TAK SANGKA GULA TURUN SEBAB TUKAR URUTAN MAKAN JE! 😱🍽️
Korang pernah tak makan dah low carb, tapi berat statik je? Rasa macam “eh aku dah cut nasi dah, kenapalah tak jadi-jadi ni?”
Haa, mungkin bukan apa yang korang makan… tapi macam mana korang makan tu! 🤔
Rahsia “Eating Sequence” Yang Ramai Terlepas Pandang 📌
Saintis dah buktikan: susunan makanan masuk mulut boleh kawal gula darah & craving. Senang gila nak ikut:
1. Sayur & Serat Dulu 🥗
Start dengan ulam, salad, brokoli celur, timun jepun. Serat ni jadi “jaring” dalam perut — lambatkan gula serap masuk darah. Kurang spike, kurang mengantuk lepas makan.
2. Protein & Lemak Kedua 🍗🥚🧀
Lepas tu baru layan ayam panggang, ikan bakar, telur, tauhu. Protein + lemak bagi kenyang lama. Tak ada dah kes baru lepas lunch dah craving kek coklat.
3. Karbo Last Sekali 🍠🍚
Kalau nak makan karbo sihat sikit macam keledek, beras perang, atau buah — letak last. Sebab “jaring” serat + protein tadi dah ready, karbo takkan buat gula darah mencanak.
Hasil dia?
✅ Perut kenyang 4-5 jam
✅ Gula darah stabil
✅ Craving manis kurang 50%
✅ Berat lagi senang turun
Simple kan? Tak payah kira kalori ketat-ketat. Tukar sequence je dulu 🔄
💡Pro Tip
Makan kat kedai tomyam? Order kangkung belacan & tomyam ayam dulu, nasi separuh last sekali. Confirm tak food coma 😴❌
🍔Kalau makan burger, order siap-siap salad tepi. Ngap salad tu dulu sampai habis.
Diet sorang-sorang ni memang cepat give up. 😢 Isnin azam baru, Jumaat dah give up sebab tak ada geng.
Like & Share post ni kat kawan yang asyik cakap “esoklah aku diet” tu. Kita kurus sama-sama✨
#LowCarbMY #ringgitmax #TipKurus #GulaDarahStabil #MakanSampaiKenyang #DietTanpaStress































































