Dusta mendustai
Aku dan Isteriku Zulaikha hampir 30 tahun berumah tangga dan tak pernah berperang mulut. Hidup kami aman damai dengan sedikit cara kebaratan. Bukan kami sama-sama sempurna! tapi kami jalani dengan sesempurna yang mungkin untuk menutup kelemahan masing-masing. Sedia maklum! akhir zaman ni nak cari kaum Hawa yang betul-betul suci dan masih dara tak mungkin lagi walau datang dari keturunan baik-baik. Inilah realiti kehidupan yang terpaksa kita tempuh dengan seadanya.
Isteri aku bukan sempurna macam aku jugak! sebelum kahwin kami dah berzina dulu. Dan sebelum kenal dia pun masing-masing silih bertukar pasangan hidup dalam proses mengenal hati budi. Apakah dalam masa bersama tak buat apa-apa?!, jangan hipokrit... semua orang buat maksiat terlebih dahulu. Cuma pandai makan pandai simpan segala kejahatan tersebut. Kawan-kawan aku pun sama macam aku! cuma jika salah seorang betul-betul setia dan pecah rahsia maka berlakulah perceraian. Aku dan isteriku Zulaikha amat memahami kehendak nafsu masing-masing! yang penting rumahtangga kami tidak tergugat. Sekurang-kurangnya kami tidak Munafik dan tidak pula menunjuk-nunjuk kejahatan didepan orang lain.
Budaya Mat Salleh yang ada pada kami berdua susah nak dibuang! benda sedap dan belum dapat Hidayah barangkali. Dan kami macam belum puas mengejar nikmat dunia yang bagai syurga. Kami ada juga sama-sama dengar ceramah Agama tapi sekadar dengar umpama masuk telinga kanan keluar telinga kiri, ia tidak berbekas dihati kami. Lebih-lebih lagi baik kawan perempuan ku atau kawan Isteriku yang dah hijrah kearah kebaikan dengan menutup aurat. Tapi kebanyakan dari mereka hipokrit dan berpura-pura suci. Padahal mereka nak cari jodoh sebab dah taraf Andartu. Bukan semua ya! ini aku cerita tentang kaum Hawa yang masa remaja kaki disko, minum arak, hisap rokok dan sebagainya dengan seks bebas. Bila umur dah lebih 30an terkial-kial nak cari jodoh kononnya dengan alasan nak cari Suami yang baik dapat membimbing mereka kejalan yang benar. Dah puas buat maksiat baru nak jadi baik! bukan menghina tapi perubahan mereka semata-mata nak tutup kejahatan masa lampau. Dan mereka bukan benar-benar nak berubah pun! semua sebab faktor usia yang semakin ke penghujung. Yang jadi mangsa para lelaki yang baik dan ditipu hidup-hidup dengan berbagai kisah yang kononnya teraniaya ditinggalkan teman lelaki atau menyalahkan keluarga sendiri yang jahil dalam Agama. Kesian sesiapa yang bakal jadi suami mereka dapat bekas orang lain. Kalau betul memang dah insaf! aku pun tak kisah, tapi kebanyakan dari mereka hidup dalam kepura-puraan.
Aku tak nak jadi macam mereka yang bersifat munafiq! sebab itu aku dan Isteriku meneruskan aktiviti yang kami suka walaupun berdosa dalam Agama. Selagi kami belum jemu curang sesama sendiri atas persetujuan bersama! selagi itulah kami teruskan budaya Mat Salleh yang walau dah berumah-tangga tetap makan luar. Betul kata Ustaz dalam satu ceramah yang kami pernah dengar! bila titik hitam telah menutup segala hati maka tidak takut meneruskan kejahatan. Dah tidak merasa bersalah bila buat dosa! Kami sedar tapi tetap bertangguh-tangguh untuk bertaubat. Semoga pengakuan ini menyedarkan kalian bahawa jika terlalu lama meninggalkan Solat 5 Waktu maka tertutup hati untuk menerima kebenaran dalam Dakwah. Cuma baiknya aku dan Isteriku tidak murtad seperti kebanyakan kawan-kawan kami yang dah keluar dari Agama Islam tapi masih berpura-pura Islam.
Nota: seperti yang diceritakan oleh salah seorang rakan sekerjaku 20 tahun yang lalu.
- Bekas Pendosa



































