Dunia Tenat Kerana Manusia Jauh Dari Petunjuk Tuhan.
Hari ini dunia sedang berada dalam keadaan yang semakin kacau dan tidak stabil. Peperangan, penindasan, kemiskinan, kerosakan alam, wabak penyakit, jurang kaya dan miskin, serta perpecahan manusia berlaku di seluruh dunia.
Negara-negara Islam sendiri berpecah dan gagal menunjukkan contoh perpaduan walaupun memiliki kekayaan dan sumber yang besar.
Segala kerosakan ini berlaku kerana manusia lebih memilih hukum dan cara hidup ciptaan manusia yang berpaksikan hawa nafsu,Berbanding petunjuk daripada Allah SWT.
Akibatnya lahirlah kezaliman, penindasan dan kehidupan yang hilang keberkatan.
Allah telah memberi peringatan bahawa kerosakan di darat dan laut berlaku disebabkan tangan manusia sendiri.
Al-Quran bukan sekadar untuk dibaca, tetapi untuk difahami, direnungi dan dilaksanakan dalam kehidupan.
Al-Quran adalah petunjuk, rahmat dan cahaya yang membawa manusia keluar daripada kegelapan menuju jalan yang benar. Namun hari ini ramai manusia menjadikan Al-Quran sekadar bacaan, hiasan dan syiar tanpa memahami isi kandungannya.
Tujuan manusia diciptakan bukan untuk hidup sia-sia atau sekadar mengejar dunia, tetapi untuk mengabdikan diri kepada Allah SWT. Dengan memahami petunjuk-Nya, manusia akan menemukan jalan yang lurus menuju keamanan dan kesejahteraan hidup.
Solusi kepada kerosakan dunia bukanlah semata-mata teknologi, politik atau kekayaan, tetapi kembali kepada petunjuk Allah dan sunnah para rasul.
Selagi manusia berpegang teguh kepada kitab Allah dan memahami ajarannya, manusia tidak akan sesat.
Persoalannya sekarang, mahukah manusia mengambil pelajaran?















