YAHAIRA ILANI: RAHSIA DI SEBALIK AKAD
TEASER 8
“Abang nak jadikan Aira isteri abang.”
Air mata yang bertakung akhirnya gugur. Namun serentak itu, tawa sinis terlepas dari bibir Yahaira.
“Permainan apa yang abang tengah mainkan sekarang ni, ha?” soalnya perlahan. “Tiba-tiba nak ajak Aira kahwin?”
“Abang ikhlas, Aira.”
Yahaira menggeleng berkali-kali.
“Tak... abang tak ikhlas.” Air matanya semakin laju membasahi pipi. “Abang tak cintakan Aira. Abang cuma simpati dekat Aira.”
“Abang ikhlas.” Aryan perlahan-lahan menyentuh lengan Yahaira. “Abang nak jaga Aira.”
Keputusan itu bukan dibuat kerana cinta. Selepas berfikir panjang, Aryan merasakan dia perlu memikul tanggungjawab atas kemalangan yang menimpa Yahaira. Itu sahaja.
Hatinya masih tetap milik Hazlyn.
“Aira tak setuju!” Yahaira menarik kembali tangannya sambil menggeleng laju. “Aira tak nak abang kahwin dengan Aira sebab rasa bersalah.”
“Aira dah tak ada apa-apa dah, abang.” Suara Yahaira semakin tenggelam dalam esakan. “Aira tahu abang buat semua ni sebab abang kesiankan Aira. Aira tak boleh terima....”
“Aira... syh, jangan nangis lagi.”
Aryan mengusap perlahan belakang tubuh Yahaira. Saat melihat gadis itu terus menangis tanpa henti, dia akhirnya menarik Yahaira ke dalam pelukannya.
Tangisan Yahaira semakin pecah.
“Aira dah tak sempurna, abang....”
“Syh....” Aryan mengusap lembut rambutnya. “Abang tak cari kesempurnaan.”
“Tapi abang tak cintakan Aira.”
Aryan terdiam seketika.
“Abang sayangkan Aira.”
“Sebagai adik?”
Soalan itu membuatkan Aryan kehilangan kata-kata. Beberapa saat berlalu sebelum jemarinya kembali mengusap perlahan kepala Yahaira.
“Sekurang-kurangnya... abang tetap sayangkan Aira.”
Yahaira memejamkan mata rapat. Jawapan itu cukup untuk merobek hatinya, namun dalam keadaan dirinya yang rapuh, dia sudah tidak punya kudrat untuk terus membantah.
“Abang akan jaga Aira sampai Aira sembuh sepenuhnya.”
“Hazlyn?”
Yahaira meleraikan sedikit pelukan mereka lalu mendongak memandang wajah Aryan.
“Macam mana dengan Hazlyn?”
“Abang akan bincang dengan Hazlyn. Dia kena faham keputusan abang.” Aryan menarik nafas perlahan. “Apa pun yang berlaku, abang tetap akan kahwin dengan Aira.”
Pm: 011-55551618





























































