Fahaman sesat terus berleluasa
Belajar Agama di sekolah tidak mencukupi, mendengar ceramah Agama di Mesjid juga tidak menambah baikkan akidah. Carilah Guru Mursyid yang ada di pondok mengaji yang benar dan lurus di jalan Allah Subhanahu Wata'ala. Apa sahaja perbuatan yang tidak dilakukan oleh Baginda Rasulullah Sallallahu Alaihi Wasallam maka lebih baik kita mengkajinya semula dan menolak apabila sudah ada kepastian bahawa ilmu tersebut bukan datang dari ajaran Nabi Muhammad Sallallahu Alaihi Wasallam.
Tolak terus ilmu yang mengatakan bila sudah kenal diri tak perlu Solat. Jauhi golongan sesat yang mengatakan arak tidak haram selagi tidak mabuk walaupun mereka ahli ibadah sebab mereka memang gila. Walaupun syariat mereka hebat tapi menafikan hak orang lain yang boleh nampak perkara ghaib! ertinya mereka hanya menguasai ilmu Agama sekadar teori sahaja. Jauhi Ustaz yang menghalalkan Tawasul atas alasan tidak salah mengambil berkat di Makam Para Wali! padahal Allah ada tempat kita terus minta segala hajat, buat apa melalui perantaraan?. Tinggalkan Pendakwah yang membesarkan Para Wali sebab itu permulaan ke arah Kesyirikan yang halus.
Pengalaman bergaul dengan berbagai Fahaman dan Kumpulan Dakwah telah membuka mata ku melihat kemungkaran mereka dan aku menjauhkan diri tanpa menghina. Tiada satu pun Kumpulan Dakwah yang sempurna namun dekatilah mereka asalkan jangan terikat dengan kumpulan mana pun. Kesempurnaan hanya milik Allah dan KepadaNya kita Mohon Petunjuk jalan yang lurus lagi benar disisiNya. Jauhi sifat Ujub, Riak dan Takabbur serta sentiasa Bersiratulrahim dengan sesiapa sahaja sekadar untuk berjemaah. Usah berdebat dengan mereka yang pakar putar belit dalam Agama! diam dan dengar penuh sabar walaupun dalam hati ingin memperbetulkan aqidah mereka yang menyeleweng. Manusia yang sesat tidak akan sedar diri tersesat apabila menyakini ilmu yang mereka dapat adalah benar pada pandangan sendiri. Jangan taksub dengan Tok Guru serta jangan melampaui batas membenci seseorang Agamawan yang tersesat jalan sebab dari pemerhatian ku... dalam sesat ada kebenaran! dan yang benar tersembunyi kesesatan. Hanya mereka yang mempunyai pandangan mata hati dengan Pertolongan Allah jua maka akan dapat membezakan jalan Rasulullah Sallallahu Alaihi Wasallam dengan jalan Pemikir Agama yang maha pentaksub.
Jaga kebersihan istinjak! kencing duduk seperti kaum Hawa, tertib dalam beribadah tepat pada waktu dan fahami semua bacaan dalam sembahyang sudah memadai selain tahu pada siapa yang di sembah dengan sebenar-benarnya. Semua orang boleh mendakwa Sembah pada Allah yang Esa! tapi merasakan diri faham kedudukan Allah saat sujud itu ahli ibadah yang merdeka.
Ingat mati sebelum mati itu mencegah diri dari berdengki khianat dan iri hati pada kelebihan orang lain. Dengan mengingati mati maka diri tidak lagi sanggup meninggalkan Solat 5 Waktu kerana memahami hanya dengan cara itu sahaja kita berterima kasih kepada Allah atas segala nikmat yang telah di kurniakan sepanjang hidup kita. Fikir-fikirkanlah.../Masjid Jamek Sultan Ibrahim Muar































































Menangislah walau dipaksa keluar air mata! ini ibadah kebudak-budakan sebab Allah tak pandang pun golongan ahli ibadah yang buat perkara bodoh lagi hina disisi Allah. Dunia umpama pentas kehidupan dan kita adalah pelakonnya, namun janganlah cuba memperbodohkan Allah dengan cara yang murah agar dekat denganNya. Yang Allah mahukan adalah keikhlasan dalam menurut segala perintahNya.