for Cactus Plant Care

Untuk menjaga kaktus,

1. Kaktus memerlukan cahaya matahari yang terang (6+ jam). Tetapi bukanlah bererti kena cahaya matahari terik yg langsung ya.

2. Gunakan tanah & pasu yang bersaliran baik. Tanah mestilah betul-betul poros supaya air tidak bertakung semasa penyiraman.

3. Siram bila perlu, pastikan tanah kering sepenuhnya di antara penyiraman untuk mengelakkan reput akar.

4. Beri baja kaktus 3 ke 6 bulan sekali sahaja, simpan dalam keadaan panas dan kering (15-30°C). Boleh juga memasukkan baja semasa repoting.

5. Sentiasa pakai sarung tangan semasa mengendalikan kaktus yang berduri tajam.

2025/12/17 Diedit kepada

... Baca lagiSejujurnya, masa mula-mula kumpul kaktus dulu, saya pun banyak buat silap – especially bab pilih pasu dan cara siram. Lepas cuba macam-macam, barulah faham apa yang kaktus dan sukulen sebenarnya perlukan. Pertama sekali, pasu. Untuk cactus dan sukulen, saya sangat sarankan guna pasu yang ada lubang di bawah. Saya suka pasu seramik atau tanah liat berbanding plastik, sebab ia lebih "bernafas" dan air cepat kering. Pasu kecil pun dah cukup, asalkan muat akar dan ada ruang sikit untuk membesar. Kalau nak nampak cantik di rak, boleh pilih warna pasu hijau gelap, putih atau pastel – kaktus memang nampak menyerlah dalam pasu simple macam ni. Bab tanah pun penting. Jangan guna tanah garden biasa yang padat. Saya biasa campur tanah kaktus siap beli dengan sedikit pasir sungai dan batu kerikil kecil supaya lebih poros. Konsepnya: air kena cepat turun, jangan terperangkap. Bila siram, saya akan pastikan air mengalir keluar dari lubang pasu, kemudian biar tanah kering betul-betul sebelum siram balik. Untuk cara merawat kaktus sukulen, saya perasan sukulen daun tebal (contoh echeveria) perlukan cahaya terang tapi tak suka panas terik tengah hari yang terlalu lama, sama macam kebanyakan cactus. Kalau letak di tepi tingkap, cuba perhatikan: kalau warna daun jadi pucat dan memanjang ke arah cahaya, itu tanda tak cukup matahari. Kalau daun jadi kehitaman atau terbakar, itu pula tanda cahaya terlalu kuat. Tentang jenis cactus, saya memang suka kumpul kaktus unik – ada yang berbulu putih lembut, ada yang bentuk macam otak, ada juga kaktus kecil tak berduri yang lebih mesra kanak-kanak. Kaktus berbulu dan kaktus tak berduri ni biasanya jadi pilihan kalau nak hias atas meja kerja atau sudut ruang tamu. Walaupun nampak comel dan lembut, saya tetap akan pakai sarung tangan nipis bila repotting, sebab ada sesetengah duri halus yang susah nampak. Kalau anda suka dekor tanpa pasu besar, boleh cuba susun beberapa kaktus mini dalam bekas panjang, letak lapisan batu kerikil merah-coklat di atas permukaan tanah – nampak macam mini garden. Ada juga yang suka letak kaktus seolah-olah "tanpa pasu" dengan menyorokkan pasu plastik kecil dalam bekas hiasan yang lebih besar. Akhir sekali, jangan risau kalau kaktus anda lambat membesar. Kaktus memang jenis slow, tapi bila cukup cahaya, siraman terkawal dan baja 3–6 bulan sekali, anda akan nampak lebih banyak duri baru dan kadang-kadang keluar bunga kecil warna putih, kuning atau merah jambu. Itu tanda penjagaan cactus anda dah on track.

