Sustaining in PhD
Bila dah masuk pengajian PhD, ramai terkejut sebab rasa dia sangat berbeza daripada degree atau master. Bukan sekadar tulis tesis panjang, tapi mental, emosi dan integriti akademik semua akan diuji. Saya sendiri pernah sampai tahap rasa nak give up, terutama bila banyak sangat rejection dari supervisor dan jurnal. Satu perkara yang makin kerap jadi isu sekarang ialah penggunaan AI dalam penulisan. Ramai pelajar guna AI tools untuk buat literature review, rangka tesis, malah tulis artikel jurnal. Nampak senang, tapi sebenarnya sangat berisiko. Ada kes pelajar PhD di universiti luar negara yang sampai kena expelled dari universiti sebab didapati menggunakan AI secara berlebihan dan menghasilkan AI fake information dalam tesis dan paper mereka. Jadi, kalau kita guna AI, kena betul-betul faham batasan dan etika. Universiti sekarang banyak guna sistem seperti TURNITIN & TURNITIN AI untuk kesan plagiat dan kandungan yang dijana oleh AI. Pernah satu kali saya uji teks saya sendiri, dan terkejut bila sistem detect sebagai 74% detected as AI. Padahal saya cuma guna AI untuk bantu susun idea. Lepas tu saya terpaksa buat total language revamp, paraphrasing semula, dan proofread dengan teliti sampai dapat 0% detected as AI. Dari situ saya belajar, pengajian PhD bukan sekadar siap cepat, tapi kena pastikan kerja kita betul-betul asli dan boleh dipertahankan. Ramai juga mula cari data collection consultancy, thesis consultancy, framework development consultancy dan macam-macam servis luar. Benda ni boleh membantu, contohnya untuk PRISMA analysis, structuring bab, atau proofreading bahasa. Tapi jangan sampai semua kerja asas kita serah bulat-bulat pada konsultan. Kalau terlalu bergantung, nanti kita sendiri susah masa viva sebab tak benar-benar faham kerja yang dibentangkan. Pengajian PhD memerlukan effective progress yang datang daripada kita sendiri. Saya pernah hantar paper ke jurnal dan kena rejection is sure berkali-kali. Editor, reviewers, dan kadang-kadang supervisor sendiri akan reject our work untuk tujuan penambahbaikan. Mula-mula memang sakit hati, rasa down, tapi lama-lama saya faham: setiap rejection sebenarnya satu feedback yang membantu kita polish kajian. Yang penting, jangan ambil jalan singkat macam guna AI untuk create fake references atau copy-paste framework orang lain. Itu mungkin nampak mudah, tapi boleh membawa kepada expulsion atau failure. Kalau anda tengah dalam pengajian PhD dan rasa lost, cuba pecahkan journey anda kepada beberapa fasa: proposal, data collection, analysis, penulisan thesis, dan publication papers. Dalam setiap fasa, fokus pada satu perkara: integriti. Proofreading itu penting, paraphrasing perlu, tapi pastikan segala idea dan interpretasi datang dari kefahaman anda sendiri. Bila sampai ke PD/VIVA corrections nanti, anda akan lebih yakin mempertahankan kerja sebab setiap bab lahir dari usaha dan pemikiran anda. Akhir sekali, pengajian PhD memang bukan untuk siapa yang hanya mahukan title "Dr" dengan cara mudah. Ia tentang proses menjadi researcher yang matang. Rejection daripada jurnal, supervisor atau rakan sejawatan adalah perkara biasa. Tapi selagi kita jaga etika, elak plagiat dan penggunaan AI secara melampau, dan sentiasa buat self-reflection, pengajian PhD akan jadi satu journey yang walaupun mencabar, tetap sangat bermakna.




























