Sihir Melalui Pemakanan itu yang susah untuk disembuhkan kata Perawat Shifa
Kali pertama aku kena masa muda remaja dari seorang perempuan yang baru nak jadi Artis awal 90an. Sepanjang percintaan aku sangka itulah cinta pertama aku, rupa-rupanya setelah 3 tahun menderita akibat kecurangannya yang berulang kali maka pecahlah tembelang bahawa melalui pengakuannya dia menyihir aku. Dia siap tunjuk siapa yang bagi ilmu pemikat melalui makanan dari seorang Bomoh Artis yang berketrampilan Berjubah dan Berserban macam orang Alim. Masa tu aku tak tahu nak marah sebab mungkin kerana ilmu Penunduk tu Kut. Tapi aku takut kehilangannya walaupun hidup terseksa sebab dah banyak lelaki dia gauli. Dulu untuk berjaya sebagai Artis terutama kaum wanita! mereka menyara hidup buat kerja persundalan sambilan taraf VIP. Yang tempah dari kalangan orang kaya, Dato', dan seangkatan dengannya secara sorok dan tersembunyi. Sehingga kini pun perkara ini masih berlaku dikalangan Artis yang sedia ada. Tapi aku tak nak kongsi kisah hidup orang lain! yang nak aku ceritakan sekarang ni kisah hidup aku yang pernah derita satu ketika dahulu.
Kerana sudah tidak tahan maka berlakulah perpisahan tanpa relaku demi kesembuhan jiwa. Pada awalnya selama 3 bulan aku tidak keluar rumah akibat tekanan jiwa. Mujur masa tu ada Arwah Bonda yang menjaga aku dan sebab itulah aku sanggup berkorban membalas jasa Bonda yang kena strok selama 9 tahun sehingga pergi menyahut panggilan Ilahi. Untuk melupakan bekas kekasih yang pertama dengan cara yang salah beliau lakukan terhadapku! memakan masa 6 tahun untuk melupakannya. Semua hasil dari kesungguhan aku beribadah kepada Allah Mohon Kesembuhan dan PerlindunganNya. Makhluk Tiada Kuasa! Allah Yang Maha Berkuasa, namun akibat sihir tersebut aku sehingga sekarang susah nak dapat jodoh. Apapun semua ini harus aku tanggung dengan penuh kesabaran dan hanya Allah yang mampu menyembuhkan.
Kadangkala silap kita juga tidak sembuh-sembuh akibat tersalah menerima rawatan dari mereka yang bergelar Bomoh. Memang sukar nak bezakan pada awal usaha nak sembuh dari sihir sebab kebanyakan Perawat berketrampilan seperti Ustaz. Walaupun lambat tapi akhirnya ketemu juga rawatan cara Shifa yang benar sisi Allah. Cuma kerana dah lambat sangat bertemu dengan Ustaz yang benar maka sihir ini sudah sebati dalam diri hingga ke akhir hayat.
Apa yang aku belajar dari pengalaman berubat Shifa! baru aku tahu yang lain-lainnya bergelar Bomoh sebab ada baca mantera tertentu dan ada pendamping Jin. Selain daripada itu mereka bagi tangkal hitam atau kuning untuk pelindung diri. Kemenyan untuk menjamu Jin sebagai salah satu pemakanan Bangsa Jin ni selain tulang haiwan. Ayam hitam dan pulut kuning juga sebahagian permintaan para Bomoh syirik ni selain minta sejumlah wang untuk berubat.
Alhamdulillah.... aku telah melepasi zaman kebodohan setelah mendalami Ilmu Agama. Dulu aku sangka perubatan itu termasuk sebahagian dari Keagamaan, rupa-rupanya itu adalah budaya orang Melayu dulu-dulu. Kita tidak boleh menyesali apa yang telah berlaku akibat kejahilan Agama. Tapi kita berubah dan bersungguh-sungguh menentang khurafat dan kesyirikan yang ada dengan penuh tanggung-jawab sebagai hamba Allah. Sebab itulah aku sentiasa menasihati rakan-rakan yang terkena sihir untuk berubat dengan Perawatan Shifa sahaja dimana hanya menggunakan ayat-ayat suci Al-Quran untuk berubat pesakit. Sembuh atau tidak itu atas kehendak Allah yang bagi keizinan untuk sembuh! yang penting kita menjauhi segala larangannya terutama terbabit unsur-unsur khurafat. Jangan sesekali menyembah Makam atas alasan Tawasul kononnya untuk ambil berkat dari Para Wali atau Orang Alim yang telah meninggal dunia. Itu juga termasuk perkara syirik yang Allah amat Murka.
Kini aku menjalani hidup dengan apa yang telah Allah takdirkan buatku tanpa banyak soal dan bersangka buruk. Tiada siapa boleh memudarat kita tanpa izin Allah dan tiada sesiapa boleh menghalang kejayaan kita jika Allah Berkehendak! fikir-fikirkanlah.../Muar





































































