BUKAN BELAS SIMPATI
Pergi mampus dengan dia orang! peduli apa aku, ini hidup aku...bukan hidup dia orang. Tiba-tiba Anisah naik angin apabila dirinya tak habis-habis orang asyik mengata. Aku nak jadi lesbian pun hak aku! tak kacau hidup dia orang pun. Macam hanat perangai manusia kat sini. Sham hanya diam membisu tiap kali kalau Anisah membebel. Walaupun Tomboy tapi Shamsiah atau Sham jiwanya lebih sensitif. Ini kerana Anisah sudah dua kali hidup menderita bersama dua orang bekas suaminya yang malas bekerja dan panas baran. Anisah sering kena pukul tiap-tiap kali tak dapat bagi duit pada suaminya yang perangai macam puaka. Suami kedua lagi teruk pernah terajang muka Anisah hingga pecah gegendang telinga. Itu sebab Anisah tekad tidak akan kahwin lagi dan tak percaya pada semua lelaki. Pertemuan Anisah dengan Sham secara tidak sengaja di stesyen Bas mendorongnya ajak Tomboy tersebut tinggal dengannya. Sham baru putus kasih dengan kaum sejenisnya yang hendak berumahtangga dengan pilihan keluarga. Sham belum pernah kecewa sebelum ini merasakan dunia telah gelap gelita buatnya. Anisah lebih tua dari Sham, dan naluri seorang kakak yang membuat keputusan untuk menyelamatkan jiwa Sham. Tapi orang luar tidak tahu bahkan memfitnah Anisah yang bukan-bukan. Sham semakin hari semakin tenang hidup bersama Anisah yang di anggap sebagai kakak. Mereka telah berkenalan hampir dua tahun lamanya dan sering berpindah randah dari satu negeri ke satu negeri yang lain. Pernah tidur bawah jambatan bersama gelandangan yang lain. Pernah tidur di dapur buat sementara waktu sebab tiada sumber kewangan untuk menyewa bilik. Namun berkat kesabaran keduanya, dapat juga sebuah bilik sewa yang sekaligus mengubah kehidupan mereka menjadi lebih baik. Tapi duduk tinggal di kawasan perkampungan Melayu sering menjadi bahan kutukan, tak seperti tinggal dengan lain-lain Bangsa yang tidak pernah buruk sangka terhadap mereka berdua. Tiap kali tinggal di perumahan orang Melayu pasti hidupnya tertekan. Dan sebab itulah Anisah dan Sham mengalah dan membawa diri ke tempat baru untuk mencari keserasian hidup dengan aman. Kini Anisah dan Sham telah berjaya mulakan perniagaan kecil-kecilan di Warung dengan menjual berbagai jenis burger. Dari situ perniagaan mereka berdua di naik taraf dengan buka kedai makan jual masakan panas. Anisah pandai memasak semua jenis masakan panas, manakala Sham mahir dalam membuat Roti Canai dan Roti Jala lauk Asam Pedas Tetel serta Kari Kambing resepinya tersendiri. Anisah tak pernah menagih simpati pada sesiapa selama hidup mereka pernah berada di titik terendah dahulu. Apa yang di kongsikan Anisah sebagai kenangan masa lampau dan Bukan Belas Simpati yang di inginkan.








