sereal, dan saus botolan, serta efek negatifnya seperti sugar rush dan peradangan.
Makanan Bikin Aku Nyesel🚨
​Hi best🍋 back with me Apii🔥 JUJUR! Siapa yang lagi baca postingan ini sambil nyesel karena baru aja habisin seporsi boba/gorengan? 😭 Ngakuuu...!! ​Sini merapat, kita sama-sama belajar. Penyesalan makan junk food itu wajar, tapi jangan dijadiin kebiasaan! Tiga tipe makanan di atas itu memang
Afiieva arrizkya

Afiieva arrizkya

16 suka

Hidangan unik dari Sabah yang terdiri daripada agar-agar laut, mangga muda, hirisan tomato, bawang, dan perasa. Makanan ini disajikan di atas pinggan putih dan dilabel sebagai 'Rare food'.
Rare food makanan Masyarakat di Sabah✨
Agar-agar laut + mangga muda+tomato+bawang+lada+garam+perasa. Makanan unik di sabah Makanan rare org Sabah, sapa boleh relate #RelateTak #seafoodsabah #foodiemalaysia #rarefood
AZLINAH Naser🕊️

AZLINAH Naser🕊️

6 suka

Lihat lagi