ADA MAKHLUK SELAIN MALAIKAT, JIN DAN MANUSIA ?
Tiba-tiba teringat nak ceritakan kisah aku dan rakan-rakan yang pernah melihat Piring Terbang @ UFO dengan mata kepala mereka sendiri. Seorang Wartawan Cina berkongsi pengalamannya mengambil gambar UFO di Kuala Lumpur pada tahun 70an. Seorang Lelaki Melayu mendakwa bahawa Piring Terbang mendarat depan rumahnya di kampung yang pendalaman. Makhluk Asing tersebut semua macam orang kerdil yang mirip seperti manusia dengan memakai Serban yang tebal berwarna putih seperti Al-Arqam. Dalam perbualan dan soal jawab antara mereka, kata sahabatku bahawa Makhluk Asing itu mengatakan bahawa mereka bukan Bangsa Malaikat, Jin atau Manusia. Aku seorang pendengar setia namun tidak mahu berbalah, apatah lagi mahu memalukan Sahabatku. Setahu aku Makhluk Asing yang di gelar oleh Mat Salleh adalah Bangsa Jin. Dan mana mungkin tiba-tiba satu lagi Makhluk Asing yang mengaku mereka bukan Bangsa Malaikat, Jin dan Manusia?. Jadi persoalannya, mereka Bangsa apa?. Dan kenapa tidak berterus terang dengan status mereka. Sebab secara logik akal kalau dah naik pesawat UFO! sudah tentulah mereka berbangsa Jin, cuma mereka Islam itu sahaja. Kecuali mereka tergolong Jin Putih iaitu perkahwinan campur antara Manusia dan Jin. Tapi hakikatnya pengalaman aku bergaul dengan Paranormal, Bangsa Jin Putih yang di gelar Orang Bunyian @ Orang Bunian mirip seperti Manusia biasa. Ada yang tinggi dan ada yang rendah! ada yang cantik dan ada yang kurang menarik. Bahkan mereka juga menganuti berbagai Agama selain daripada Islam. Mana mungkin ada Makhluk lain selain dari Malaikat, Jin dan Manusia yang aku pelajari dari sumber Al-Quran dan Hadis Sahih tentang kejadian Makhluk. Tak mungkin lebih dari 3... itu kenyataan dari kefahaman aku. Kecualilah kalau dia maksudkan ( Makhluk Asing jenerasi baru ) datang dari perkahwinan campur antara Jin dan Monyet barangkali. Sebab itu dia ( Makhluk Asing ) mengatakan bukan berbangsa Malaikat, Jin dan Manusia, sebab rasa rendah diri atau malu mengakui jenis mereka. Pengkajian aku yang lepas tentang Makhluk Asing memang berbangsa Jin sebab mereka cuba nak menjajah Manusia satu masa nanti. Bangsa Jin terkenal dengan sifat dendam dengan Adam Alaihissalam sebab kerana Bangsa Manusia inilah yang menyebabkan mereka ( Bangsa Jin ) di ghaibkan selapis Alam. Padahal sebelum kejadian Adam Alaihissalam, mereka lebih dahulu tinggal di Muka Bumi ini. Untuk menzahirkan diri semula maka mereka bereksperimen dengan berbagai jenis haiwan dimana air mani haiwan tersebut di satukan dengan air mati mereka ( Bangsa Jin ) agar dapat menzahirkan diri. Tapi eksperimen tu gagal hingga membentuk berbagai jenis Makhluk Asing yang hodoh dan menakutkan. Tapi mereka cuba pula menculik Manusia dan mengambil air mani manusia di cantum dengan air mani mereka dan akhirnya berjaya mewujudkan diri seperti Manusia, cuma mereka ada kelebihan yang tidak ada pada Bangsa Manusia seorang lagak ahli magik. Mereka boleh bergerak pantas, mereka boleh terbang, mereka mampu membengkokkan besi, boleh menggerakkan objek hanya dengan telepati dan sebagainya. Unsur kejadian Bangsa Jin dan Manusia hampir sama iaitu mengandungi unsur Air, Api, Angin dan Tanah. Cuma kita Allah jadikan sebaik-baik kejadian Makhluk yang semua unsur yang 4 tadi sama berat. Tidak seperti Bangsa Jin yang Airnya melebihi jisim tanah, Apinya melebihi jisim Angin yang menyebabkan mereka tidak berbayang bila terkena pancaran Matahari atau Lampu. Hanya kita Bangsa Manusia yang ada bayang bila terkena cahaya. Itu sebab mereka berdendam dengan Bangsa Manusia sehingga ke hari ini. Barangkali boleh di percayai bahawa dakwaan Makhluk Asing jenerasi baru tu kemungkinan besar dari persenyawaan antara Jin dan Monyet hingga mewujudkan mereka atas ekperimen yang gagal dahulu. Walau apapun rancangan mereka untuk menjajah Manusia dan berjaya mengklon kan diri mereka persis Bangsa Manusia! tapi pada akhirnya mereka sendiri berbalah sesama sendiri sebab kebanyakan dari penyamaran mereka hidup bersama manusia, mereka mendapati sifat manusia ini tinggi dengan perikemanusiaan. Penuh kasih sayang di mana sifat sebegini tidak ada pada Bangsa Jin. Kalau adapun sifat kasihan mereka pada Manusia tapi mengawal dan mengongkong seolah-olah mereka memiliki diri manusia. Mereka suka memerintah dan mengawal manusia ikut kehendak mereka ( Bangsa Jin ). Akhir kata! tidak mungkin ada Makhluk lain selain dari Ketiga Bangsa yang Allah ciptakan iaitu Malaikat, Jin dan Manusia. Cuba berlaku perlanggaran hukum Alam iaitu Nabi Sulaiman Alaihissalam ( Manusia ) berkahwin dengan Puteri Balqis ( Jin ) hingga lahir keturunan Jin Putih yang Bangsa Manusia gelarkan mereka Bunian. Agamawan juga berbalah tentang sah atau tidak perkahwinan campur antara Manusia dan Jin. Sebab perkahwinan campur tadi jika keturunan mereka lahir ke dunia di panggil Manusia. Kalau lahir di Alam Jin tetap di panggil Bangsa Jin, ini fakta. Seperti yang aku jelaskan tadi Bangsa Jin dan Manusia mempunyai 4 unsur iaitu Air, Api Angin dan Tanah! cuma keberatan jisim mereka tidak stabil seperti Manusia. Fikir-fikirkanlah...

























































Sejak Tahun 70an lagi sehingga kini tidak kurang puluhan ribu manusia di Semenanjung Malaysia telah melihat objek Piring Terbang atau UFO. Cuma seperti kebanyakan Negara Luar, Kerajaan akan menafikan perkara tersebut.