Tuduhan yang mecalar maruahku
Kemana aku berhijrah, orang sibuk tanya aku kenapa tak kahwin. Dan di mana jua aku berada, terjumpa manusia yang menuduh aku Gay secara terang-terangan tanpa rasa berdosa. Membujang bukan pilihanku, tapi keadaan yang memaksa aku hidup bersendirian. Aku dah banyak kali di kecewakan, dari wanita yang menutup aurat dan Solat sampaikan yang seksi dan sosial! telah menghancurkan hidup aku. Dah tak ada apa lagi yang tinggal, jiwa dah terbunuh! masa muda ku dah berlalu...dan sumber kewanganku semakin menipis. Dalam proses suai kenal sebagai lelaki gentleman, aku yang belanja perempuan. Apatah lagi kalau ianya Kekasih Istimewa, sudah tentu tanggung-jawabku menunaikan kehendaknya. Walau banyak kali gagal! tak pernah membenci wanita. Sebab jodoh pertemuan urusan Allah. Ada perempuan yang baik di khianati lelaki yang zalim. Ada lelaki yang penyayang tapi mendapat wanita yang curang. Masing-masing telah tertulis suratan hidup sejak azali lagi, kita hanya mengikut Qada' dan Qadar-Nya. Setelah melepasi ujian kekecewaan yang hampir mencalarkan keimananku, sudah tiba masanya aku menyayangi diri sendiri. Kembali kepada Allah dengan penuh keinsafan memperbaiki amal ibadat yang terabai gara-gara sibuk dengan alam percintaan yang tidak menjanjikan kebahagiaan yang sejati. Aku dah tak sanggup menanggung kecewa lagi, cukuplah dengan apa yang dah berlaku! biarkan berlalu. Walaupun kenangan yang perit terus bertakhta dalam ingatanku. Aku sedih bila di tuduh Gay! sedangkan orang yang silih bertukar perempuan tidak di hina. Tapi aku di caci dengan kata-kata mati pucuk lah, memilih sangat, hidup susah ada hati nak anak dara orang dan berbagai tohmahan yang terpaksa aku pendam. Kini aku dah lali dengan berbagai sangkaan mereka terhadapku. Mungkin kerana faktor usia aku semakin matang menangani segala permasalahan. Kini aku hanya fikir fokus pada kerjaya, beribadah kepada Allah, menabung untuk hari tua dan menjaga kesihatanku dengan tidur yang cukup dan teratur. Kalau di takdirkan ada jodoh! pilihanku wanita yang mandul, perempuan yang telah hancur hatinya seperti aku, janda yang menjadi mangsa keganasan rumahtangga. Wanita-wanita seperti ini pada pendapatku yang bodoh! kemungkinan besar mereka akan menyayangiku kerana menerima diri mereka seadanya. Bukankah menjalinkan hubungan kasih sayang perlu saling memahami dan bertolak ansur. Orang yang terkecewa hanya perlukan seseorang untuk menumpang kasih sayang untuk hidup tenang di samping pasangan yang tahu menghargai. Selagi aku masih solo, hak aku untuk terus mencintai bekas kekasihku Hadz... walau dia sudah berkahwin. Jika sudah ada pengganti, sudah tentu yang hadir di hargai dengan penuh kasih sayang kerana Allah. Pesan Arwah Ibuku meninggalkan wasiat, jangan permainkan perasaan wanita. Biar orang buat kita! jangan kita buat orang. Jangan balas perbuatan jahat.






















































