YAHAIRA ILANI: RAHSIA DI SEBALIK AKAD
TEASER 5
“Abang Behzad, tolonglah masuk meminang Abang Aryan untuk Aira.”
Terus sahaja Yahaira meluahkan hajatnya. Tak ada selindung-selindung, straight to the point!
Panjang Puan Yuna mengucap.
“Ya Allah, Aira....”
Encik Bahrin pula sudah ketawa berdekah-dekah. Entah dari mana datang idea anak tirinya itu.
“Papa....” Yahaira beralih memandang Encik Bahrin. “Tolonglah pujuk abang.”
Walaupun hanya ayah tiri, layanan Encik Bahrin terhadapnya tidak pernah berbeza.
“Tolonglah, Aira. Jangan malukan abang.”
“Apa pula malunya? Abang juga yang untung. Kawan baik abang jadi adik ipar.”
Behzad mengetap gigi sambil menggeleng. Patutlah Aryan selalu naik angin dengan perangai Yahaira.
“Ma....”
Kali ini Yahaira memandang pula Puan Yuna, mengharap sokongan.
“Jangan minta benda pelik-pelik, Aira,” bantah Puan Yuna pantas. “Tak malukah?”
“Alah... semua orang tak sayangkan Aira.”
Yahaira merungut sambil memuncungkan bibir.
Serentak semua yang berada di situ memandangnya.
“Kamu ni, Aira!”
Suara Puan Yuna mula meninggi. Kalaulah Yahaira masih budak kecil, memang sudah lama telinganya dipiat. Biar sedar sedikit dan belajar rasa malu. Tapi sekarang anaknya itu sudah besar panjang. Nak dipiat telinga pun bukan boleh mengubah apa-apa.
Silapnya juga. Terlalu memanjakan Yahaira sejak kecil sampai perangai degil itu semakin sukar dibentuk.
Pm: 011-55551618





























































