Sokonglah Pelancongan Malaysia siri 1
Pengalaman telah Melancong Seluruh Semenanjung Malaysia kecuali Sabah dan Sarawak, semua tempat hebat dan menarik. Cuma Melaka segalanya bermula di sini, sebab itu di gelar Melaka Bandaraya Bersejarah. Tanpa Melaka! tak wujud Malaysia. Dalam erti kata lain, kalau wujud pun Sejarahnya tidak sama dan mungkin nama pun lain. Melaka ada 17 Muzium di bawah PERZIM. Banyaknya Muzium kerana terlalu banyak kisah-kisah sejarah dan penemuan Artifak di seluruh Negeri Melaka sehingga ke Pulau Besar. Sebab itu cuba di jajah oleh Portugis, Belanda, British dan Jepun. Mesjid tertua di Melaka pada asalnya di Peringgit, tetapi hanya tinggal kenangan kerana hanya tinggal tapak kesan sejarah sahaja. Namun Mesjid Kampung Hulu telah di iktiraf sebagai Mesjid yang tertua dengan ilmu, sekaligus Mesjid tertua yang kukuh dengan keaslian pembinaannya sehingga kini. Pada Era Kegemilangan Kerajaan Kesultanan Melayu Melaka, seluruh Ulama dari berbagai Dunia akan berkumpul di Mesjid Kampung Hulu terlebih dahulu sebelum berangkat ke Pulau Besar untuk hal ehwal Keagamaan seperti bermuzakarah, bertukar pandangan dan untuk mendapatkan tauliah bagi mengajar Agama Islam. Kalau melancong ke Melaka memang tak lengkap kalau tidak melawat Mesjid Kampung Hulu. Ada berita baik! pada sesiapa yang ada penyakit misteri seperti kena sihir, boleh minta bantuan Imam Mesjid Kampung Hulu iaitu Ustaz Zawawi untuk Shifa kan penyakit anda. Perubatan menggunakan ayat-ayat suci Al-Quran di lakukan dalam Mesjid ini sebaik selesai Solat Berjemaah. Biasanya Ustaz Zawawi ada kelapangan untuk tujuan perubatan Shifa selepas Subuh, Zohor dan Asar. Aku pernah berubat Shifa dengan Ustaz Zawawi setelah gagal sembuh di tempat lain yang juga Perubatan Shifa. Atas kehendak Allah dan asbabnya, sembuh segala penyakit sihir dengan izin Allah jua. Segala Puji-pujian hanya untuk Allah yang Maha Penyembuh. Bayaran seikhlas hati dan bawalah sebotol mineral untuk di bacakan Shifa. Dan jangan lupa untuk melawat juga Mesjid Kampung Kling tak jauh dari Mesjid Kampung Hulu dengan berjalan kaki tak sampai 15 minit di Jonker Walk ( China Town ). Kalau setiap Jumaat, Sabtu dan Ahad, jalan tempat ini ditutup pada petang hari hingga Tengah Malam ada Pasar Panjang yang menjual pelbagai jenis kraftangan, cenderahati, pakaian dan makanan yang halal untuk Para Pelancong menikmati keindahan di sini. Hotel di Melaka semua murah mengikut kemampuan masing-masing, Hotel Budjet paling murah hanya RM 50 boleh menginap di Boa Shu Hotel Jalan Bunga Raya Melaka. Aku kalau ke Melaka mesti tidur kat Hotel Budjet ni yang bertaraf 3 Bintang. Dari Hotel Budjet ni nak kemana-mana jalan kaki sangat dekat. Boleh ke Mesjid Kampung Hulu melalui Jambatan Kampung Jawa. Dari Hotel ini juga dengan berjalan kaki melalui Indian Town lalu ke Bangunan Belanda bersebelahan Jongker Walk. Kalau terus lagi dah sampai A' Farmosa sederet Muzium-muzium yang ada 17 semuanya. Sokong Pelancongan Melaka bererti Sokong Pelancongan Malaysia. Bersambung...
































Batu permata ni semua beli di Melaka tahun 1997