Sokonglah Pelancongan Malaysia siri 2
Jika Melaka Segalanya Bermula Di sini, dan di gelar Melaka Bandaraya Bersejarah. Tapi di Perlis di gelar Perlis Negeri Sunnah kerana kerap kali mengadakan Perkampungan Sunnah yang di hadiri dari berbagai Negara Luar dari Kalangan Para Ulama satu Dunia. Kehebatan Perlis bukan hanya mengamalkan Hadis-hadis Sahih! dan hanya mengutamakan Syariat Rasulullah Sallallahu Alaihi Wasallam, akan tetapi Keindahan Alam Semula Jadi sangat sesuai untuk Para Pelancong menikmati keaslian Ciptaan Allah. Lepas Isyak seluruh Bandar Perlis tenang dan tidak sesibuk Bandar Besar seperti Kuala Lumpur, Melaka dan Johor Bahru. Jangan lupa Solat Berjemaah di Mesjid Alwi betul-betul tengah Bandar Perlis. Mall tak canggih dan tiada Panggung Wayang. Ia sesuai buat Pelancongan yang inginkan ketenangan dan keasyikan suasana Kampung, Bukit Bukau dan Permandangan Hijau yang asli. Aku dah pergi 2 kali, dan kalau nak puas menikmati tempat-tempat yang menarik! sebaiknya tinggal di sini sekurang-kurangnya 2 minggu. Hotel murah pun ada, makanan kat sini murah gila dan sedap. Penduduknya ramah tamah serta bersebelahan dengan Thailand. Dari Bandar Perlis nak ke Pekan Rabu Kedah tak sampai sejam, kalau tak jem. Nak masuk Thailand ke Hadyai pun hanya sejam lebih sikit. Nak ke Pulau Pinang naik Feri pun ada, pergi bawa badan saya atau bawa kenderaan seperti kereta dan motorsikal pun boleh. Pendek kata Perlis Negeri yang paling hujung di Utara Malaysia. Walaupun kuat dengan Keagamaan tapi bukan bermakna macam Negara Taliban. Kat sini perempuan tak bertudung pun ramai, ini bermakna masing-masing ada pilihan hati sendiri sama ada nak Tutup aurat ataupun tidak. Yang penting teguran mendidik telah di sampaikan. Kat sini McDonald's, KFC, PizzaHut dan lain-lainnya sentiasa di penuhi pelanggan dari penduduk sana atau Para Pelancong yang datang. Bagi aku dalam banyak-banyak Negeri Pelancongan di Malaysia! Aku bagi 5 Bintang kat Perlis dan Melaka sebagai Pusat Pelancongan yang terbaik dengan keistimewaan tersendiri. Jom sokong Pelancongan Malaysia sebelum melancong ke luar Negara.







































Aku melancong ke Seluruh Semenanjung Malaysia hanya dengan bermotorsikal secara solo sampai rosak blok masa tiba di Pulau Pinang awal Tahun ni 2026. Malang sungguh 🥺