Siaran berkaitan

so cute cactus
jangan lupa follow #kawatbulu #cactuslover #DIY #craft
Dolanan Qu

Dolanan Qu

12 suka

Not every plant needs to be rare to be memorable 🌱
Among dozens of Sansevierias I recently repotted, this was one of the specimens I chose to keep aside. Beyond its upright growth and balanced shape, one leaf carries an unusual double gold striation running along the center — a subtle feature that most people would miss, but one that gives this
Curated Sanse

Curated Sanse

11 suka

Sebuah pasu berisi pelbagai tumbuhan hijau dan bunga merah jambu kecil, dengan teks tentang tekanan penjagaan tumbuhan.
Sebuah batas taman dengan tumbuhan kecil, menunjukkan nasihat penyiraman Google berbanding cuaca Malaysia yang panas dan lembap.
Balkoni yang dipenuhi pelbagai tumbuhan pasu di rak, dengan teks tentang tumbuhan yang mati walaupun dijaga sempurna.
Plant Care for Malaysian??🌱
I just wanted 1 aesthetic plant… Now I have trauma 😭🌱 Google: “water weekly” BRO WEEKLY WHERE?? 😭 Then I realised most plant advice is for overseas weather, not Malaysia ☀️💦 So I made Tanam Je 🌱 A simple plant guide that actually fits our climate Still early with 150+ plants, more comi
syarifahhaniera

syarifahhaniera

36 suka

Begonia care tips ☝🏻
Bought one Begonia Maculata... Now I'm accidentally running a begonia daycare. 😂🌿 Every one of these babies came from a single mother plant, and honestly, this is the kind of multiplication I support. Look at those angel-wing leaves and polka dots. How was I supposed to stop at one?
BAJA OPPA

BAJA OPPA

6 suka

want to plant banana
This video shows the desire and effort to start planting bananas for a better future. It highlights farming activities, hope, and the process of growing banana plants with care. A simple and inspiring moment for anyone who loves gardening and agriculture
breakfast

breakfast

1 suka

Tumbuhan udara comel digantung dalam bakul rotan dengan hiasan burung berwarna-warni, diiringi tumbuhan menjalar hijau.
Tumbuhan udara digantung dalam pasu berbentuk monyet kuning yang comel, dengan tumbuhan menjalar hijau di bawahnya.
Tumbuhan udara jenis Spanish moss dan spiky dihiasi dengan patung burung berwarna-warni yang ceria.
AIR PLANT COMEL
Tak ada ruang ? Takpe Air plant comel ni boleh hidup tanpa tanah 😍 Sesuai sangat untuk yang suka ruang hijau tapi tak rajin sangat jaga pokok 🦜 #CheapButGood #plantcare #Lemon8Malaysia #nurseryinspiration
Ji Shun Nursery & Landscape

Ji Shun Nursery & Landscape

1 suka

Best Christmas Gift 🎁🌲☃️
🕙 10.30am-10.30pm 🗓️ 18-21/12 📍 1F Sutera Mall Ever wonder where to get best Christmas gift without sending the same idea with others? here's carnivorous plant tissue culture! We also have cactus with us! suitable for lazy people and you DO NOT NEED TO TAKE CARE 😘 avoid from sunli
Ugenized

Ugenized

2 suka

unboxing cactus gymno & astro ✨
#cactuslover #penjual #plantlover #outdoorplant #succulentmalaysia
fizashim

fizashim

0 suka

SUNDAY HAIR CARE ROUTINE 🌺🌿✨
Today’s DIY hair mask: Hibiscus + Fenugreek + Indigo plant Blended into a smooth paste and applied from roots to ends. Left it on for a while and rinsed — hair feels soft, refreshed, and naturally nourished 💚 Sometimes the best care is going back to simple, natural ingredients. #HairCa
Mitchelle

Mitchelle

9 suka

CACTUS & SNAKE PLANT POT 🌵🐍
Mini Flower Pot — 2 new item 🌵 Cactus Pot 🐍 Snak Plant Pot Ada yang berminat design macam ni dengan harga below RM10? Meh cepat² DM Najjua untuk tempahan 😉 READY STOCK ada 3 units sahaja each 😁 Siapa cepat dia dapat 😆 #pipecleaner #crafts #cactus #plant #creatorsearchinsights
NajuArt Services

NajuArt Services

1 suka

EPIPHYLLUM CACTUS BONSAI 🌵
DIY Bricks Bonsai Epiphyllum Cactus | Buildable Plant Model Kit for Home Decor #contentcreator #fyp #bonsai #bricks #creatorsearchinsights
NajuArt Services

NajuArt Services

1 suka

Lihat lagi