Takut
Orang jahat dan orang baik pasti ada perasaan takut! cuma masa yang akan menentukan. Orang jahat! apa bila menganiayai orang dengan fitnah, lambat laun akan terbongkar kebenaran dan ketika itulah mereka akan diselubungi ketakutan yang amat sangat. Kecuali mereka sudah biasa mengikut telunjuk Iblis dan Syaitan maka berani mereka hanya didunia sahaja. Sebaik masuk ke liang lahad maka ketika itu sudah terlambat untuk menyesali segala dosa-dosa. Azab kubur itu benar! seksa Neraka itu benar, dan berdosa pada sesama manusia tidak mampu masuk syurga selagi mereka yang teraniaya tidak memaafkan. Maka selama-lamanya kekal di dalam Neraka sehingga semua amal kebaikan habis di agih-agihkan kepada mereka yang dianiaya.
Orang baik apabila menerima fitnah! juga takut, tapi ketakutan mereka bukan terletak pada ancaman manusia... tapi lebih kepada takut akan diri sendiri jika terlupa diri akibat provokasi yang berulang-ulang kali. Bimbang bila lupa diri macam-macam boleh berlaku! yang pastinya kepada mereka yang gemar menganiaya orang akan mendapat balasan dari yang teraniaya dengan teruk. Kita sering terbaca di dada-dada akhbar tentang orang baik yang tiba-tiba mengganas! sebab dirinya tidak mendapat pembelaan yang jujur dan adil dari hukum undang-undang buatan manusia. Bahkan para Ustaz akhir zaman juga tidak berlaku adil apabila puak-puaknya membela rakan mereka tanpa usul periksa. Maka jawablah kat Akhirat nanti betapa kalian akan menyesal yang tidak mampu menebus kesalahan orang yang dikhianati.
Pendek kata! orang baik dan jahat pasti merasa takut, bezanya ketakutan itu mengikut kesesuaian dengan kejahatan yang mereka lakukan atau terpaksa membela diri dari terus dipijak-pijak. Maka jangan pandang rendah pada mereka yang baik dan diam! nanti menyesal tak sudah bila kesabaran seseorang telah hilang. Fikir-fikirkanlah.../Muar
































👍