BOMOH KELENTONG BAHAGIAN 2
Antara barang yang diminta oleh Bomoh yang ada pendamping Jin Islam yang Munafik atau Jin Kafir selain asap kemenyan ialah Telur, Ayam Hitam, Pulut Kuning dan Darah haiwan atau darah haid wanita. Dan kesemua permintaan itu berbeda mengikut tujuan masing-masing. Tapi akhir zaman ni Bomoh dah upgrade penampilan berkopiah dan berjubah serta Berserban. Hanya Ustaz yang benar gunakan ayat suci Al-Quran sahaja untuk perubatan Shifa.
Berjumpa dengan Bomoh! dia akan bagi tahu siapa yang buat dan kebanyakannya satu penipuan sebab dia sendiri yang hantar dan dia juga yang sembuhkan agar pesakit berulang kali datang untuk berubat. Ini jenis Bomoh cari duit dan musuh dalam selimut. Biarlah berubat cara Shifa walaupun lambat sembuh daripada gunakan khidmat Bomoh yang mendatangkan kemurkaan Allah sebab syirik padaNya. Lagipun pakai Khidmat Bomoh bayarannya mahal dan begitulah tujuan mereka untuk mendapatkan keuntungan. Manakala berubat cara Shifa bayarannya seikhlas hati mengikut kemampuan diri.
Mari kita ubah cara hidup jahiliyyah yang sudah ketinggalan zaman, kembali kepada Allah dengan jalan yang lurus lagi benar disisiNya. Malangnya Agama Islam ikut-ikutan terus menerus mewarisi kebodohan nenek moyang mereka. Aku tahu semua ini hasil dari penyaksian mata akibat bergaul dengan berbagai orang yang berlatar belakang nampak baik dan Alim, tapi ternyata sesat lagi menyesatkan. Dulu aku ingat ini termasuk ajaran Islam sebab masa kecil kurang didikan Agama. Sebagai anak jati Negeri Melaka yang bersejarah, di Pantai Kundur dahulu ada puja pantai dengan mengapungkan dulang yang berisi Pulut Kuning, Ayam yang telah dimasak dan macam-macam lagi hidangan buat Penunggu Laut kononnya untuk keselamatan dan perlindungan kaum nelayan. Bukan itu sahaja, ada diraikan pesta hiburan seperti wayang kulit, kuda kepang dan lain-lain lagi yang aku dah tak berapa ingat. Di Mesjid para Ustad bergelar Imam kalau berubat diberikan kemenyan hitam yang telah diserapah jampi dengan bercampur aduk ayat-ayat suci Al-Quran. Kemudian digalakkan bertawassul di Makam Para Wali minta berkat! padahal itu semua Kesyirikan yang nyata.
Antara khidmat Bomoh yang pernah aku lihat hasil pergaulan dengan kaki syirik seperti minta jodoh, pisahkan pasangan, balas balik kejahatan dengan kejahatan, pasang susuk, kebal, tangkal pendinding dan berbagai hajat lagi akan ditunaikan mengikut permintaan pelanggan. Bahkan Ahli Politik juga ada menggunakan khidmat Bomoh bagi tujuan disukai ramai orang dan pelindung diri dari Bodyguard Bangsa Jin Islam Munafiq. Pendek kata setiap hajat akan tertunai tapi dengan Pertolongan Jin-jin yang ada, tapi mulut manis Para Bomoh mengatakan kita hanya berusaha dan selebihnya dengan Izin Allah jua. Itulah sifat derhaka Para Bomoh dengan menjual nama Allah bagi tujuan keuntungan duniawi.
Sejak kecil aku bergaul dengan berbagai Bangsa seperti Cina, India, Portugis dan lain-lain lagi. Maka aku melihat perarakan Portugis dengan membawa cahaya lilin untuk membesarkan Jesus. Aku lihat perarakan lori membawa berbagai patung dewa dan perarakan membesarkan dewa Quan Yi Ma dan macam-macam dewa lagi. Aku lihat perarakan India Hindu bagi membesarkan Dewa Murugan dan Dewa-dewa lain bagi tujuan pemujaan. Dan kini semua unsur-unsur perarakan menjadi sebahagian hidup orang Islam seperti Perarakan Maulud Nabi atas hasil usaha pengemar Bidaah yang penting baik kata mereka. Bahkan Guru Pondok melarang kita memuja Nabi seperti pemuja Agama Keristian terhadap Nabi Isa. Yang sebenarnya didikan Para Nabi dan Rasul terdahulu mengajar Umat Masing-masing untuk ikut akhlak yang benar dijalan yang lurus. Tapi kebanyakan manusia hanya mengikuti ajaran Nenek Moyang terdahulu tanpa menyelidik terlebih dahulu sama ada benar atau tidak disisi Allah Subhanahu Wata'ala.
Istilah yang penting baik itu datang dari Penunggang Agama untuk menyesatkan orang awam yang buta hati dan miskin akidah Ketauhidan mereka. Bahkan cuba mengislamik kan budaya Hindu seperti bersanding, berinai, pasang pelita di bulan puasa dan banyak lagi. Bukti telah banyak ditunjukkan namun hati mereka telah digenggam oleh Iblis dan kuncu-kuncunya Syaitan agar terus percaya bahawa tidak salah disisi Agama. Semoga Allah melindungi kami yang sentiasa hanya mengikuti ajaran Rasulullah Sallallahu Alaihi Wasallam yang sebenar-benarnya dengan Pertolongan Allah jua. Tidak ada daya dan upaya tanpa izinNya untuk kita jauh dari Kesyirikan. Semua itu perlukan usaha dengan mendalami Ilmu Agama seperti Tauhid, Faekah dan Tasawuf dari Guru Mursyid yang benar dan bukan datang dari ajaran Para Ustaz yang mencampur aduk kebaikan dengan kebatilan. Menegakkan benang yang basah memang kehebatan Para Agamawan yang kaki bidaah, maka tidak hairanlah jika Umat Muhammad Sallallahu Alaihi Wasallam berpecah kepada 73 Golongan di akhir zaman. Makhluk Tiada Kuasa! Allah Maha Berkuasa maka kepadaNya aku Berserah Diri dan Mohon PerlindunganNya. /Muar

























